Khamis, 20 Jun 2013

Alhamdulillah Aleesya & Amani dah sembuh

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Aleesya dan Amani dah sembuh daripada jangkitan HFMD. Walaupun kulit masih tak cantik dengan bekas ruam yang hitam dan terkopek tapi bila dua princess nie dah mula makan dan minum susu macam biasa, boleh main dan aktif macam sebelum nie...kira oklah..:)

Minggu depan, saya dah tak risau nak hantar dua orang princess saya tue ke rumah pengasuh. Sebelum nak ke rumah pengasuh tu pun, saya nak kena fikir dulu apa benda yang patut saya bawa ke rumah pengasuh. Benda yang kena ganti contohnya tilam. Sebelum nie saya perasan ada satu lembek/ toto kecik dekat rumah pengasuh dah bertukar warna kepada hitam. Warna asal tue saya tak tahulah....Takut-takut tilam tue banyak kuman. Tilam tue bukan saya bagi pun. Rasanya tilam tu dah lama sebab masa mula-mula hantar Amani ke rumah pengasuh tue dulu, saya dah nampak tilam lembek tue. Tapi risau jugak, nak cakap macammana ek nak mintak tukarkan tilam tue dengan tilam baru yang saya akan bagi nanti. mmmmmm...ye la takut makcik tue kecik hati plak nanti...:(

Botol Amani dan puting botol Aleesya pun dah tukar baru sejak kena jangkitan HFMD tue. Bukan tak pernah tukar tapi sebab tak tahu punca jangkitan dari mana jadi segala benda Amani dan Aleesya yang macam dah berbulan tak berganti telah digantikan baru. Sejak terkena HFMD nie juga, hari-hari kain tuala dan sarung tilam wajib di tukar dan dicuci. Tiga princess nie  memang tak kongsi tuala mandi tapi risau terlebih punya pasal dan takut Yasmin dijangkiti sekali, makanya ketiga-tiga helai kain tuala tue pun disidai jauh-jauh antara tual Yasmin, Amani dan Aleesya. Huhu...Lebih baik mencegah dari merawatkan doktor!:b

AMANI

 Ruam Amani dah kering

 ruam di tangan pun dah makin kecik. Dua tiga hari lagi mungkin akan hilang

 Di siku

 Di lutut

 Di telapak kaki pun dah nak hilang. Nasib baikla Amani tak gatal. Cuma dia sakit tekak akibat ulser dan demam selama 4 hari sepanjang dijangkiti virus nie.


ALEESYA

 Ruam di kaki Aleesya kering dan mengelupas

 ha nampak tu, macam nak tarik jer bekas ruam yang dah kering tuh! - lutut kiri

 ini bekas ruam kering yang dah mengelupas keluar - lutut kanan

 Bahagian tangan masih belum mengelupas. Kesian plak dekat Aleesya kalau mengelupas serentak nanti akan jadi merah-merah semua kawasan ruam tue. Mesti pedih..nak nak waktu mandi.


Beza ruamyang dialami oleh Amani dan Aleesya. Nampak ketarakan?
Ruam Aleesya sangat banyak dan Amani biasa-biasa saja.

Bila dah kering ruam tue, tak adalah risau sangat bebudak dua orang nie nak peluk-peluk bagai. Sebelum nie kalau nak main sekali pun risau bagai nak rak. Takut berjangkit dekat Yasmin pulak. Kalau duduk dekat-dekat pun tak kasi tau!. Siap kena marah lagi dengan saya dan en husband. Takpa kan marah tanda sayang. :b

Hari nie susah betul lah nak ambil gambar Aleesya. Lari sana sini. Tak sempat nak jadi 'patung' untuk dapatkan pose yang sesuai terus bergerak sana sini. Al-maklumlah dah betul-betul sihat. Sebelum nie senang jer nak ambil gambar dekat bahagian ruam-ruam yang ada sebab dia tak banyak bergerak dan lesu. Lesu sebab tak makan dan tak minum susu. Mmmmmm hari nie dia sangat lasak....

mood :

SuKa!. .:)

SuKa!. .:)

SuKa!. .:)

Semuanya dah kembali kepada keadaan asal. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular