Sabtu, 1 Jun 2013

Hasil petikan di taman herba

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua...

Walaupun taman herba saya masih belum sempurna dan teratur, namun pokok ulam raja dan lengkuas dah mula boleh dipetik dan dimakan hasilnya. Pokok cili padi baru mula berbunga dan lain-lain masih rancak tumbuh dengan suburnya. :)

Pokok sayur-sayuran ada yang saya dah ubah dari plot semaian kepada plot tanaman. Dan ada juga masih dalam plot semaian walaupun dan perlu di ubah ke tapak tanaman. Memandangkan plot tanaman (kayu berbentuk segiempat) masih belum siap sepenuhnya maka semaian yang rancak tumbuh tidak dapat diubah lagi. Mungkin minggu depan plot tanaman tersebut dijangka siap. Tunggu masa terluang en husband. Minggu nie beliau sibuk dengan on call dan masanya sangat terbatas untuk membantu saya menyediakan plot tanaman tersebut.

Pokok Lengkuas 
Hasil lengkuas yang diambil dari taman herba. Pertama kali saya mengambil lengkuas dari taman saya. 
Pokok Ulam Raja
Ikan Siakap bakar.
Rasa sangat puas hati bila dapat hasilkan masakan dengan bahan-bahan yang dipetik dari kebun sendiri. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular