Assalamualaikum
Alhamdulillah...Aleesya dah semakin sihat. Hari ni dia dah mula makan nasi. Sampai tiga kali plak tu. Tapi biasala makan sendiri 4/10 jer masuk mulut dan yang lain atas lantai. :)
ruam di tangan dah kering
Ruam di bahagian lain pun dah kering
di telapak kaki pun dah tak merah macam sebelumnya. Aleesya pun dah boleh berjalan dengan selesa
Bila dah semakin sihat, makin buaslaaa...panjat sana sini.
Amani pulak masih ngadu "sakit mooooloooot"...Hari ke-3 bagi Amani.
Tapi ruam macam dah tak keluar lagi.
Walaupun sakit mooolooot...Amani maintain boleh senyum manis
ruam Amani pun dah macam kering
ruam dah tak bertambah di tangan
Ini pun ruam yang keluar semalam. Tak ada yang bertambah. :)
Ruam di tapak kaki Amani jer macam ada bertambah sikit.
Kalau virus nie tak berjangkit, memang hari nie Aleesya dan Amani kena tinggal di rumah pengasuhla. Ibu dan abah boleh masuk kerja..huhu. Tapi yela kan...bila anak sakit jer masa kita banyak habis untuk anak-anak. Tapi kalau hari biasa kita sibuk dengan waktu di pejabat. Waktu kita di luar lebih banyak berbanding masa kita dengan anak-anak. Yelah...tolak waktu tidur, masa dengan keluarga di rumah lebih pendek berbanding bekerja selama 8 jam sehari di pejabatkan. Mmmm...tapi....ada tapi lagi....nasib baikla ada cuti dua harikan! :)
Walaupun letih hari ni, tapi ibu suka dapat habiskan masa dengan anak-anak ibu hari nie. :) Nanti bila semua dah betul-betul sihat. Kita pergi jalan-jalan yer!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan