Rabu, 24 April 2013

Koleksi tumbuhan herba dan ulaman

Assalamualaikum

Di luar rumah, hujan masih belum berhenti dari petang tadi. Guruh berdentum dentam dekat luar tue. Sesekali ternampak sinaran kilat di celah langsir yang terselak akibat kitaran kipas angin yang kuat di dalam bilik. Walaupun hujan lebat di luar tapi suhu bilik tetap terasa panas dan bahang.

Hari nie en husband senyum melebarla sebab tak perlu siram pokok. Sebelum hujan turun, saya membuat 'lawatan tapak' ke semua pokok herba di belakang rumah. Pokok cili makin membesar dengan baik. Sempat jugala saya cabut pokok-pokok liar di dalam pasu tanaman herba saya tue. Masa saya 'mengemaskini' pasu-pasu tue, saya terjumpa dua pokok kacang botol/kelisa. Ini bermakna pokok kacang botol saya dah ada lima pokok. 

Mood : sukanya dapat lihat pokok yang kita semai tumbuh dengan banyak tanpa diduga... :)

Nak tengok koleksi tumbuhan herba saya?

Jom LAYAN...
Pucuk Kaduk.
Tak sempat tanam di atas tanah lagi.
Pokok nie dihadiahkan oleh pemilik BUMI HIJAU NURSERY di Simpang Empat, Alor Setar.
Banyak koleksi pokok-pokok bunga dan tumbuhan herba di nursery nie. Harga yang ditawarkan juga sangat murah berbanding nursery yang lain. Lagipun nursery nie milik orang melayu.
Ulam raja.
Saya semai menggunakan biji daripada bunganya yang sudah kering.
Benihnya saya kutip di laman rumah mak ayah di kampung.
Cili padi.
Saya semai menggunakan biji cili padi merah yang dibeli di pasar.
Masa gambar ni diambil pokok nie masih kecil dan banyak rumput dan tumbuhan liar di dalam pasu. Nanti saya akan update gambar pokok yang sudah 'remaja'. huhu
Pokok kelapa pandan nie dihadiahkan oleh jiran saya. Pokok kelapa pandan nie agak sensitif dengan panas. Jadi petua ayah saya, kita perlu letakkan rumput @ pokok liar yang telah dicabut @telah kering di bahagian perdu pokok supaya bahagian tue sentiasa lembab. Jiran saya nie ada dua pokok kelapa pandan macam nie tapi kedua-duanya telah mati. Mungkin 'panas' terlebih kot. Sebab beliau gunakan baja tahi ayam (baja nie agak panas) dan kurang air.
Pokok daun kari dan lengkuas. Dapat dari kampung jugak.
Pokok kacang kelisa/botol.
Saya semai menggunakan biji daripada kacang botol yang telah masak (kacang berwarna hitam dan keras).
Dapat dari kampung juga. :)
Pokok lidah buaya dan daun kari. Daun lidah buaya selalu digunakan untuk perubatan tradisional seperti melancarkan pergerakan darah selepas dicucuk (biasanya bila anak-anak kita kena cucuk di paha @ bahu, cuba sapukan sedikit jeli daun lidah buaya di sekeliling bekas cucuk). Bila pergerakan darah berjalan lancar, ubat yang disuntik juga akan meresap dengan baik di dalam badan. Dipercayai dapat mengelakkan anak-anak kita daripada demam. Selain itu, dapat juga dijadikan sebagai masker muka untuk menegang dan melicinkan kulit muka. Berhati-hati menggunakan jeli ini sebagai masker kerana ia boleh menyebabkan gatal-gatal.
Pokok daun kari.
Pemberian jiran saya. Al-maklumlah kami menginap di taman perumahan baru,
jadi masing-masing giler bercucuk tanam tumbuhan herba nie. :)
Pokok limau kasturi.
Dah dua kali berbuah tapi sekarang ia agak tersentap sebab en husband asapkan ia dengan pembakaran kertas secara terbuka. Huhu...sadisnya...ish!ish!ish!
 Ia agak sensitif dengan kepanasan dan asap. Selepas kena asap tue, daunnya habis luruh dan saya cantaskan dahannya supaya ia dapat 'bernafas' kembali. :(
Serai.
Diperolehi daripada mak abah di kampung. 
Saya masih mencari-cari tumbuhan herba yang lain seperti kucai, daun pudina, pegaga, terung pipit, daun sup, bunga kantan, pandan, selom, selasih, pokok limau purut, rosemary, basil, pasli dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Sekian. :)

5 ulasan:

Unknown berkata...

bestnye

Unknown berkata...

terima kasih hazmin nawi :)

Unknown berkata...

Ish sronoknye tgk.. saya pon nk msuk rumah baru bln depan ni. Rumah tu mmg corner,tanah luas. Ingat nk tanam pokok2 mcm ni jugak. T hasil blh mkn.. jimatttt.... ����

Unknown berkata...

Tahniah suzila azis masuk rumah baru. Mmg best kalo ada umah sendiri boleh deko dan cipta laman ikut citarasa sendiri. Tmbh2 tuai hasil tnmn sndiri. Rasa nk msk skit2 tu leh jenguk kebun sndirikan. Jimat ! :)

Unknown berkata...

Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pokok2 herba & ulaman...stok anak pokok rerama hijau & stevia pun ada..lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor..harga berpatutan dan perkhidmatan pos juga disediakan..hubungi D'Kaduk Herbs & Floral : 0123106846 -Faizal@ 0122440099 -Azizi

***kami juga ada 4 jenis pokok sambung nyawa:
-hijau
-batik
-merah
-hitam

Entri Popular