Assalamualaikum
Kesian Aleesya, batuk dan selsema
belum baik, penyakit lain pulak yang datang. Lepas mandikan Aleesya pagi tadi, saya
terperasan ada bintik-bintik merah di kaki, tangan dan mulut Aleesya.
Bintik-bintik tersebut macam ruam yang besar dan berwarna merah. Saya syak
Aleesya kena jangkitan demam campak besar.
Ruam di tangan dan kaki. Berwarna merah dan seperti ada air di dalamnya
Ruam di lutut seperti melecur
Ruam penuh di kedua-dua belah lutut dan kaki
Ruam di mulut macam parut jerawat yang pecah
Sudah dua malam Aleesya tak boleh
tidur malam. Sampai saya dan en husband risau, kenapa la Aleesya buat hal tak
nak tidur malam. Semalam pun saya sempat tidur 4 hingga 5 jam jer. Itupun tidur
sejam berjaga sejam..sambung tidur sejam berjaga lagi dua jam. Akhirnya sampai
pagi, terus bangun tak boleh tidur.
Selepas sarapan pagi tadi, kami
sekeluarga pergi ke klinik Precious untuk check Aleesya. ERK!...terkejut saya
dan en husband bila Doktor cakap Aleesya kena jangkitan HFMD iaitu penyakit
berjangkit kuku, kaki dan mulut.
Simptom-simptom jangkitan HFMD ni
ialah :
i)
Demam panas (Semalam badan Aleesya panas tapi
bila check guna thermometer, suhu 37.1 darjah celcius, maknanya tak demam pun).
Tapi masa doctor check suhu 38.2 darjah celcius, memang demam tinggi.
ii)
Sakit tekak, tak lalu makan dan minum susu.
(Aleesya, nasi memang sejak minggu lepas dia tak berapa nak selera tapi susu
dia ok jer minum ikut time)
iii)
Sangat cerewet dan suka menangis. (ini memang ya…sebab
selalunya apabila Aleesya tidur malam, dia akan jaga sekali atau tak jaga
langsung untuk minum susu. Tapi dua malam nie dia asyik merengek dan berjaga
malam. Lepas tue waktu siang asyik nak didukung jer)
iv)
Air liur meleleh. (ini tak ada pulak)
v)
Ruam beserta kulit seperti melecur. (ini baru pagi tadi ada) Biasanya di tapak tangan,
tapak kaki dan kawasan sekitar lampin.
Biasanya ruam-ruam merah nie akan
hilang dalam masa 5 hingga 7 hari. Demam panas akan hilang dalam masa 3 hingga
4 hari.
Sekiranya simpton tersebut berlaku, sila berjumpa doktor dengan
segera :
Sentiasalah memerhati perubahan fizikal anak.
i)
Pucat, letih dan lesu
ii)
Tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam
(kekurangan air @ dehidrasi)
iii)
Demam panas lebih tiga hari
iv)
Sakit mulut semakin teruk (tak nak minum susu
dan makan)
v)
Lemah otot kaki dan tangan @ diserang sawan
Kalau ikutkan doktor, Yasmin dan
Amani perlu diasingkan dari Aleesya. Maknanya mereka berdua perlu tinggal
berasingan sebab risiko jangkitan adalah tinggi kerana penyakit ini selalunya
mudah berjangkit kepada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
Sebelum ke klinik, sempatla depa duduk sekali. Lepas balik jer dari klinik terus Aleesya dikuarantinkan di dalam bilik dengan ibu.
Tak dapatla princess bertiga nie nak tengok tv sesama, celoteh sesama, bising sesama dan gaduh dengan Aleesya...
Harap Aleesya cepat sembuh. ibu pun tak larat nak dikuarantinkan di dalam bilik. Semoga Yasmin dan Amani tak dijangkiti dengan HFMD nie. Nak tinggalkan Yasmin di kampung, minggu depan sekolah. Jadi tawakal jerla, semoga sistem imun Yasmin dan Amani kuat dan tak mudah dijangkiti virus ini.
Mood:
Letih + tak cukup tidur + bosan kena kuarantin dalam bilik + perlu sangat cerewet dalam setiap pergerakan, pakaian, pengambilan ubat serta makanan dan minuman Aleesya supaya Aleesya cepat sembuh dan HFMD tak berjangkit kepada kakak-kakaknya.
Kesian Aleesya terpaksa main sesorang dalam bilik. :(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan