Khamis, 4 April 2013

Anak-anak penghibur hati

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Selesai makan malam jam 6.30 petang, saya dan en husband luangkan masa bersama anak-anak. Tiga orangg anak, kita akan dapat lihat tiga karakter berbeza dan adakala ada juga persamaan di kalangan mereka  tapi lebih kepada “sama tapi tak serupa”. Haha..

Yasmin, kakak sulung lebih sensitif berbanding adik-adik yang lain. Suka menangis (pantang silap sikit, mesti ‘berbunyi’). Selalunya bila apa yang dia nak, tak dipenuhi. Contohnya bila gatal kaki, dia dah datang dekat kita ngadu gatal kat situ sini. Mintak kita garukan. Kalau kita garu sikit-sikit jer, mulalah bunyi. Jadi garu la lagi sambil buat ayat kesian macam ni “kesian kat Min, nanti kita letak krim, lepas tue legalah”. Jadi letak la krim gatal, lepas tue mood dah ok. Kadang-kadang kalau dia tak tidur tengahari kat sekolah, balik rumah petang tue mesti buat-buat letih dan mula buat perangai. Sambil badan melentuk-lentuk tepi sofa atau dinding cakap “ngantuk”. Bila dah siap mandi dan makan (ini pun puas pujuk nak pergi mandi dan makan), kita ajak tidur tak nak. Siap tarik muka sambil ‘bunyi’ tapi bila kita ajak main “sik-sik, bom-bom”, automatik duduk bersila dan angkat dua-dua belah tangan nak main. Automatik juga mengantuk hilang, ‘bunyi’ pun hilang. Siap gelak besar lagik. Huhu..

Dah besar anak sulung ibu nie. Dah lima tahun. Tahun depan dah nak masuk darjah satu.
Amani, anak kedua. Agak ganas dan suka sangat buat orang ‘Grrrrr’ marah. Dia akan buat apa yang dia nak tanpa fikir orang lain. Suka sangat pukul Min dan Aleesya. Kalau Min dok tengah main sesorang, nanti dengarla Min menjerit dan meraung. Sama ada Amani tarik rambut @ bagi ‘sedash’ penampar jepun dekat mana-mana bahagian badan Min. Bila Min dah meraung-raung kuat, sekali lagi Amani akan bagi ‘sedash’ penampar @ secubit garam sambil cakap “diam! diam!”. #&#&#&#&# tak tahu nak cakap apa. Dia yang kacau Min dan bila Min meraung, dia boleh suruh diam. Kalau tak diam, dia akan p buat lagi. Hadoooiiii!

Aleesya, si tecik nie memang suka main sesorang. Elok-elok jer Aleesya main mainan macam patung @ minum air dalam botol, Amani tak boleh tengok saja. Ada jer idea dia nak ‘sabotaj’. Kalau dia tak rampas anak patung tue, dia akan dukung Aleesya bawak jalan-jalan ikut langkah kaki dia. Bayangkanlah saiz badan lebih kurang kot. Kita dah risau takut-takut dia rasa berat, mahunya dia lepas Aleesya atas lantai macam patung. Tak ke sakit si tecik tue. 
Amani dah tiga tahun. Tapi tetap tak nak berpisah dengan pampers. Buka tak tahu nak bagitahu nak 'SSSHHHHH' dan 'UUU'UUUUUHHHH'. Dah puas ajar, tapi kita pulak yang letih, kena lap lantai merata-rata sebab 'SSSSSHHHH' tak cakap. Dah 'SSSSHHHHH" baru bagitahu. Hmmmm..
Tengok nie, elok jer si tecik nie minum air masak dalam botol, dia boleh pergi ambil dan suap dalam mulut Aleesya. Kalau suap elok-elok tak apa la jugak, ini wajibla ikut keselesaan tangan dia nak tekan puting botol tue masuk mulut elok-elok atau sampai Aleesya pulak nak kena adjust mulut dekat puting botol tue. Mmmmmm.....

Bukan setakat kakak dan adik dia buat, kita pun kena. Tengah kita bersantai elok-elok, dia boleh guling-guling badan dekat lantai macam ahli sukan akrobatik tue dan langgar kita ikut suka dia. Kadang-kadang kaki dia tertendang kita, kadang-kadang dia jatuh atas riba, dekat belakang, atas kepala, terpijak kaki, muka, kepala kita. Mahu kita tak hangin satu badan, dah lah baru nak berehat tetiba boleh sakit plak tue. Huh! Yang herannya dia tak ada sakit pulak. Bila dah langgar-langgar kita bagai, dia boleh bangun gelak-gelak dan buat lagi. Mesti dia rasa HEBAT boleh buat akrobatik macam tue. Kalau kita mood baik, dia dapat ayat amaran jer, tapi kalau mood tak baik alamatnya dapatla penampar ‘sedash’ @ ‘secubit garam’. Lagi sakit hati bila dapat ‘hadiah mhal’ nie, dia bukan nak duduk senyap tapi akan buat lagi. Siap gelak macam tak ada apa-apa. Aduih! Tensyen ibu ngan abah dengan perangai Amani yang satu nie.
Aleesya, si boooolaaaat nie. Suka tersenyum. Ibu suka dengan senyuman manis Aleesya tue. Tapi seminggu dua nie, dah pandai buat perangai. Jam 6.15 pagi dah bangun. Masa kita kelam kabut nak siap-siap pergi kerja la dia bangun. Kalau bangun dan duduk baik-baik atas tilam @ tengok TV ok la jugak. Ini tak, nak mintak kita dukung sampai pergi rumah ngasuh. Jadi terpaksalah buat air dekat Min, pakai baju, mekap, kemas barang dalam kereta sambil berdukung. Solat pun kena gilir-gilir dengan en husband. Dalam kereta pun sama, memang tak nak la duduk tempat penumpang, jadik saya terpaksa memandu dengan Aleesya atas riba. Kadang-kadang dia yang tolong bagi signal kiri kanan ikut suka dia. Nasib baikla rumah pengasuh sebelah taman jer. Kalau tak macammana? Balik kerja dan masa ambil Amani dan Aleesya balik rumah pun sama kesnya. Aleesya jadi pemandu kedua dan jejak je kaki dalam rumah wajib berdukung. Tunggulah en husband balik bergilir-gilir mandi, solat dan buat kerja sampai si tecik nie tidur. Nasib baikla si tecik nie jenis tidur awal. Jam 8pm-9pm dah tidur. Tapi kadang-kadang ada hari juga, dia tidur lewat. Kadang-kadang bila saya tidurkan dia, sekali dengan saya tertidur. Kadang-kadang tak tahu sapa yang lena dulu, Aleesya atau ibu. Sedar-sedar, en husband kejut suruh tidur dekat tempat tidur saya elok-elok.

Inilah kisah dan ragam puteri-puteri manja saya nie. Kalau tak ada mereka bertiga, sunyilah saya dan en husband. Kalau ada bertiga, gamatla rumah nie. Bunyi gelak ada, meraung ada, menjerit ada, macam-macam. Kalau mereka tak jerit, saya dan en husband yang jerit. Huhu...
Hmmmm...anak oh anak!

Tiada ulasan:

Entri Popular