Assalamualaikum
5 hingga 7 Julai yang lepas, saya menghadiri satu mesyuarat di De Baron Resort, Langkawi. Kebetulan hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti. Jadi saya bawa en husband dan Yasmin. Amani dan Aleesya kena tinggal dengan mak ayah di kampung. Rasa macam nak bawak anak-anak semua. Tapi bulan lepas, satu keluarga dah pergi Langkawi, jadi kali ni tinggalkan lah tiga hari dua malam dengan tok wan. Lagipun Amani dan Aleesya baru je sembuh dari HFMDkan.
Kami bertolak lepas solat Jumaat. Ngam-ngam je tiba di jeti jam 3 petang. Feri dari jeti Kuala Kedah pun bertolak jam 3 petang. Kalau terlepas alamatnya kena naik feri jam 4.30 petang plak. Kereta parkir di tempat letak kereta berbayar di Sekolah. Satu hari di caj RM10 untuk parkir tidak berbumbung manakala kalau parkir berbumbung dicaj RM12/hari.
Nak save budget, parkir je yang tidak berbumbung. Dua malam jer kereta ek kamu kena tinggal kat sini. Jaga diri lelok di tempat orang nih....huhu
Tiba di jeti Kuah jam 5 petang. Yasmin dah buat perangai lapar + nak ssshhhhh + cemuih duduk dalam feri. :(
Bilik twin. Besar bilik nih. Ada air-cond dan kipas lagi. Sangat selesa..:)
Dah simpan barang dan jengah bilik, kami turun ke laman resort. Resort ni terkenal dengan landskap yang luas dan cantik.
Bersantai di tepi laut sambil menikmati pemandangan alam yang sangat indah dan menarik.
Pelantar yang disediakan pihak pengurusan De Baron Resort
KIYOMI ....
Ceria kembali bila boleh bersantai di tepi laut. :)
Hai mesej saper plak tuh? Jiwang sesorang plak..:b
Dah macam lukisan semua pemandangan di sini.
ini bukan Pulau Dayang Bunting. Ini pulau yang ada depan De Baron Resort. Tak tahu plak nama pulau nih
Ini bukan lukisan tapi gambar yang saya snap di depan resort. CANTIK!
1 ulasan:
As salam,
Jalan2 tadi singgah kat sini. Pulau yang dikatakan bukan pulau Dayang Bunting dlm foto kat atas tu sebenarnya adalah Pulau Dayang Bunting. Memang view dr kawasan kuah akan nampak pulau tu.
Catat Ulasan