Assalamualaikum
Sempena cuti Israk Mikraj nie, kami sekeluarga hanya menghabiskan masa di rumah. Mengingati kembali peristiwa israk mikraj dimana Nabi Muhammad S.A.W telah diangkat dari bumi ke langit 7 dengan menaiki mikraj iaitu tangga emas dan perak menemui Allah S.W.T. Pada ketika inilah Rasulullah S.A.W telah memohon kepada Allah S.W.T supaya kekerapan solat sebanyak 50 kali sehari dikurangkan kepada 5 kali sehari. Oleh itu, kita sebagai umatNya perlu mengingati pengorbanan yang telah Rasulullah S.A.W lakukan untuk meringankan ibadah yang wajib dilakukan setiap hari. Caranya adalah tidak meninggalkan solat 5 waktu. :) Insya Allah....semoga Allah permudahkan segalanya. Amin...
Pagi nie selepas sarapan, saya bawa anak-anak bermain di laman rumah. En husband sibuk mencabut rumput di laman. Edible Garden yang sedang dibuat masih lagi terbengkalai memandangkan tanah merah masih tiada untuk membuat batas. Al-maklumlah tanah yang ada banyak dipenuhi dengan batu-batu keras dan tak sesuai untuk tanaman sayur. Anak-anak benih makin membesar dan menunggu untuk dipindahkan ke batas. Mmmm sabar ye anak-anak benih ku...sampai masa berpindahla kamu. Tapi jangan merajuk untuk membesar dengan baik dan sihat. :)
Nak tolong en husband, Aleesya tak nak main sesorang. Sebabnya bila nak naik kuda, Amani tak bagi. Nak naik kereta pun Amani tak bagi. Jadi, Aleesya asyik merap jer pagi nie.
Aleesya sempatlah main kuda nie sekejap sebelum di 'rampas' oleh Amani. Kejammmmmmnya! :b
Kejam ker....tak ke.....ada aku keeeesahhhh?
Tak naik (kuda) pun takpa, janji kuda nie aku yang punya....hahahahaha (ketawa besar)
Amani : "Dah cemuih naik kuda dan kereta, sesi meninjau laman pulak...
Manalah tahu ada benda yang boleh ditolong.."
(mmmm tolonglah saaangatkan! tolong petik daun dan bunga ibu adalaaaaa....
Dengan pokok pun kau kejam nak.....kalaulah pokok pun boleh bercakap, agaknya dia pun sama naik dengan Aleesya menjerit bila Amani tarik daun @ bunga di pokoknya sesuka hati..Bukan senang tau nak hasilkan bunga merimbun-rimbun, bila dah keluar bunga sesuka hati jer tarik dan buang merata-rata....Grrrr!)
Tengok nie, Pak Tani nie letih jer merumput dan menarah rumput yang sukar dicabut dengan tangan. Berpeluh-peluh ketiak masham tue tau!
Dah la mandor (Aleesya) asyik memantau jer...
Memantau nak abah dukungkan!
Nangislah bila nak pergi dekat abah tak boleh,
jadi terpaksa berpatah balik dekat ibu yang sibuk jadi photographer..hehe
Selesai berkebun, sesi mandi manda di kolam la pulak. Dah lama Amani tak mandi dalam kolam kecik nie. Bestla tue dapat berendam lama-lama. Tak ada orang kacau pulak tue. Kalau ada Yasmin tentu bergaduh la nak masuk dalam kolam kecik tuh...
Aleesya memang tak dapatla nak mandi sama dalam kolam tu. Tengok jer la dari dalam rumah...Nanti dah besar boleh la Aleesya join sama, hokey?
Seronok rasanya dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Kalau Yasmin ada tentu lagi meriahla. Rindu pulak dekat Yasmin. Hari Sabtu nanti baru nak pergi ambil dia di kampung. Hari Ahad dah start sekolah. Yasmin dah tentu sedang bergembira dengan tok, wan , njang dan cu di kampung. Rasanya macam dia dah tak hengat jer dekat ibu dan abah. Kalau telefon dia dekat kampung pun bukannya dia nak cakap pun. Kerekla sangat duduk sana...Huhu...
Sekian cerita untuk hari ini. Semoga hari anda juga tetap gembira dan ceria-cerialah selalu. SMILE AGAIN! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan