Selasa, 16 April 2013

Taman Bunga Ros di ruang kediaman

Assalamualaikum


Hari ni saya nak tunaikan janji saya dalam entri Pokok Bunga Ros. Sebelum nie saya banyak letakkan contoh-contoh penataan bunga ros dari luar negara. Kali nie saya nak kongsikan contoh penataan dan segarnya pokok bunga ros yang ada di Malaysia. Terdapat tiga jenis bunga ros di Malaysia iaitu bunga ros kampung (bunganya mudah luruh), bunga ros dari Thailand (sesuai dengan iklim di Malaysia dan bunganya lebih besar dan pelbagai pilihan warna) dan bunga ros Cameron Highlands (bunganya lebih kecil dan pelbagai warna. Walaubagaimanapun, ia lebih sesuai ditanam di tanah tinggi dan bersuhu sejuk).

Jom layan gambar-gambar yang meruntun qalbu nie!..:)
Banyakkan pokok bunga Kak Yon nie. Pelbagai warna yang menarik.






Saya paling suka pagar nie. Nak save budget boleh beli kayu dan buat sendiri. Yang penting kreatif dan rajin.
Bila taman konsep ala inggeris, aksesorinya harus berwarna putih. Baru nampak menyerlah kecantikkan ruang  taman tersebut.
Putih PLUS merah PLUS hijau. Kombinasi warna yang cantik dan sedap mata memandang.
Ruang nie pun saya suka. Simple dan cantik.
Berminat dengan taman kak Yon? Sila layari http://kakrose.blogspot.com @ facebook Kak Yon.


Sangat cantik dengan penataan landskap kejur dan lendskap lembut yang maksimum. Walaupun ruang yang ada adalah kecil dan minima tapi kemampuan dan kreativiti pemiliknya menyusun pokok-pokok dan akesori lain mampu menghasilkan raung yang cantik dan menenangkan hati yang memandangnya.
Ruang yang ada digunakan sebaik mungkin. Jadi bagi kediaman yang tiada ruang tanah boleh menjadikan  penggunaan pasu bunga sebagai medium utama bagi menanam pokok-pokok bunga. Dengan sedikit kreativiti penyusunan pasu bunga di ruang-ruang yang ada mampu menyerlahkan dekorasi laman yang sempurna dan memukau mata memandang.
Taman ala inggeris yang minimalis dan mempesonakan!
Berminat dengan taman ini? Sila layari Facebook : Sharifah Badariah

Pokok bunga ros memerlukan besi @ kayu untuk dijadikan sebagai tempat berpaut. Jadi kita perlu rajin mengikat dahan-dahan pokok bunga ros yang baru bercambah mengikut bentuk yang kita impikan pada besi @ kayu tersebut.
Berminat dengan taman ini? Sila layari Facebook : Mami Yawinscha
Semua gambar nie saya google dan 'save' dah lama dalam 'stor' saya. Jadi ada yang saya ambil alamat URL nya dan ada yang tidak. Jadi kepada tuan punya gambar kalau ternampak gambar di dalam URL nya ada disini saya pohon untuk menggunakannya sebagai sumber ilmu dan sebagai inspirasi kepada pembaca diluar sana yang meminati bidang landskap. Terima kasih di atas perkongsian anda dan semoga anda akan peroleh inspirasi yang lebih lagi hendaknya. Amin..

8 ulasan:

kakrose berkata...

alamak..malu lak..bukan cantik sangat.hihi
sekarang halaman akak dah berubah.pokok rose pun banyak dah mati kerana selalu kena tingga dan tak larat nak jaga.pokok rose perlukan penjagaan rapi. ada lah beberapa pasu yg tinggal..

Unknown berkata...

xpe kak yon. sumber inspirasi ni. kalo ada masa boleh tanam balik. Tp betul sapa yg minat bidang lanskap ni perlu masa dan disiplin yang tinggi terhadap penjagaan pokok-pokok ni. Walaupun letih tp bila dpt tgk bunga2 yang cantik dan byk memang tenang je hati. Rasa nak tenung je bunga2 tu 24 jam...hahaha

Yana(019-9308140) berkata...

Pagar kayu ade jual kat kedai mana?xpandai nak buat sendiri

kakrose berkata...

Pagar kayu tu akak tempah di sungai buloh.tapi di Nilai dah ada jual sekarang ni..

kakrose berkata...

Pagar kayu tu akak tempah di sungai buloh.tapi di Nilai dah ada jual sekarang ni..

Unknown berkata...

Tempah pagar tu kat kedai kayu ke kat kedai pagar sis?

Cik Puan Diksu berkata...

saLAM, Beli ypasu putih tu kt mana?

Unknown berkata...

Pagar plastik bole jugak kan.. Kak yon.. Cantik x ye

Entri Popular