Ahad, 21 April 2013

Penyerahan kunci Rumah Mesra Rakyat

Assalamualaikum

Alhamdulillah....akhirnya rumah yang ditunggu-tunggu siap sepenuhnya (excited tue macam rumah nie milik saya jer..hehe). Sebenarnya ini rumah mak abah. Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini berkeluasan hampir 1000 kaki persegi. Dilengkapi dengan 3 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur dan dua bilik air. Sangat luas dan selesa untuk mak, abah dan seorang adik bongsu lelaki sebelah en husband. Lokasinya di atas bukit menawarkan pemandangan yang sangat cantik dan menarik. Di samping udara yang nyaman dari hembusan angin bukit berdekatan dan sawah bendang di sekitar kawasan rumah menambahkan lagi keselesaan apabila berada di kediaman baru ini.
Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Pemandangan dari dalam rumah ke jalan utama. Mendamaikan bila dapat tengok pemandangan sawah bendang dan pokok nyior melambai-lambai ditiup angin.
Mmmmm! apala mak long nak habaq kat Aleesya nie sampai mata dah kuyu-kuyu tue. Si Aleesya plak siap berkerut dahi!
Aleesya :"mak long  cerita apa nie, tak paham la"
Oooo...Mak long tunjuk dekat Aleesya, Tok dan Wan dah sampai. :)
Apala dua beranak tue buat atas bukit tue? PEACE!

Pertandingan melukis di atas tanah merah. Kak Anis lukis apa tue?
Mesyuarat Agong Keluarga Pak Chop kali pertama (sementara menunggu pegawai SPNB datang menyerahkan kunci rumah).
Agenda utama : Raya tahun nie bolehla beraya di rumah baru PLUS dapat anak sedara baru (baby Mak Cik AYU)
Seronokla bebudak nie sebab dapat main tanah dan lari sana-sini sepuas hati.
Wan dan Anis melawat kebun di sekitar rumah.
Wan suka panggil  Kak Anis 'cocoq peniram' sebab masa kecik2 dulu Kak Anis berkulit agak gelap tapi dah makin membesar nie Kak Anis dan semakin cerah. Tapi Wan suka nyakat jugak. Tiap kali kena nyakat tue, Kak Anis suka tarik muka masam, marahla tue. Tapi kejap jer marah, lepas tue ngekor jer Wan pergi mana.
Ruang tamu 
Bilik utama PLUS bilik air
Ruang makan
Dapur PLUS kabinet dapur
Ha! ini muka letih.
Seharian sudah meninjau dan pusing-pusing sekitar rumah baru nie. Aleesya jer muka steady sebab yang letihnya IBU sebab kena dukung Aleesya yang booolaaat nie. Muka Aleesya pun dah lebih 'bam-bam' dari muka ibu. Macammana tue?
RMR nie harganya RM65 ribu. Pemohon perlu bayar RM45 sahaja selama 25 tahun tanpa interest. Lagi RM10 ribu disubsidi oleh kerajaan. Setahun sekali pemohon perlu bayar insurans rumah sebanyak RM80-100. Tapi RMR nie tak boleh sesuka hati ditambah besarkan (tambah rumah mudah ceritanya) sehingga habis bayar selama 25 tahun. Nak tambah lantai mozek pun kena buat surat kepada SPNB untuk kelulusan.  Tapi kalau nak tukar cat, lepas dapat kunci petang tue pun dah boleh nak tukar cat warna apapun (tapi buat apa nak tukar kan, cat sedia ada pun dah cantik). RMR yang dah siap akan dilengkapi dengan sebuah kipas siling untuk ruang tamu dan lampu kalimantang untuk semua ruang rumah. Pemilik hanya perlu beli kipas untuk ruang lain dan lampu di luar rumah.

Nak tahu ciri-ciri kelayakan memiliki rumah RMR nie bolehlah layari http://www.spnb.com.my atau kunjungi pejabat SPNB berdekatan anda. Sekian.

4 ulasan:

Unknown berkata...

saya nk tye boleh

Hamzi berkata...

Alhamdulillah saya pun dah dapat setelah sekian lama memohon syukur sangat2

Unknown berkata...

Berapa lama eh proses rumah ni nak siap ?

siti h@iD@ berkata...

Alhamdulillah...saya mohon RMR pada tahun 2015,minggu lepas peguam ada call suami, dia bagitahu rumah RMR dah lulus..harap tahun depan (2018) kami dapat duduk rumah sendiri...

Entri Popular