Selasa, 23 April 2013

Koleksi Pokok di lamanku

Assalamualaikum

Hari nie saya nak cerita tentang pokok-pokok yang ada di laman saya. Nak cakap banyak sangat pokok di laman tue tak adalah banyak. Tapi kalau campur pokok berdaun hijau, pokok bunga, tumbuhan herba, rumput liar dan pokok-pokok yang tidak diundang kiranya banyak la jugak...huhu. (sakit hati jer baca statement ntah hape-hape nie kan!). Saja nak panjangkan mukadimah hari nie. Lagipun korang tak ada keje kan, jadi korang nak habiskan masa, rajin-rajinla baca entry saya nie satu persatu. Jangan rajin menatap gambar-gambar yang kiut miut nie jer. Muahaha.....Hari nie mood 'boring'. Jadi ayat pun ntah hape-hape jer. Merapu jer lebey...cer ketuk sekali lappy korang tue, comfirm saya kembali kepada keadaan normal kembali...(sampai hati korang yer mengetuk lappy korang yang tak bersalah tue! huhu).

Hari ni saya puasa ganti lagi. Bukan mudah nak ganti puasa selama 11 hari. Masa bulan puasa orang berpuasa, saya dok ber'horey' sesorang kat dapur mudah jer rasanya! Sekarang orang dok makan sesuka hati dimana-mana saja di depan mata, perut plak berkruk-krak kruk-krak tetiba baru terasa sukarnya nak habiskan puasa selama satu hari. Itu semua cobaaaaan!. Itu belum kira kalau ada anak-anak depan depan mata dan perlu diuruskan makan minum serta keperluan harian mereka. Jadi hari yang terbaik untuk menganti puasa bagi ibu-ibu seperti saya adalah hari bekerja. Huhu

Lagi satu waktu tengahari macam nie HARUS jangan buka FB. Sebab lagi banyak cobaaaan dan dogaaaaan yang ada dalam FB nanti. Time-time macam nie la ada orang nak upload dok makan di mana, dok makan apa, makanan yang sodap lagi lazaaaaat yang sudah disediakan dan macam -macam lagi berkaitan makanan.... makanan....makanan....Oleh itu, saya telah mengambil langkah keselamatan dengan menaip entri ini bersama tatapan (bukan santapan tau!NO...NO...NO...) pokok-pokok kesayangan saya nie.

Hokey! STOP! Korang janganlah terlebih rajin melayan orang yang sedang kelaparan nie. Jom kita layan tengok pokok-pokok nie lagi bagus.

Pokok bunga kerta bonzai pertama yang saya beli. Harga RM 25.00. Masa beli nie dah tahu bunganya pelbagai warna. Jadi masa bunga nie keluar banyak-banyak macam nie tak adalah heran sangat. Cuma hati selalu girang dapat tengok pokok bunga nie. CANTIK! Warna bunga purple, merah dan putih.
Ini pokok bunga kertas bonzai kedua yang saya beli. Harga RM 20.00. Murah RM 5.00 daripada pokok bonzai pertama tue. Murah sebab masa beli pokok nie bunga-bunganya masih belum keluar. Jadi saya ingat bunganya dua hingga tiga jenis warna saja. Rupanya apabila bunga-bunga keluar,  hati saya terus terpikat pada kecantikkan pokok bonzai kedua  nie. Lima warna bunganya. Itu pun belum berbunga sepenuhnya.

Tengok gambar di bawah.
Ha !cantikkan? Suka sangat tengok pokok nie sebelum dan selepas balik kerja. Tenang jer perasaan. Sebelum bunga-bunga nie keluar dengan banyak macam nie, dah tiga empat kali saya cantas dahannya sebab macam tak nak naik jer pokok nie. Lepas cantas tue, saya letakkan baja penggalak bunga yang warna merah tue.
Pokok yang sama dari posisi berlainan. Warna oren, purple, merah, putih+pink dan kuning.
Ini pokok bunga kertas bonzai ketiga. Harganya RM 20.00. Pokok nie saya beli sama dengan pokok  bonzai kedua  tue. Tapi tumbesarannya lambat sikit. Ini pun dah empat kali saya cantas dahannya sebab tak keluar-keluar bunga. Setakat nie, warna bunga yang keluar adalah warna putih dan oren+pink.
Korang rasa macam perlu cantas lagi tak dahan pokok bonzai ketiga nie?
Saya tak pasti pokok nie nama apa. Tapi yang pasti bila ke nursery dan saya nampak pokok nie berbunga dengan cantik dan merimbun bulat, terus berkenan di hati. 
Pokok nie saya tanam di tepi pagar untuk dijadikan sebagai tumbuhan pagar. Agak lambat membesar walaupun dah membaja dua minggu sekali.
Pokok bunga raya merah. Pokok nie pun ditanam di tepi pagar sebagai tanaman berpagar.
Pokok nie saya panggil bonzai cina. 


Pokok bonzai juga



Pokok buluh batang hijau

Pokok bunga jarum. Bunga merah
Bonzai jenis kecil

Bonzai pokok bunga kertas kesayangan saya tue ada kat situ. Ha! nampak tak? 

Tiada ulasan:

Entri Popular