Isnin, 22 April 2013

Menjemput mak ayah di Airport Pulau Pinang

Assalamualaikum

Petang Khamis lepas saya dan en husband pergi menjemput mak dan ayah di Airport Pulau Pinang. Seminggu mak dan ayah membuat 'lawatan' di rumah adik ketiga saya, Nazirah di Pulai, Johor. Amani dan Aleesya kena tinggal di rumah pengasuh sampai malam sebab kalau bawak ketiga-tiga beradik nie, letihla ibu dengan abah melayan karenah hampa dalam kereta sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam (termasuk berhenti di nursery di tepi-tepi jalan...huhu). Itu belum kira panjangnya langkah Amani bila sampai di Airport nanti. Jadi saya dan en husband hanya bawa Yasmin menjemput tok dan wan di Airport. Kalau bawak Min maintenance pun tak tinggi. Tak perlu bawak pampers, air panas, susu dan sebagainya. Huhu...

Jambatan kedua Pulau Pinang - Batu Maung di bahagian pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar. Jarak sejauh 24 KM dan merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara
Jambatan Pulau Pinang
Pelabuhan kapal
Pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit di laluan utama ke Airport Bayan Lepas dari susur keluar jambatan Pulau Pinang


Dah sampai ke terminal Airport. Kalau nak menghantar orang naik kapal terbang boleh menggunakan jalan terus ni (jalan ke atas) sebab balai pelepasan berada di tingkat atas. Manakala untuk menjemput orang silalah menggunakan jalan di sebelah kanan tue untuk ke tempat parking berbayar. Balai ketibaan terletak di bawah bangunan ini.
Ini ruang untuk memberhentikan kereta untuk menurunkan penumpang atau barang (laluan atas). 
"Besarnya kasut Min"
Menanti ketibaan Tok dan Wan dengan penuh sabar...
Dari jauh nampak Tok dan Wan keluar dari balai ketibaan domestik. (sorry gambar tak clear tapi nak upload jugak..huhu)
Citer apala en husband tue dekat mak ayah. Beria benor!
Jambatan Pulau Pinang menghala ke Butterworth. Masa balik nie 'jammed' jugakla dengan orang-orang yang baru balik kerja dari pulau ke tanah besar, Butterworth.
"Ha! tengok mak tue..Dah lapar sangat la tue."
Kami singgah solat di Surau Taman Ria untuk solat Maghrib sebelum tiba di Medan Selera Taman Ria nie. Malam pun ada nasi campur. Banyak pulak tue lauk pauk yang disediakan. 
Ayah pun makan nasi campur
Min mengada la tue. Biasanya kalau makan dekat kedai, dia boleh makan sendiri. Bila ada tok, tok pulak kena suap dia makan.  Kalau tak, dia mengada tak nak makan. Mmmmm.... 
Saya order nasi putih dan Paprik Ayam. Sedap jugak rasanya. Boleh bagi Gred A.
En husband pulak order Nasi Goreng Kampung. Boleh bagi gred A.
Ini sate Kambing. RM 0.70 secucuk. Gred B saya bagi sebab dagingnya liat sikit. 
Sate ayamnya sedap. Tapi tak sempat nak ambil gambar, sate dah habis dimakan. 
Saya bagi Gred A. 
RM 0.60 secucuk dan daging ayamnya besar-besar macam sate Kajang yang femes tue.  Saya sempat order sate ayam untuk dibawa balik dan diberikan sebagai ole-ole kepada pengasuh.
Selesai memenuhkan perut, kami bertolak balik ke Alor Setar. Tiba di rumah pengasuh jam 10 malam. Amani dan Aleesya belum tidur. Kesiannya mesti tunggu ibu pergi ambil. Selalu petang dah balik rumah, hari tue terpaksalah balik lambat sikit. Amani bila nampak jer tok dan wan terus menjerit. Suka benor la tue tok dan wan datang rumah. Malam tue Yasmin dan Amani tidur dengan tok dan wan. Biasanya tiap kali tok dan wan datang rumah, Yasmin mesti nak tidur dengan tok. Amani kadang-kadang jer tidur dengan tok sebab dia tak boleh berpisah dengan abah kesayangannya tue. Tapi yang bestnya tue, malam tue budak berdua tue tidur dengan tok. Keesokkan paginya, sedar-sedar Amani dah tidur sebantal dengan abah dia. Bila masa dia masuk bilik tidur atas katil pun saya dan en husband tak sedar. Yang geramnya, saya tersedar tue sebab saya bau 'hancing' macam bau air k_ncing. Sedar-sedar pampers Amani dekat muka saya..Grrrr! hampeh betul..Tidur buas jugak budak nie. Kepala atas bantal abah, kaki atas ibu. Mmmm...Amani..Amani...

Masa breakfast, saya ceritala kisah nie dekat tok dan wan. Mereka terus gelakkan saya. Mmm..apa boleh buat. Ujian tue ujian...:)

Tiada ulasan:

Entri Popular