Rabu, 31 Oktober 2012

~ Majlis Aqiqah Aleesya ~

Pada 26.10.2012 (hari raya korban pertama), majlis aqiqah Nur Aleesya Qistina telah selesai diadakan di Kampung Perak (umah mak saya la tue)…majlis ini turut disertai oleh anak-anak sedara saya iaitu Ahmad Naufal Athif dan Nur Farisya Madhiha. Nie anak adik-adik saya….


Majlis Aqiqah utk si comel2 inila...

si comel bersama 'ibuk-ibuk'
si comel bersama bapak-bapak...

Majlis nie simple jer sebab perancangan yang dibuat pun last-last minute. Jadik tak sempatla nak deko-deko bagai ..apa2 pun yang penting tujuan majlis aqiqah nie dah tercapai..nak tahu aqiqah tue apa?..

Maksud Aqiqah ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Walaubagaimanapun, majlis nie dibuat ketika Aleesya 4 ½ bulan, Naufal 8 bulan dan Farisya 1 tahun lebih…JOM kita tgk hukumnya….

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
 
Majlis aqiqah nie dibuat pada hari raya korban sbb nak cukupkan 7 bahagian drp sekor lembu yg yang dikorbankan. Oleh kerana kami adik beradik amik 4 tompok/bahagian (org kedah panggil tompok) maka lagi 3 tompok diambil oleh org lain untuk tujuan korban. JOM kita tambah lagi info tentang aqiqah nie….
Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Menu yang disediakan untuk majlis nie simple sangat tapi sgt menyelerakan iaitu daging cicah air asam dan  gulai daging campur ubi kentang. Semua menu nie dimasak secara gotong royong oleh org2 kg…TERIMA KASIH ORANG KAMPUNGKU…hehe. Bagus betul org2 kg nie, abis jer sembahyang raya aidiladha terus depa berduyun-duyun datang ke rumah menyinsing lengan baju raya kupas bawang, ubi, siang daging, siapkan segala bahan masakan dan masak. Jgn tak biasa…Tangan sibuk buat kerja, mulutpun sama naik jugak riuh bunyinya dengan melatah, menjerit mintak itu ini dan bla..bla..bla…(ada sesi ngumpatkah?...haha…tak de kot raya2 nie..haha).Tapi yang paling penting sehingga kini aktiviti gotong royong di kampung saya masih diamalkan...mungkin 5-10 tahun akan datang aktiviti gotong royong tinggal kenangan...zaman sekarang pun orang dah ramai guna khidmat katering...dari kenduri kahwin yang besar2 hinggalah majlis kecik2 seperti majlis harijadi atau open house, semuanya dah guna khidmat katering...mudah, cepat dan paling penting dapur di rumah tak berkecah dan tak perlu teruk2 nak kemas selepas majlis selesai....:)

Jam 12.30 tengahari tenaga kerja lelaki pun semakin berkurangan sbb mereka sibuk plak menyiapkan diri utk pergi solat jumaat krn hari raya aidiadha tahun nie jatuh pada hari penghulu segala hari iaitu HARI JUMAAT. Maka tinggallah kaum hawa sahaja sibuk mengacau masakan dalam kawah dan periuk besar…
Tepat jam 2.30 petang berduyunlah org2 masjid dtg utk buat bacaan TAHLIL dan seterusnya majlis makan2…7.00 petang rumahpun semakin lenggang…sedara mara pun dah berunsur balik, tinggallah kami adik-beradik ‘TERPAKSA’ menyinsing lengan plak utk sesi MENCUCI pinggan, periuk belanga dan peralatan yang beso2. (AMIK KAU!!!!! Itula org dh ckp catering kan sonang…xpayah cuci2 periuk belanga nie…huhu…) tapi apa kan daya kami menghormati pendapat ibu tercenta utk buat gotong royong.huhu.....
Apa2 pun JOM layan gambar2 orang2 kampung dan sedara mara yang menjayakan majlis aqiqah nie….(sayangnya gambar menu dan tetamu2 yg hadir tak sempat snap sbb sibuk melayan tetamu yg dtg).

orang kampung sibuk mengupas bawang + bla bla bla.....
keluarga pak jang ..(Kontrak buat air. Sesiapa nak booking sila call no nie...017-492+++++...hehe)
nie daging aqiqah termasuklah kepala lembu tue....kesian?...ish! tak boleh kesian nanti tak boleh makan daging lembu tue...huhu
tukang masak merangkap ketua chef....ngee
eei.....macam 'ulor' kan.....ini namanya ekor lembu....sodap buat sup ekor. Ini adik lelaki saya..NAZRI
yang hujung atas kerusi roda tue, tok saya.....:) tok yg sporting....
sirap jer?......ntah...
group nie tengah belah kepala lembu...NAMPAKKKK?....gigi?mata?..yg tudung merah tue 'bos katering' nie merangkap ibu kesayangan saya.....
ha...NAMPAKKK?...dr luar rumah sampai ke dalam dapur rumah, 'bos katering' ada utk membuat pemantauan...haha...bersama chef2 yg sentiasa ceria walau di mana berada...haahah..
berakhir sudah majlis aqiqah yang sederhana ini.....apa-apapun salam aidiladha kepada semua pengunjung blog & rakan blogger..(kek lapis pandan nie di'sponsor' oleh kakakku merangkap tauke kek. Untuk tempahan sebarang jenis kek sila ke FB Safura Shamer)

Utk tahu lebih lanjut tentang IBADAH KORBAN dan AQIQAH, sila layari laman nie…http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/qurbandanaqiqah.htm

** Yea....nak balik kampung..RAYA!

Hari nie saya dah cuti...cuti awal sehari sebelum raya...excited kan?..hehe..sebenarnya plan ngan husband nak balik awal ke kg nak tolong apa2 yg patut utk majlis aqiqah puteri ke-3 kami. Majlis nie akan dibuat pada hari raya pertama di rumah mak di kampung....

Lagi pun, husband perlu ke rumah pak cik yang nak sembelih lembu utk mewakilkan kpd pakcik tue bg tujuan aqiqah anak kami nie. Nie contoh lafaz untuk aqiqah/korban.... di petik drp ; http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/qurbandanaqiqah.htm
(tak tanya la plak husband saya mcm mana dia ckp dgn pak cik lembu tue..:)

Orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)."   (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).

Berbalik kpd citer td..Pagi2 lagi husband dah hantar amani dan aleesya ke rumah pengasuh. Husband masih keje hari nie tp dia ckp nak halfday jer....jadi tinggalla saya dan yasmin (yasmin dah start cuti sekolah)..tinggal kami berdua mudahlah ckit nak ngemas rumah dan kemas barang2 yg nak di bwk balik ke kg....anak dara manja nie pun bolehla tlg apa2 yg patut (hrp2 xdala dia nak wat prangai..huhu) maka sesi mengemaspun bermula...sblm tue breakfast dulu ngan min...abis jer breakfast nasi lemak (beli jer) & segelas kopi o panas..saya start dr dapur...baju2 kotor masuk mesin, tuang DYNAMO, setting apa2 yg patut & tinggalkan. Spray MR MUSCLE atas ‘table top’, lapppp jer.........(sejak pakai spray nie yg kotor2 dan berminyak mmg mudah tanggal, tp kalo rajin masak dan jarang2 cuci ...mmg pakai spray apapun kena tonyoh byk kali supaya ianya bersih sampai keluar bintang2 tue...huhu). 

mesin full auto nie mmg sesuai utk org yg 'malas' cam saya...ops! bukan 'malas' takda masa wo..key.....
spray jangan tak spray...hohoooo

Abis di dapur, masuk plak ke bilik. Tarik cadar bagi kemas2, ketuk2 bantal dan susun cantik2 (cantikla sangaaat.....hwa...hwa..), baju-baju atas katil yg menimbun tue lipat dan simpan dalam almari, amik hanger utk gantung baju-baju kerja & baju sekolah min, lipat comforter dan cadar yg dah kering (husband saya mmg suka cuci cadar, boleh kata 2 mggu sekali mesti dia tukar cadar baru.........bukan baru beli, baru dicuciiii..). bab2 kebersihan nie mmg dia alert la....bagus jugakla sbb anak2 saya semua ada alahan termasuklah dia...haha..abis jer ngemas bilik..mesin pun dah berlagu ding..dong...ding... tandanya baju sudah pun boleh dijemur...amik baju dan sangkut dihanger...oleh krn nak balik kg 2-3 hari jadi baju2 ni saya sangkut di ampaian yg mmg saya tmptkan dlm bilik. Skrg musim hujan, jadi saya bwk masuk ampaian kat luar tue ke dlm bilik...(inipun slps byk kali baju diampaian basah dek hujan bila balik keje..xpasal2 kena cuuuuci balik...letih sudah..)..abis jemur baju saya rest jap...letih wat keje2 ni wlu dlm rumah jer....





bilik my lil princess - sblm
selepas dikemas - mesej yang nak saya sharekan adalah tak perlu pun nak cantikkan bilik dengan deko2 bagai...cukuplah sekadar kemaskan katil dan susunkan apa yg ada...bila dah kemas sedap mata memandang maka perkataan 'CANTIK' akan keluar dengan sendirinya dlm hati ataupun mulut (apsal mulut kamu terjuih keluar...maksudnya apa?...tak cantik?...suka hatila...mmmm...ADA AKU KISAH.......)
sblm dikemas



































selepas dikemas takdala kemas sangat pun ...cuma atas katil tue takdala bersepah macam sebelum tue.rimas tengok...

Masa rest2 tue kepala dok berputar2 dah ‘baju apa nak bawa? bopa helai? keperluan lain yg perlu dibawa? pampers? Susu?’ soalan mcm xbyk tp penat memikir..yela..saya pikir ni bukan utk saya sorang jer tapi utk 5 ORG... U C?..Bila kepala byk berpikir maka kaki tgn pun xsenang hati. Maka saya teruskan mengemas brg2 dan meng ‘iron’ baju utk di bwk balik ke kg...Lastly inilah hasilnya....taraaaa.........

(jgn pelik yer knapa saya harus bwk kipas kecil tue...itu utk aleesya yg mmg sentiasa perlu kipas...ngeee)

sebelum
selepas masukkan barang, inilah jadinya SENDAT..
Sementara menunggu husband balik keje saya tlg susunkan brg2 dlm kete..(slalu keje2 nie husband yg buat tp hari ni dia call xdpt balik awal, jadi saya terpaksala buat utk jimatkan masa, nti dia balik siap2 trus boleh balik kg)...
SENDAT sudah di dalam bonet kereta, tak tahu nak letak mana....tempat duduk belakang plak jadi mangsa saya gantungkan baju-baju yang dah siap 'iron' nie...AMIK KAU...huhu...KAU ADA?........

EH!! Pernah ke org buat mcm nie? Byk2 bergantung mcm nie..dah mcm dlm almarikan....lantakla...janji balik kg nanti xpyh berebut2 iron.:)

Bila dah selesai susun brg dlm kete, tiba masanya bersihkan rumah...badan dah letih tp terpaksa teruskan jugak usaha murni tue..takut nti lepas balik raya sibuk dgn anak2 xsempat nak vakum rumah (dah lama niat nak vakum nie, tp takde masa, takde tenaga dan takde aura ‘rajin’ tue...huhu). Saya vacum satu rumah dr bilik tido, ruang tamu, ruang mkn dan dapur...(dapur pun vacum?..xheran pun sbb dapur saya besarnya sekangkang kera jer...haha).

Settle vakum rumah baru pandang jam tgk2 dah pukul 2.00 petang...haaa...patut rasa letih sgt. tiba2 perut terasa lapar..Saya ‘arahkan’ min mandi..dia pun dah minta air vico cicah roti..rupanya anakku nie dah lapar...sian min...tunggu abah balik bwk makanan tp tak sampai2 lagik...saya pun terus bersihkan diri dan bersiap2 menunggu husband tersyg...dlm menunggu-nunggu tue terlelap jugak kejap...lastly husband balik jam 2.30ptg dan kami bertolak ke rumah pengasuh amik amani dan aleesya sblm terus balik ke kg.
~.....hoo..ho...balik kg....hooo...ho...balik kg..
hati girang....~ ( eh! betul ke lirik nie?..mmm...ntah..huhu )


Selasa, 30 Oktober 2012

**Tatarias bilik my lil princess

TATARIAS?...Sesuaikah tajuk n3 saya nie dengan apa yg saya nak citerkan nie...mmm....rasanya tak, tp saje je nak guna perkataan 'tatarias' tue sebab mcm sedap jer dengar....maksudnya mgkin lebih kurang sama dengan mencantikkan sesuatu...yeah! inilah yg saya cuba buat utk transformkan almari princess saya nie dari sakit mata memandang menjadi lebih teratur, cantik, menarik tertarik d'bom. Jgn lepas nie amani p 'bom' almari nie sudaaaa....alamatnya sia2 la usaha ku bersengkang mata memalam melipat baju, menyangkut dan menyusun bagai utk mencantikkan almari 2 org princess nie...


SEBELUM
  
Sebelum nie, semua baju yang dah kering di ampaian dan tak sempat berlipat disumbat je dalam almari. Termasuk baju sekolah min, baju p jalan2, baju tido dan baju pakai hari2. Itu tak termasuk baju amani.. pagi2 nak p sekolah min akan pakai baju yang sama. Bawak baju untuk ditukar pada waktu tengahari di sekolah pun baju yang diulang pakai. Saya pun hairan, ke manala baju min yang lain. Rasanya byk lagi baju min yang jarang di pakai. Oleh sebab itulah saya PERLU buat transformasi nie...bukan tahap PERLU tp PENTING!!!!


SELEPAS
  
TARAAA...***** kemas tak? seluar pendek, seluar panjang, baju untuk di pakai ke sekolah, pergi jejalan dan pakai hari2 untuk yasmin sumenya saya letak asing2.Tudung pun saya dah gantung guna hanger khas untuk tudung..Mudahla lepas nie kalo nak amik. Baju amani pun dah diasingkan mengikut kegunaan pakaian tue macam yasmin. Bezanya baju Yasmin ditempatkan di bahagian yang ada dua pintu manakala amani sebab awak adik jadi dpt yg satu pintu tue yer...jgn marah.....ngeee....(tp ibu tau amani tak kisah, kalo xda almari pun amani xkisahpun kan...lagik mudahla awak nak pakaikan baju utk bear2 awak tue kan...ngee).

Rabu, 24 Oktober 2012

** BiRThDaY My LuV with mY Lil PriNCeSS

Privasi, simple dan santai.......
Itu keperluan utama dalam penyediaan birthday surprise kali nie..Just for my luv husband.

Bila reminder telefon saya berbunyi jam 9am pd 17 September 2012, baru saya teringat "bufday my husband today!". Alamak !!!...saya memang terlupa...hari sblm tue igt nak wish happy birthday for my husband melalui msg jam 12.01pm. Tp tertido...bgun pagi sibuk uruskan anak2 terlupa terus ttg birthday 'boy' tue dan terus g keje.....mmmmm..sorry my dear...

Bila tersedar dr lamunan tue (ngee)...saya pun tpikirla beberapa idea yg agak kreatif jugak utk 'suprise' kan my husband..sambil buat keje di opis kpala dok kira2 je idea mana pling mudah, jimat dan yg plg penting 'suprise' kali nie akan meninggalkan secebis kenangan utk my husband. 

Jadi setelah di congak2, saya rasa celebrate di rumah adalah yang terbaik. Majlis makan-makan dengan sedikit deko2 utk birthday 'boy' (kalo celebrate kat hotel ke, restoren ke xda la deko2 cam nie). Ini setelah mengambilkira keselesaan dan kemudahan utk yasmin, amani dan aleesya (geng puteri-puteri manja tue) turut serta dlm suprise birthday utk abah kesayangan my lil princess nie.

Setelah settle keje-keje yang penting di opis, jam 12.30 pm saya dah keluar dari opis (nie kalo bos cari nie, kantoi..tp slalu waktu2 ni bos jarang cari saya huhu) utk cari barang-barang nak wat majlis makan-makan nie. Mula2 saya ke restoran Pizza Hut order spagheti. Saya ckp kat waiter nak amik jam 5.30 pm. Lepas tue saya terus bergegas ke kedai Borong Din untuk cari kertas putih (yg bulat2 tue) utk deko2 dan pergi kedai buku utk beli birthday card. Sehala dgn kedai buku tue ada kedai kek, jadi saya terus g jengok2 kek mana yg sesuai utk celebration kali nie. Dlm dok tinjau2 tue satu kek pun saya tak teringin nak mkn (pehal la budak nie...dia plak lebih2, padahal kek tue bukan utk dia..huhu). Lastly saya beli kek dlm mug kecik2 tu 3 bekas...berbaloi la 1 bekas walau kecik mau RM 7 sebekas. Saja nak wat kelainan, selalu celebrate kek besar2 dah boring kot. Lagipun setakat nak mkn 4 branak (xtermasuk baby aleesya) tentu tak abis. Jadik jgn membazir! Dah selesai membeli saya terus balik opis. Tak sabar nak mendeko bersama min dan amani balik nanti.

Bila sampai je rumah petang tue dan settlekan apa2 yg patut, saya minta husband dan anak2 dok diam2 dlm bilik sbb saya ada suprise utk dia...husband pun ikut je la kan sbb dia tahu dah tentu2 suprise birthday utk dia..huhu...Setelah bertungkus lumus lebih kurang 1/2 jam utk melekat word2 di cermin, hidang makanan di atas meja, nyalakan lilin dan lampu yg samar2...(di bantu oleh princess yasmin, "TQ min tlg ibu mmuahhh")

Akhirnya JENG!..JENG!....inilah hasilnya celebrate birthday hari tue...sweet x?...husband keluar je dr bilik terus terkejut dan terharu di sambut dengan 2 org princess dan dekorasi yg simple dan nice 2 see...Birthday boy pun dipaksa tukar baju cantik2 ckit wlupun celebrate kat rumah jer....hehe

SMILE!!!

Baby aleesya jer xda coz dia sedap jer tido dlm bilik..:)
Pertandingan senyuman siapa paling manis...birthday boy control hensem tue....hehe


* Nur Aleesya Qistina


Wah!!! Gumbira nya princess cilik ibu nie..inilah anak ke-3 saya...baru 4 bulan. Dah mula pandai menerap..Hobinya mmg suka tersenyum...senyum!senyum!...SEEEEEENYUM jer keje dia hari2..TAPI kalo dia dah mula buat prangai...xda signal2, terus belasah huwaaaaaa....huwaaaaa..slalunya yg buat dia meraung tue sbb pampers basah (ckit jer pun nak minta tukar pampers lain. Hai,anak ibu nie igt ibu n abah nie tauke kilang pampers ka...huhu), lapar susu, dah boring tido, menerap, rest dlm buaian dan 1 lagik sbb lambat mandikan dia...uishhh..budak kecik nie mmg suka MANDI...tp dlm byk2 sbb yg dia suka meraung tak tentu pasal tue sbb nak suruh kita DUKUNG dia huhu....masa dia huwaaaaaa....huwaaaaa..tue (bleh tahan jugak kuat suara si kecik nie)  kita angkat dan DUKUNG je budak kecik nie...comfirm diam trus dan boleh plak dia sedekahkan senyuman menawan dia tue...ngeeeer...:). 




Riangnya aleesya :)

Beza jarak Aleesya ngan kakak no.2 (amani si 'budak manja') dalam 2 tahun..amani lahir 20hb Mei 2010 manakala aleesya lahir 1hb Jun 2012...dan kakak sulung pun jaraknya lebih kurang 2 tahun...kakak sulung (yasmin si 'actress terbaik') lahir pada 22hb Ogos 2008. (insya Allah.. next n3, saya upload pic kakak2 aleesya plak yer). Kedua-dua kakaknya mmg suka mengagah dan bermain ngan si kecik nie...bukan tue saja, mereka 2 org nie sangat suuuuuka ' ambil berat' akan si aleesya nie. Kdg2 pampers xbasah pun kakak amani nak tlg tukarkan..org cbuk nak bancuh susu, dia laaaaggik cbuk tuang air, tuang susu...amik puting letak dlm mulut aleesya...aleesya dah jelir lidah tolak puting kluar dr mulut, kakak amani still pulun suapkan jugak...ngeeee...kekadang aleesya marah jugak dan dia akan nangis kalo kakak2 nie buat apa yg dia xsuka...tp kdg2 aleesya tgk je dan tolak puting byk2 kali ngan lidah....(redhala tue...huhu sian anak ibu nie).



mainan baru merangkap mainan pertama milik aleesya..(ini pun auntie masna yg bagi. hehe..tq auntie masna). mainan lain sume 'bekas' kakak min dan amani.

Dalam sume anak-anak ibu (he...cam ramai je padahal 3 org je anak) aleesya yg plh mudah di jaga masa baby....dr ibu berpantang sampai skrg, aleesya tak byk karenah...malah suka senyum...agah ckit pun dah senyum...tak payah agah yg pelik2 dan teruk2 cam kakak min dan amani dulu.....:)..Senyuman tuelah pengubat hati ibu dan abah!..mmmmuuahhhh.


lihatlah...saya dah boleh menerap dengan jayanya...hehe


alamak! tetiba ter'golek'...huhu


Entri Popular