Rabu, 26 Jun 2013

Restoran Mayang, Alor Setar

Assalamualaikum

Kelmarin saya berbuka puasa di Kedai Makan Mayang, Jalan Langgar. Pertama kali nak mencuba makanan di kedai ni. Saya dan en husbnad teruja nak ke kedai ni sebab landskap yang agak menarik ditonjolkan di kedai nie. Lain daripada yang lain.  
 Ia menawarkan pelbagai sajian melayu, ala thai dan western. Cantik tak kotak surat tue?
Semua perabot berasaskam kayu. Konsep taman landskapnya ala tropika camtu...

 Mula-mula sampai, kami cari 'rumah kecik' nie. Tak nak duduk di meja dan kerusi yang dah biasa ada di kedai lain. Baru je duduk, wiauuuu...wiauuuu...wiauuuuuu cik nyamuk berkeliaran di keliling kami.
Lepas jer pelayan kedai ambil order, kami tukar tempat. Duduk di meja kerusi yang disediakan.

 Mmmmm...tak dapatla nak bersantai dekat pondok nie sambil makan-makan.

 Muka Yasmin monyok " nak balik..."

 Bapak dan anak sama jer. Tergaru-garu..Paling teruk Yasmin...merata-rata garu. Siap minta saya garukan tangan, kepala dan kaki. Makanan belum sampai lagi. Terpaksa menunggu jugak. Tetiba ada sorang budak lelaki datang bawa kotak tempat letak telur yang dibakar. Asapnya tue dapatla halau nyamuk yang makin 'menganas' dekat bawah meja kami nie. Agaknya time maghrib sama kot, nyamuk keluar dari 'rumahnya'. Lega rasanya bila dah ada asap dari kotak telur tue. Sekurang-kurangnya kami boleh bertahan sehingga habis makan nanti.

 Kawasan persekitaran kedai makan menarik dengan penataan landskap. Rasa macam suasana kampung. 

 Bangunan kayu hujung sekali tu (nampak bumbung biru tu) adalah dapur tempat memasak.

 Surau juga disediakan. (belakang kerusi budak tue)

 Pondok kecil. 
Perancangan asal nak makan di pondok nie tak tercapai. Cik nyamuk mengamuk di sini. huhu

Selesai makan, kami tak berlengah-lengah lagi, terus bayar dan balik. Makanan disediakan di sini boleh tahan juga rasanya. Menu air yang disediakan juga lain dari tempat lain seperti jus nenas + epal dan jus epal + asam boi. Cuma cik nyamuk tu yang tak tahan terutamanya Min la. 

Dekorasi yang disediakan di kedai nie menarik cumanya saya rasa tokei kedai harus cuci longkang dan kemaskini seluruh kawasan nie agar BEBAS nyamuk. Mungkin ada banyak 'rumah nyamuk' disini. Jadi ianya sangat menganggu pelanggan yang datang. Sayangla kawasan dah menarik dan konsepnya lain dari yang lain di bandar Alor Setar nie. 

Dekat kedai biasa pun ada nyamuk, cumanya tak adala sampai menganggu jiwa dan perasaan pelanggan. Mungkin perlu penambahbaikan kemudahan seperti kipas angin supaya nyamuk akan lari bila ada angin dari kipas tue. 

Persepsi pelanggan yang kali pertama datang macam saya untuk datang lagi lain kali mungkin negatif. Tambah-tambah lagi nak bawa anak-anak, memang jawapannya TAK PERGI dah!....huhu

Tapi kalau ada penambahbaikan, mungki pelanggan akan bertambah ramai dari sebelumnya dan kedai nie akan menjadi salah satu restoran pilihan pelanggan. :)

Isnin, 24 Jun 2013

Aleesya terlepas daripada dicucuk

Assalamualaikum

Amani sibuk 'mengemas' di dalam kereta sebelum menghantar Amani ke rumah pengasuh. Aleesya steady ler sebab tahu ibu akan bawa Aleesya 'jalan-jalan'.

Pagi tadi, saya bawa Aleesya ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan perkembangan bayi di usia 1 tahun. 

Berat badan Aleesya naik sedikit iaitu 8.7 Kg berbanding sebelumnya 8.4 Kg. Mungkin berat Aleesya merosot minggu lepas akibat jangkitan HFMD. 
  
Kalau ikut prosedur kesihatan, Aleesya dah kena cucuk campak. Tapi setelah pemeriksaan kesihatan di buat dan saya maklumkan Aleesya baru lepas terkena jangkitan HFMD. Jururawat yang bertugas iaitu JM Norfazilah mengesyorkan kepada saya supaya Aleesya tidak diberi suntikan campak lagi memandangkan bekas ruam pada Aleesya belum baik sepenuhnya. Beliau takut sistem imun badan Aleesya masih rendah dan sekiranya dicucuk juga kemungkinan Aleesya akan mendapat demam atau jangkitan HFMD tersebut akan mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. 

 Setelah pemeriksaan oleh jururawat, Aleesya disyorkan supaya berjumpa doktor bagi pemeriksaan lanjutan kes HFMD walaupun Aleesya dan sembuh. Cuma bekas ruam tu banyak mengelupas. Kebetulan pulak hari nie doktor di bahagian klinik puan dan kanak-kanak tidak ada, jadi terpaksalah menumpang doktor di klinik pesakit luar. Saya ingatkan boleh masuk terus jumpa doktor rupanya kena jugak beratur mengikut nombor giliran. Aduh! letih betul macam nie. Klinik pesakit luar memang comfirm la ramai pesakit. 1 jam saya menunggu baru dapat masuk jumpa doktor. Aleesya dan sampai terlentok-lentok lena atas bahu saya. Dah tu plak, bila saya duduk atas kerusi si Aleesya macam sedar dari tidur dan nangis. Terpaksa la saya berdiri sambil dukung Aleesya. 

Bila dah duduk depan doktor, boleh plak doktor muda tue tanya saya, "nak check apa hari ni?"
Aduh! sakittttnya haaaaaatiiiii!...
"nak buat rawatan susulan untuk jangkitan HFMD minggu lepas" (jawab dengan tak ikhlas langsung, huh!)
Tak baca ker buku pink yang saya bagi tue. Kan ke jururawat tue dah tulis, mau tanya lagi...Dah la saya penat berdiri tadi sambil dukung Aleesya. Masuk dalam kena plak dera perasaaan dengan doktor tue...Sabar jer la...:(

Bertambah sakit hati bila dia belek-belek kaki, tangan Aleesya. 
Lepas belek, belek....
Lepas belek, belek....
belek lagi....
Waaaduuuuuuh....

Saya pun cakapla "masa ik datang siasat kes nie dekat rumah saya, dia cakap Aleesya paling banyak ruam berbanding kes kanak-kanak lain yang pernah dia check" (dengan harapan doktor tue takde la buat perangai peliks asyik belek dan belek dan belek lagi)

Lepas tue terus dia keluarkan handset dia letak atas meja depan mata saya GOOGLE. Google tentang penyakit berkaitan kulit dan ntah apa-apa. Ssekali lagi saaaaaakitnya haaaaatiiiiiiiiiiiiiiii. Kalau  nak google lain kalilah. Saya dah google kot tentang penyakit anak saya nie. Dah ambil ubatn pun. 
Tak pe sabar lagi. Mungkin lepas dia google dan baca apa-apa dalam tu, dia akan explain panjang lebar. Rupanya takkkkk.........

Dah dia tutup google. Dia pun cakap "saya rasa penyakit dia dah semakin baik. Saya bagi krim sapu je ye".

LOooooooooRrrrr itu je ker.

 TENSION!

"Saya nak time slip, boleh?"

"boleh". Dia tulis lepas tue silap. Macam kalut-kalut tulis..Lastly dia kronyok-kronyok kertas masuk dalam bakul sampah.

Ambil lagi sekeping tulis lagi. Ada juga silap tapi dia potong jer. 

"ish!" rimas betul dengan perangai doktor muda nie.

Menyirap darah pepagi buta tadi. Dah la perut berbunyi-bunyi. Sampai di klinik jam 7.50 pagi balik pukul 10.30 pagi. Letihnya...kalau boleh makan, kurangla stress hari nie. Tapi tak boleh makan jadi sampai dekat opis pun hati nie masih grrrrrrrrrrrrr. 

Sabar je lah. Dugaan betul ketika saya berpuasa nie. Mmmmm






Pertama kali potong Pokok Daun Bawang sendiri

Assalamualaikum 

Sebelum nie saya tanam lebihan pokok daun bawang yang saya dapat dari pasar. Namun beberapa kali mencuba tapi hasilnya tiada. Semua pokok daun bawang yang saya tanam dengan cara macam tu habis mati. :(

Rasa macam frust jugak. Macammana la dalam blog-blog yang saya tengok kebanyakkan blogger berjaya tanam pokok daun bawang yang dibeli di pasar tumbuh dengan baik. Akhirnya saya cuba lagi tanam tapi dengan menggunakan bawang merah yang ada di dapur saya. Saya ambil 4 biji bawang yang elok-elok dan tanam dalam pasu. Hasilnya tak sampai tiga minggu, saya dah boleh potong daun bawang yang saya tanam sendiri untuk masakan saya. :)

 Saya semai bawang merah di dalam tanah berpasu ini dan letakkan di tempat yang teduh (di bawah awning dapur). Air siramannya jangan terlalu banyak. Agak-agak sekali siram hanya melembabkan tekstur tanah.

 Tak perlu membaja pun. Masa nak guna daun bawang nie, saya pilih daun yang paling panjang. Selebihnya boleh memanjang lagi dan boleh digunakan lain kali. Dah tahu caranya, lepas nie saya tak perlu lagi beli daun  bawang di pasar. Harga daun bawang pun boleh tahan mahalnya. Lagipun kalau beli mesti banyak dan perlu disimpan di dalam peti sejuk. Kadang-kadang guna sikit saja dan selebihnya layu di dalam peti dan masuk ke tong sampah yang baik hati. :)

 Ayam masak kicap dengan daun bawang segar yang baru dipotong dari pasu. :)

Tom Yam ayan dengan daun bawang segar. Mmmm rasa puas sangat dapat hidangkan makanan dengan hasil tuaian tanaman sendiri. 

:)

Sabtu, 22 Jun 2013

Berkelah di Taman Tasik Darulaman

Assalamualaikum

Yeaaaaa............hari nie dah boleh bawak anak-anak keluar jalan-jalan. Dah lama rasanya tak bawak anak-anak ambil angin dan bersantai. Sejak birthday Amani (20 MEI) dan Aleesya (1 JUN), tak ada lagi celebration untuk mereka berdua. Bukan tak nak buat tapi tak sempat dan ada jer benda setiap hujung minggu sehinggalah mereka berdua kena jangkitan HFMD. 

Kalau ikut perancangan nakla buat DIY text tulis birthday, 3 tahun (untuk Amani), 1 tahun (untuk Aleesya) dan lain-lain tapi tak sempat. Dah print tapi tak sempat nak gunting dan lekat-lekat bagai. Tapi tak apalah, pagi nie semua bangun awal untuk ke Taman Tasik Darulaman. Makan-makan dan hirup udara segar, main di playground dan jalan-jalan tepi tasik. Nak naik angsa 2 ekor dalam tasik tue tak berani lagi. Aleesya masih kecik, nanti kalau dia bosan duduk dalam angsa yang masa tue berada di tengah-tengah tasik tak pasal-pasal kena dukung sambil kayuh angsa balik ke darat. Mau terkopak kaki dan tangan lenguh. Huhu tak dapet la nak bayangkan..:b

PAgi n ie saya buat angel hair goreng. Semasa bertolak ke Taman Tasik, en husband singgah di KFC Jalan Stadium untuk beli snack plate. Tapi pagi-pagi nie ayam belum goreng jadi nak jimat masa, en husband pesan nugget dan cheesy wedges jer untuk dibawa ke Taman Tasik. Sebenarnya en husband niat sekiranya anak-anak dah sihat dari HFMD, dia nak belanja KFC. Oklah tue kan. Walaupun tak ada ayam goreng...:)

 Kami sampai di Taman Tasik jam 8.30 pagi. Rupaya ada group Kolej Komuniti sedang buat hari keluarga. Ramai jugak orang dekat Taman Tasik hari nie. Kami macam biasa alas kain atas rumput dan makan. Aleesya paling lapor... Siap hidang makanan semua, dia yang mula-mula makan. Habis baju dan seluar. Memangtak  naknya disuapkan. Jadi, ropaaaaanya macam tu lah. COMOT! si budak comoooot....:b

 Best jugak dapat berkelah macam nie sekali sekala. Sambil makan dapat tengok gelagat orang di tasik. 
Anak-anak pun suka. :)
Kolej komuniti sibuk buat hari keluarga, kami pun sibuk jugak buat hari keluarga tapi satu keluarga jer la..haha

 Menu hari nie. Angel hair goreng tue terlebih goreng. Banyak sangat tak sesuai dengan jumlah mulut yang kecik-kecik jer tuh!. Masa merebus angel hair pagi tadi rasa macam sikit tapi bila dah goreng dan masukkan sayur dan ayam. Mmmmm memang terasa banyak. Tak pe lah makan jer la sampai kenyang!

 PEACE! 
kami suka berpicnic...:)
Dapat eratkan hubungan kekeluargaan dan luangkan masa dengan anak-anak.

 Hadoiiiiiii! Aleesyaaaaaaaaaaaaaa.... Orang yang mula-mula makan adalah Aleesya. Orang yang last makan pun Aleesya....Dengan comot-comotnya....Baju lebih dah la tak bawak. Memang kena balik rumah terusla bila habis beriadah di Taman Tasik nie. Ingatkan nak buat photoshoot Aleesya 1 tahun dan Amani 3 tahun. Nampaknya memang tak dapatla...Baju dah kotor, muka pun dah comot-comot...Mmm memang tak boleh bawak majlis nih! hua hua hua

 En husband tuh asalnya nak jogging pusing Taman Tasik. Siap pakai seluar tracksuit. Tapi las-last dah kenyang sarapan, perut dah berat, kaki pun malas melangkah, akhirnya tinggal niat jerla nak jogging.

 Sebelah rumah pun adakan nie? Tapi macam pelik jer bebudak nie nampak playground nie trus nak main. Layan jer lah. tengok tuh asal Yasmin pun nak jogging siap pakai kasut sport. Tapi mentor tak jogging, menti pun tak  jogging la....

 Aleesya dah besar... Dah kanak-kanak bukan peringkat bayi lagi rupanya. Kejap jer masa berlalu. naik buaian besar pun tak nak share-share. Macamla dah pandai naik sendiri kan...kan...kan....
Hai...la Aleesya 

 Muka masam.....masam perit orang kedah cakap...
merajuk sebab tak ada orang nak tolong hayunkan buaian dia dekat belakang. Masuk jer Amani 3 tahun, terus suka merajuk. Kalau dia nak apa-apa dan kita tak ikut, comfirm tarik muka masam. Kalau kita buat tak tahu menangis bagai  nak rak. Dah la suara kuat, jadi nak tak nak terpaksalah turutkan. Tapi kalau dekat rumah, kadang-kadang saya biar je...Bila dia dah tak larat nangis. Dia akan berhenti dengan sendirinya dan akan datang dekat saya cakap " Nani tak buat dah, bu...". Ha! tau pun dia, saja jer mengada-ngada nangis kuat-kuat..

 Seiras tak? Ramai orang cakap wajah Amani dan Aleesya sebijik macam muka abah...Abis? wajah ibu?..Mmm tak pala. Saya tak amik hati pun. :)

 Gembira tul tiga princess tue dapat berjalan dan berlari-lari di tempat yang luas macam nie...

Berakhir sudah sesi berjalan-jalan hari nie. Semoga anak-anak ibu dan abah happy hari nie. Esok, Min dah sekolah. Belajar rajin-rajin tau!. Amani dan Aleesya kena pergi rumah Tok Amani (pengasuh) dah. Pandai-pandaila jaga diri di rumah Tok yer!

Happy birthday untuk AMANI dan ALEESYA! Walaupun tak ada kek, tak ada lilin tapi masa yang diluangkan bersama adalah lebih berharga. 

Mmuuuuaaahhh!

 :)

Jumaat, 21 Jun 2013

Adusss!!! Letihnya tanam rumput karpet

Assalamualaikum

Wah! hari nie memang hari yang hebat untuk saya. Seawal jam 5.30 pagi dah bangun. Kalah bangun time hari kerja. Selalu bangun jam 6 pagi tapi hari nie saya ingat cuti dan petang-petang nanti kalau letih bolehlah tidur balik. Cover 1/2 jam awal bangun tue (itupun nak berkira kan? kan? kan? mmmmmm). Ada satu plan saya nak buat pagi nie. Apapun sebelum nak realisasikan plan tue saya perlu masak untuk sarapan dan tengahari siap-siap. Sebab apa-apa yang akan terjadi selepas saya realisasikan plan saya tu nanti tak adala saya kelam kabut nak memasak dan takut tak ada kuderat, makanya makan tengahari kena tapau di kedai. Huuuu takmo lah den asyik-asyik makan di kedai. Bosan tau!

Dalam perancangan nak start plan saya tue jam 7 pagi. Tapi masa dok syoookkkk memasak tak sedar jam dah pukul 7.30 pagi. Selesai memasak saya dan en husband sarapan sesama dulu. Anak-anak sedap jer tido....Aleesya yang bangun jam 6.30 pagi pun dah sedap tidur balik dalam buaian. Pandai en husband tidurkan balik sebab kalau si Aleesya tue dah bangun, apa-apa plan pun tak akan menjadi. Asyik-asyik kena tengokkan dia. Huhuhuhu....(panjangnya muncung mulut tuh!...hahaha)

Panjangnya intro kuiz hari nie kan.....:) 

Saja...

 Nak tahu plan apa yang saya nak buat tuh?

Jeng...

Jeng...

Jeng..........

plan tue adalah 

TANAM RUMPUT KARPET !!!!

Tanam rumput karpet sebelah sliding door teratak kecil saya. :)

 Sebelum nak tanam tue, biasala kena cabut rumput. Bukan sikit rumput di laman tepi nie....tak sempat nak ambil gambar...tapi tak tipu tau...memang banyak rumput liar tumbuh. Apatah lagi hujan selang dua hari sekali minggu lepas. Semalam menunggu juga hujan turun supaya tanah kat luar tue tak adala keras sangat. Senang nak cabut rumputkan... Tapi bila tunggu tak ada plak dia nak turun. Huhu sedihnya...Tapi oklah walaupun tak hujan semalam, tanah tetap lembap dan memudahkan rumput-rumput di cabut. Suka :)

 Jangan silap tengok yer. Dekat tempat rumput karpet baru ditanam tue je kawasan yang saya dan en husband proses pagi tadi. Yang dekat belakang yang ada kotak-kotak kayu tue ialah plot tanaman herba dan sayur-sayuran saya. Ala ingat tak saya nak buat vegetable garden dulu tu...Lama tak update tentang Vege garden tu. Nanti ada masa saya update hokey....senyum lagi :) (senyumkan sedekah...:)..)

 Walau ruang yang nak ditanam rumput karpet tue tak adala besar mana tapi 3 jam kot nak settlekan jadi elok macam nie. Dari jam 7.45 pagi sampai 10.30 pagi. banyak dah kalori terbakar. Slim saya dan en husband minggu nie. Tak yah dah nak berjogging bagaikan..Peluh dah mencurah-curah keluar...Hahaha

Pokok bunga dalam pasu tu asalnya satu saya letak tepi sliding door dan satu lagi sebelah buaian dekat depan rumah. Tapi hari nie saya dan en husband alihkan pasu ke atas tanah supaya bila tengok dari dalam rumah, nampak bunga-bunga putih yang merimbun tue. Sejuk mata memandang tau tengok laman berwarna warni dengan pelbagai variasi warna bunga. :)


 Pokok nie perlu letak di bawah matahari kalau nak dia keluarkan bunga yang banyak. Sepasu lagi pokok yang saya letak di sebelah buaian tue tak banyak bunga macam nie sebab tak kena matahari. Bunga perlukan matahari. Jadi.... jaangan pisaaaaahkaan.....bunga dan matahaaari....(baca dalam nada lagu hokey....:b)

Pokok bunga nie pun. Perlu letak bawah matahari. Pokok nie saya semai terus atas tanah bawah matahari. Tak adanya nak lindung-lindung dengan pokok atau bakul-bakul apa nak elak matahari. Kesannya ia cepat membesar dan berbunga. Manakala ada satu gengam biji benih saya semai di atas tanah jugak tapi di bawah awning rumah, matahari petang jer dapat. Pertumbuhan anak pokok lambat dan sampai sekarang saiz pokok masih rendah (separuh tinggi daripada pokok di atas ni) dan tak de langsung ciri-ciri nak berbunga. Rasanya sekarang pertumbuhannya di peringkat masih remaja gitue ha!. Rasa cam nak alihkan pokok yang remaja-remaja tue ke tempat yang kena panas terus tapi masa tue masih tak ada lagi. 
Biar la dulu...(@ pun biarlah dia dewasa dan berbunga di situ..:b)

Selesai sesi mencabut rumput, samakan tanah dan pasir, tanam rumput karpet, alihkan pokok dan pasu-pasu ke tempat yang lebih sesuai dan kemas barang dan kawasan tepi sliding door tue, saya pun masuk ke rumah dengan perut yang berkruk...krak...kruk..krak...Padahal baru 3 jam kot sarapan pagi dengan bihun goreng... Nasib baikla bihun goreng tue saya buat lebih...:) En husband pun sama...lapor...tapi tak sempat saya makan, dia dah habis berpinggan-pinggan bihun goreng. 

Nasib baik ada lagi...
kalau tak....gooooreng balik!!! 
Mmmmm boleh tak cam tue? 
erk! 
napa tak boleh plak? 
BOLEHLA.....:b

Tapi yang tak bestnya petang tadi saya baring-baringla kejap. Ye la nak cover balik bangun awal pagi tadi dan letih menanamkan. Tapi lepas sejam golek sana, golek sini...Adussss!!!! baru perasan tak dapat tidur. Sakit satu badan. Huhuhu..

Salah siapa nie ? ? ?

Saya ke ?

Tak kan kena warm up dulu baru boleh tanam rumput ?

Dah macam nak jogging kena warm up- warm up kan!

En husband pun sama....

Tapi tak apa la saya kan orang kampung...
Dulu masa kecik-kecik ok jer tolong ayah tanam pokok sayur dekat kebun...Lagi banyak hokey!
UNTUK STOK JUAL.
Tak ada sakit-sakit pun. Mmmm ker masa tue saya buat kerja main-main. Ayah jer bersungguh-sungguh. Mmm baru rasa susah payahnya ayah mencari rezeki kecik-kecik dulu untuk anak-anaknya nih. :)

Hari nie saya dah buat kerja bersungguh-sungguh...

Ok la tue janji dapat keluarkan peluh, laman pun cantik. 

Barulah terlaksana 

RUMAHKU SYURGAKU!

Suka... :)





Khamis, 20 Jun 2013

Alhamdulillah Aleesya & Amani dah sembuh

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Aleesya dan Amani dah sembuh daripada jangkitan HFMD. Walaupun kulit masih tak cantik dengan bekas ruam yang hitam dan terkopek tapi bila dua princess nie dah mula makan dan minum susu macam biasa, boleh main dan aktif macam sebelum nie...kira oklah..:)

Minggu depan, saya dah tak risau nak hantar dua orang princess saya tue ke rumah pengasuh. Sebelum nak ke rumah pengasuh tu pun, saya nak kena fikir dulu apa benda yang patut saya bawa ke rumah pengasuh. Benda yang kena ganti contohnya tilam. Sebelum nie saya perasan ada satu lembek/ toto kecik dekat rumah pengasuh dah bertukar warna kepada hitam. Warna asal tue saya tak tahulah....Takut-takut tilam tue banyak kuman. Tilam tue bukan saya bagi pun. Rasanya tilam tu dah lama sebab masa mula-mula hantar Amani ke rumah pengasuh tue dulu, saya dah nampak tilam lembek tue. Tapi risau jugak, nak cakap macammana ek nak mintak tukarkan tilam tue dengan tilam baru yang saya akan bagi nanti. mmmmmm...ye la takut makcik tue kecik hati plak nanti...:(

Botol Amani dan puting botol Aleesya pun dah tukar baru sejak kena jangkitan HFMD tue. Bukan tak pernah tukar tapi sebab tak tahu punca jangkitan dari mana jadi segala benda Amani dan Aleesya yang macam dah berbulan tak berganti telah digantikan baru. Sejak terkena HFMD nie juga, hari-hari kain tuala dan sarung tilam wajib di tukar dan dicuci. Tiga princess nie  memang tak kongsi tuala mandi tapi risau terlebih punya pasal dan takut Yasmin dijangkiti sekali, makanya ketiga-tiga helai kain tuala tue pun disidai jauh-jauh antara tual Yasmin, Amani dan Aleesya. Huhu...Lebih baik mencegah dari merawatkan doktor!:b

AMANI

 Ruam Amani dah kering

 ruam di tangan pun dah makin kecik. Dua tiga hari lagi mungkin akan hilang

 Di siku

 Di lutut

 Di telapak kaki pun dah nak hilang. Nasib baikla Amani tak gatal. Cuma dia sakit tekak akibat ulser dan demam selama 4 hari sepanjang dijangkiti virus nie.


ALEESYA

 Ruam di kaki Aleesya kering dan mengelupas

 ha nampak tu, macam nak tarik jer bekas ruam yang dah kering tuh! - lutut kiri

 ini bekas ruam kering yang dah mengelupas keluar - lutut kanan

 Bahagian tangan masih belum mengelupas. Kesian plak dekat Aleesya kalau mengelupas serentak nanti akan jadi merah-merah semua kawasan ruam tue. Mesti pedih..nak nak waktu mandi.


Beza ruamyang dialami oleh Amani dan Aleesya. Nampak ketarakan?
Ruam Aleesya sangat banyak dan Amani biasa-biasa saja.

Bila dah kering ruam tue, tak adalah risau sangat bebudak dua orang nie nak peluk-peluk bagai. Sebelum nie kalau nak main sekali pun risau bagai nak rak. Takut berjangkit dekat Yasmin pulak. Kalau duduk dekat-dekat pun tak kasi tau!. Siap kena marah lagi dengan saya dan en husband. Takpa kan marah tanda sayang. :b

Hari nie susah betul lah nak ambil gambar Aleesya. Lari sana sini. Tak sempat nak jadi 'patung' untuk dapatkan pose yang sesuai terus bergerak sana sini. Al-maklumlah dah betul-betul sihat. Sebelum nie senang jer nak ambil gambar dekat bahagian ruam-ruam yang ada sebab dia tak banyak bergerak dan lesu. Lesu sebab tak makan dan tak minum susu. Mmmmmm hari nie dia sangat lasak....

mood :

SuKa!. .:)

SuKa!. .:)

SuKa!. .:)

Semuanya dah kembali kepada keadaan asal. :)

Selasa, 18 Jun 2013

HFMD hari ke-5

Assalamualaikum

Alhamdulillah...Aleesya dah semakin sihat. Hari ni dia dah mula makan nasi. Sampai tiga kali plak tu. Tapi biasala makan sendiri 4/10 jer masuk mulut dan yang lain atas lantai. :)

 ruam di tangan dah kering

 Ruam di bahagian lain pun dah kering


di telapak kaki pun dah tak merah macam sebelumnya. Aleesya pun dah boleh berjalan dengan selesa

 Bila dah semakin sihat, makin buaslaaa...panjat sana sini. 



Amani pulak masih ngadu "sakit mooooloooot"...Hari ke-3 bagi Amani.
Tapi ruam macam dah tak keluar lagi. 

 Walaupun sakit mooolooot...Amani maintain boleh senyum manis

 ruam Amani pun dah macam kering

 ruam dah tak bertambah di tangan 

 Ini pun ruam yang keluar semalam. Tak ada yang bertambah. :)

 Ruam di tapak kaki Amani jer macam ada bertambah sikit. 

Kalau virus nie tak berjangkit, memang hari nie Aleesya dan Amani kena tinggal di rumah pengasuhla. Ibu dan abah boleh masuk kerja..huhu. Tapi yela kan...bila anak sakit jer masa kita banyak habis untuk anak-anak. Tapi kalau hari biasa kita sibuk dengan waktu di pejabat. Waktu kita di luar lebih banyak berbanding masa kita dengan anak-anak. Yelah...tolak waktu tidur, masa dengan keluarga di rumah lebih pendek berbanding bekerja selama 8 jam sehari di pejabatkan. Mmmm...tapi....ada tapi lagi....nasib baikla ada cuti dua harikan! :)

Walaupun letih hari ni, tapi ibu suka dapat habiskan masa dengan anak-anak ibu hari nie. :) Nanti bila semua dah betul-betul sihat. Kita pergi jalan-jalan yer! 

Entri Popular