Isnin, 10 Jun 2013

Amani solat maghrib

Assalamualaikum

Tahun depan Amani dah nak masuk tadika. Cakap pun tak terus lagi. Kadang-kadang ada yang kita boleh faham. Kadang-kadang ada juga apa yang dia cakap, kita tak faham. Selalunya bila saya dan en husband tak faham, translatornya dah tentulah Yasmin. Ada masa Yasmin faham dan akan bagitahu apa yang Amani cakapkan. Tapi kadang-kadang Yasmin pun tak faham Amani cakap apa. Risau juga dengan keadaan Amani nie. Tahun depan Amani dah 4 tahun. Yasmin dulu, umur 4 tahun dah boleh cakap terus. Kita dah boleh faham apa yang dia cakap. Mungkin Amani agak lasak dan banyak main, jadi pembelajaran untuk bercakap dengan lancar agak lambat berbanding Yasmin. 

Saya harap bila Amani dah masuk tadika, dia dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu di sekolah. Harap-harap cikgu dan kawan-kawan dia dapat faham apa yang dia cakap. Sekaligus dapat meningkatkan bahasa pertuturannya bila dapat bergaul dengan ramai kawan-kawan. Insaya Allah...

Kanak-kanak sebesar Amani nie memang sentiasa suka meniru dan ikut apa yang orang sekeliling buat. Contohnya, solat. Bila dia tengok saya atau en husband solat, dia akan ikut. Cuma apa yang dia terkumat-kamit tue tak tahulah....Doa dalam bahasanya sendiri. :)




Dah selesai solat. Satu rakaat, sekali rukuk dan sekali sujud sahaja...Yang lain-lain takda. Lepas sujud terus bangun, angkat kain sejadah simpan. mmmmm  bolehlah....Semoga Amani mudah belajar dan memahami apa yang diajar nanti. Amin...

Tiada ulasan:

Entri Popular