Rabu, 31 Julai 2013

Pendidikan Khas banyak kelebihan

Assalamualaikum

Sempena Ramadhan dan Syawal akan datang, jangan dilupa pada insan 'luar biasa'. Kerana mereka juga ada perasaan dan sentiasa menghargai orang lain serta mahu dihargai. Tetiba ayat skema...hehe

Bukan apa, baru-baru nie Pikah bawa keluar dua set kad raya hasil kreativiti pelajar-pelajar 'luar biasa' ini waktu menunggu waktu berbuka. Min dan Amani teruja tengok kad-kad raya pelbagai warna dan dihias dengan pelbagai corak dan tulisan yang menarik. Pelajar 'luar biasa' ini terdiri daripada mereka yang pekak dan bisu. 


Hanya bahasa isyarat sebagai ganti untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka juga pandai melukis dan menulis. Cuma bahasa @ mereka kurang sempurna sepertimana kita insan yang diberikan fizikal yang sempurna. Tapi harus diingat, mereka yang ke sekolah ini ada wawasan dan masa hadapan. Mereka mahu belajar dan tidak merendah diri seperti sesetengah insan yang sempurna fizikalnya tapi MALAS belajar dan MALAS buat kerja. Kan?...

Sempena Syawal akan datang, Pikah dan rakannya (practical students) buat satu pertandingan mencipta kad hari raya. Pelajarnya terdiri daripada dua kategori iaitu pelajar tingkatan 1 hingga 3 dan pelajar tingkatan 4 hingga 5. Mereka diberi masa selama 3 jam untuk siapkan kad raya tersebut. Pikah berikan satu contoh kad raya yang dibuatnya sendiri sebagai idea pelajar-pelajar membuat kad raya masing-masing. Akhirnya semua pelajar tiru terus kad raya yang Pikah buat cuma ada la tambahan idea masing-masing. Ada yang mengambil masa 15 minit untuk siapkan sekeping kad raya ada juga mengambil masa lama untuk siapkan sekeping raya hasil air tangan sendiri.

Kad raya yang menjadi pilihan Pikah dan rakannya untuk mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Hasil kreativiti pelajar tingkatan 4 hingga 5.


Bait-bait ayat istimewa dedikasi untuk cikgu Pikah. Hehe.
Perasan tak ayat dia macam pelik sikit!

Marah ke nasihat? 
haha....

Ayat dalam kad nie paling best. Cikgu Afikah dan Cikgu Deena WAJIB belajar rajin-rajin ok. Solat ok..bla...bla...bla..... dah macam mak bebel dekat anak kan! Haha


Pilihan kad raya yang mendapat tempat pertama hingga ketiga kategori pelajar tingkatan 1 hingga 3.

Ini pun macam best. Boom api....boom api.....haha
Imaginasi budak nie tinggi nih! 

" ku senyum "...
Ihklas sungguh hati nurani mereka. 
Sentiasa senyum walau apapun dugaan yang Allah bagi pada mereka. 
Kita yang sempurna ini harus sentiasa senyum sepertimana mereka ini. Kita yang sepatutnya menghiburkan mereka di atas dugaan yang diberikan kerana cacat pendengaran dan suara. Tapi keletah mereka yang sentiasa membuatkan kita terhibur dan tersenyum. Mereka yang mengembirakan hati kita. 

" saya kawan pelajar pekak " ???
Tapi sebenarnya pelajar ini yang cacat pendengaran.
 Itulah ayat tue kadang-kadang macam peliks sikit. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada.
Tapi saya sangat bangga dengan pelajar-pelajar ini sebab mereka mahu belajar dan rajin berusaha. Semoga mereka akan berjaya dunia dan akhirat. Amin...

Nangis la plak si Amani. Berebut kad raya. Mmmm....

Aleesya cool. Tak nak join semua orang.
Anak-anak yang sempurna fizikalnya, karenahnya banyak. 
Anak-anak yang kurang sempurna fizikalnya pun sama. Cuma kita perlulah pandai handle semua keadaannya. Itulah dugaan dan ujian yang Allah berikan pada hambanya. :)

Isnin, 29 Julai 2013

Malam ke- 21 Ramadhan

Assalamualaikum

Petang tadi saya dah potong 2 pokok sawi di edible garden. Saya masukkan  ke dalam bihun goreng.

Kurang membesar sikit sawi nie. Mungkin kurang air.

Dah selamat masuk ke dalam bihun goreng

Selain bihun goreng saya masak juga 2 juadah lauk untuk en husband. En husband wajib berbuka dengan nasi dahulu sebelum ke juadah sampingan yang lain. Menu di atas ialah rusa masak lada hitam

Gulai ikan jenahak vs kacang bendi (hasil tuaian di edible garden)

Selepas kurma yang dicari adalah air. Hari-hari wajib AIS.
Mungkin cuaca panas sekarang menyebabkan AIS itu sangat diperlukan untuk hilangkan dahaga dan rasa panas. Air hari nie ialah air laici ais.

Orang sibuk berbuka, Yasmin sibuk nak tunjuk jari jemari yang merah berinai Henna tue. Siap berbisik di telinga saya : "Nak tunjuk dekat kawan Min esok".  Mmmmm cewiiiiiiiiiiii la tue!

Aleesya macam biasa makan 'beradab' di dalam tudung saji. Hahaha

Malam nie update entri pendek jer sebab mata dah ngantuk. Lagipun nak tidur awal sebab pagi esok niat di hati nak bangun awal sikit dari biasa.  

Korang ingat tak malam nie malam apa?
Haaaa!
Betulla malam Selasa. 
Tapi bukan jawapan tue....

-

-

-

-

Malam nie malam ke-21 Ramadhan. Ingat tak?
 "Carilah malam yang ganjil nombornya untuk mencari malam Lailatul Qadar".
Jadi minggu nie dah boleh start bangun malam untuk lebihkan solat sunat dan sebagainya.
Sekian.
:)

Maaf dipinta dan Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum

Salam Ramadhan buat semua. :)

Bangun sahur tak hari nie? Alhamdulillah saya baru selesai sahur kejap tadi. 

Cantik tak bunga rose pink nie? Bunga rose pink nie, pertama kali berbunga di bulan Ramadhan. :) Petang semalam masa saya menyelak langsir bilik, terkejut saya. Benda pertama yang saya nampak adalah sekuntum bunga rose pink yang mekar berkembang. 
Dah la warna favourite saya nie. Memang wangi rose kampung nie. Masih ada beberapa kuntuman lagi yang akan kembang dalam beberapa hari lagi. Sukanya...
En husband cakap bunga rose nie dia hadiahkan pada saya. 
Mmmmmm....nak save budget ler tue. Hehe

Pandangan dari dalam bilik. Terkejut i tau! Macam nak masuk melalui tingkap jer bunga tuh! :)
Abaikan edible garden yang tak terjaga tue. Huhu

Bunga rose pink nie istimewa untuk korang juga...:)

Tahun nie macam biasa tiada lagi ucapan dari kad raya berbentuk hardcopy untuk ahli keluarga, sahabat handai dan kawan-kawan yang jauh di perantauan. Hanya kiriman kad raya digital dan sms akan mengiringi ucapan selamat hari raya dan doa buat kalian.

" Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang bergema,
Seruan tadbir yang berkumandang,
Ku hulurkan salam..'Selamat menyambut Idul Fitri'
Jika ada kata dan khilafku membekas lara.."Mohon ampun dan maaf '
Sekian,

Ikhlas dari mimi sekeluarga.

:)


Ahad, 28 Julai 2013

Nak main tapi takut..

Assalamualaikum

Hari nie hari ke-19 Ramadhan. Lagi 10 hari kita akan berpuasa. Lagi 10 hari lagi akan penuhla plak blog, FB, Twitter, Instagram dan Keek dengan pelbagai juadah biskut raya dan fesyen-fesyen baju raya. Berlalunya bulan Ramadhan dan Syawal nanti, pastinya kita akan rindu saat-saat di laman sesawang dan handset penuh dengan gambar-gambar dan cerita tentang juadah berbuka dan juadah di hari raya. :)

Saya tak bosan nak kongsi juadah yang saya masak hari nie. Juadah yang simple dan permintaan daripada en husband iaitu sup tulang. 

 Sup tulang PLUS air asam. En husband jer yang makan nasi waktu berbuka tadi. Saya dan Pikah hanya makan mee kuah. Saya tetap tak ada selera nak menjamah nasi. Mmmm...Mee pun karbohidrat jugakkan? Masih boleh jana tenaga untuk badan saya.

Sayur kucai ala Pikah. Huhu

 Mee kuah.
Saya ambil air rebusan sup tulang untuk membuat kuahnya. 
Mmm.... first time saya masak mee kuah guna tulang. 
Resepinya saya tanya Mr. google. :)
Boleh tahanla sedap. Bertambah saya 2 pinggan. :)

 Selesai berbuka dan solat Maghrib, en husband pasangkan pelita. Seronok sungguhla bebudak nih!

 Permintaan Yasmin dan Amani  nak main bunga api dah terlaksana. Mula-mula Min dan Amani takut nak pegang. Abah yang pulun main. Tapi dah lama-lama, mereka beranilah. Siap pusing-pusingkan bunga api tue jadi bulatan 'O'.

 Dah pandai cucuh bunga api di pelita. Tapi saya dan en husband sentiasa awasi mereka. Takut juga kalau-kalau mereka leka sehingga bunga api terkena tangan atau badan masing-masing.

Berhati-hati sungguhla si Amani nie. Dah berdiri keras macam patung. Tangan pun tak bergerak-gerak. Hahaha....

Bunga api nie pun saya catukan supaya satu malam hanya main dalam 10-15 batang. Cukuplah asapkan kawasan rumah supaya nyamuk-nyamuk yang bermaharaja lela semalam tuh tak berani datang bersuka ria di laman nie lagi. 

Nak halang mereka main bunga api pun kesian jugak. Sebab kita masa kecik-kecik dulu pun happy nak sambut hari raya sebab boleh main bunga api. Tapi dulu lagi banyak. Ada bunga api yang besi tue, tapi saya pun tak berani pegang sebab tersilap pegang besi tu panas. Jadi saya bengkokkan sikit besi tue dan gantung banyak-banyak dekat dahan pokok bunga. Baru saya nyalakan api. Habis pokok bunga ibu saya hitam dan layu. Tapi mak saya tak marah pun sebab mak yang ajar buat macam tuh. Huhu

Yang penting kalau nak main, anak-anak perlulah diawasi sepanjang masa oleh ibu bapa. Jangan main mercun yang boom baam boom baam bingit telinga mendengarnya. Cukuplah sekadar memenuhi keperluan anak-anak kecil untuk memeriahkan suasana. Jangan keterlaluan untuk memenuhi kehendak kita terutamanya golongan remaja dan dewasa sampai tidak peduli keselamatan diri dan orang lain. 

Sekian saja, pesanan ikhlas dari saya sekeluarga. 

Senyum selalu.
 :)

Cahaya pelita menyambut syawal

Assalamualaikum

Lampu lip lap atau pelita? Tahun lepas seingat saya kami tak letak pun lampu lip lap atau pelita. Lagipun masa tue, Aleesya baru 2 bulan jadi persiapan raya nie tak adalah nak tumpu sangat. Lebih beri perhatian pada baby.  Tapi tahun nie nak meriah sikit sebab anak-anak pun dah besarkan. Yasmin dan Amani sibuk nak main bunga api. Kalau keluar asyik mintak belikan bunga api. Setelah fikir-fikir rasa cam nak letak pelita. Macam tradisional sikit. Kalau lampu lip lap dah macam modenkan. Tak rasa 'feel' macam duduk di kampung. Budak-budak pun boleh main bunga api dan cucuh jer bunga api di pelita tue nanti. :)

Nak dekat raya nie, yang paling gembira budak-budak lah. Sibuk nak baju raya, main bunga api dan makan biskut raya. Paling di tunggu-tunggu comfirmla duit raya! Hahaha. Seronok jadi budak-budak, tak payah pening kepala fikir nak keluarkan duit untuk beli baju, biskut raya dan duit raya. Yang poning dan gelabah nak dekat-dekat raya nie dah tentu-tentu ibu dan abah. Mmmmm

Tapi suasana meriah macam nie bukannya selalu. Setahun sekali. Jadi nak tak nak sebagai ibu bapa pandai-pandailah buat perancangan dan budget dengan sebaik-baiknya. Kita pun tumpang ceria dan rasa bahagia bila tengok anak-anak gembira..kan? kan?...:)

Kemain suka budak berdua nie. Dapat tengok abah cucuh pelita, menjerit sakan. Al-maklumlah first time pasang pelita di rumah nie sejak dah hampir 3 tahun berpindah.


Dah tergaru-garu si Yasmin. Ingatkan pasang pelita nyamuk-nyamuk akan lari. Rupanya nyamuk pun tumpang sekaki sambut kemeriahan lampu pelita nie. Jadi terpaksalah kami yang berundur dan masuk ke rumah.

Pandang jer lampu pelita nie terasa makin dekat nak sambut raya. Teringat macam-macam biskut raya. Tahun nie saya tempah dua jenis biskut raya. Rasa macam nak buat biskut cornflakes madu dan kek coklat topping cair yang sedap tue. :)

Pelita dah terpasang cuma bunga api yang dipesan budak-budak nie jer tak terbeli lagi.
Tunggu esoklah!

Bye


Tekanan darah rendah lagi...

Assalamualaikum

Pening, berpinau-pinau mata, rasa nak muntah dan badan melayang macam nak pitam. Itu simpton-simpton tekanan darah rendah. Mmmm datang lagi...

Saya dah nak sampai opis dah tadi. Tapi separuh jalan, saya rasa semua simptom di atas makin kuat. Akhirnya saya buat keputusan terpaksa cuti hari nie. Rasa macam nak tongkat mata masa drive kereta. Bila pejam, kurang sikit rasa pening dan berpinau mata. Rasa macam nak cepat sampai rumah. 

Tidur 2 jam, bila bangun tetap rasa badan lemah tapi pening makin berkurang. Saya check BP. Hasilnya bacaan bawah rendah sedikit daripada normal.  

Memang en husband beli benda nie untuk simpan di rumah. Mudah nak check kalau ada simptom-simptom macam di atas. Tak perlu lagi nak ke klinik. Sebab tekanan darah rendah memang tiada ubat cuma kalau ke klinik pun, doktor hanya nasihatkan untuk berehat. 

Ok, saya cuba nak update entri nie saja. Semalam pun tak sempat nak update kan! Petang semalam pun dapur saya tak berasap. Tak ada selera dah sekarang. Nak makan apapun tak tahu, jadi saya jengahla bazar tengok juadah apa yang boleh menambat selera.


Ikan masak cuka

Gulai ikan tenggiri

Ayam masak cabai

Kerabu  mangga.
Ini jer penambat selera.  

Pikah beli ayam golek madu.

Biasanya ayam golek cicah air asam memang menambat selera. Tak makan nasi pun takpe. Ratah jer ayam nie sampai tinggal tulang. Tapi sekarang ayam golek hanya tergolek jer dalam pinggan sampai ke sahur. Sahur pun tak habis, akhirnya tergolek di dalam peti sejuk. 

Murtabak. Biasanya tak sempat berbuka, dah tinggal separuh 3 princess tu makan. Tapi sekarang 3 princess tue pun dah tak pandang murtabak nie.

Hari nie tak tahu nak masak menu apa. Korang ada idea? Harap-harap petang nie tak ada le lemau lagi. Nak sambung tidur jap. 

:)

Jumaat, 26 Julai 2013

Pencarian kasut raya berakhir

Assalamualaikum

Hari ni dapur saya tak berasap. Periuk belanga semua elok jer tersusun di dalam almari. Petang nie periuk belanga dan dapur gas dapat off. Hahaha..Perancangan petang nie adalah berbuka di luar jer sebab misi pencarian kasut raya masih belum berakhir.

Sebelum ke Alor Setar Mall, kami ke Bazar Pekan Rabu. En husband nak tukar saiz baju melayu. Singgah sekejap ke rumah tailor untuk ambil jubah saya yang di alter. Selesai tentang baju, kami terus bertolak ke Alor Setar Mall. Lagi 30 minit nak berbuka, sempat lagi kami sekeluarga berjalan-jalan di dalam Alor Setar Mall. Saya dan Pikah memang nak mencari kasut raya. Pergi lah usha-usha kasut di XES Premium. Ada banyak design yang cantik tapi tinggi sangatla plak. Sekarang saya dah tak minat nak pakai kasut tinggi-tinggi. Kalau boleh nak yang ada tingginya hanya 1 inci. Kalau flat sangat pun tak best jugak. (Mmm banyak songeh jugak minah nie kan! :b)


Banyak pilihan tapi tak berkenan di hati. Pikah pun sama.

 Keluar dari kedai XES Premium, Amani start buat perangai. Nak handset en husband. Dah start tarik tudung dan tak nak jalan. Puas jugakla Pikah memujuk. Nasib baiklah Pikah ada, kalau tak selagi tak dapat handset, selagi itulah dia buat 'keras kaki'. Kalau kita buat-buat jalan dan tinggal Amani dekat belakangpun, dia boleh buat tak tahu jer. Memang dia nak menang selalu. Mmmmm

 Tengah berjalan-jalan tu, ternampak di ruang legar ada booth jual baju gaun kanak-kanak. Cantik dan murah. Jenama GAP lagi. Baju raya Aleesya dah beli dan selesai semuanya. Tapi memandangkan baju-baju nie cantik-cantik, maka tertariklah jugak si ibu berbelanja boros untuk anak bongsunya ini. Huhu...

Design pertama nie warna ungu. Warna macam kusam sikit. Jadi en husband request try baju lain yang lebih ceria warnanya.

Design kedua. Ceria sebab berwarna warni tapi rasanya mata nie lebih suka tengok warna kusam tadi. Jadi  saya ambil yang kusam tadi jer. RM 30.00 sepasang. Kalau saiz Min dan Amani harga dalam RM 50.00. Kira murahla tue sebab design cantik dan kualiti kain pun bagus.

Abah dah kena 'belasah' dengan Aleesya sebab dia dah start bosan di dukung. Kalau biarkan Aleesya berjalan sendiri, alamatnya abah terpaksa jadi polis tan tree. Kejar Aleesya 24 jam. :)

Amani dengan Min pun dah agresif. Berlari sana-sini. Amani yang asalnya bertudung dah mana-mana tudungnya. Panjat sana sini. Yang bestnya dia siap buang kasut dan letakkan kasut dia atas rak kasut yang orang display kasut. Huhu. Nasib baiklah Pikah nampak dan turunkan balik kasut Amani. Sukahati dia jer nak buat apa. Kalau boleh tukar kasut lama dengan kasut baru, saya pun nak letak jugakla kasut saya atas rak untuk display. Hahaha....

Grrrr...memang tak bolehla bawak 3 princess nie keluar shopping. Dah rugi masa untuk kita membelek barang dengan terpaksa melayan karenah mereka. Bukan tu jer, tengah kita jeling kasut, terpaksa jeling tengok mana mereka pergi. Takut nanti bila dah dapat kasut, dengar pengumuman "Sesiapa yang kehilangan anak, sila ke kaunter pertanyaan di bawah". Huhu..tak nakla. Mana nak letak muka. Mesti ada yang sok sek sok sek dekat belakang "ish! mak ayah apa nie belek barang sampai lupa anak". Mmmmm tak mo tak mo...sebab saya dan en husband selalu cakap macam tue, kalau dengar pengumuman orang kehilangan anak di shopping compleks....Hahaha :b

Dalam masa 15 minit sahaja saya dan Pikah mencari kasut. Nampak yang berkenan di hati, terus try dan kami bernasib baik sebab ada saiz masing-masing. Terus bayar di kaunter sebelum ke Uno Cafe untuk berbuka. Berakhir sudah pencarian kasut raya. 

Khamis, 25 Julai 2013

Bunga Kekwa Pink @ Daisy

Assalamualaikum

Jom tengok bunga kekwa saya. Cantikkan? Ada dua kuntum bunga warna pink. Ini kali pertama pokok nie berbunga selepas saya alihkan dari polibag ke tanah. Bunga dan daun asalnya dah kekuningan dan mati. Selepas itu keluar daun dan bunga baru melalui pokok yang sama. Pokok nie saya tak da la beri perhatian sangat sebab sebelum nie daun dan bunganya layu dan kekuningan. Saya ingat pokok nie dah nak 'arwah' tapi rupanya bersalin 'kulit' baru. :) Saya siram dan letak juga baja di sekitar pokok ini walaupun dia dah macam 'hidup malas, mati tak mahu'. Huhu

Bunga lama yang kering tu saya petik dan taburkan bijinya ke dalam bekas semaian. Tak pasti biji benihnya bercambah atau tak. Sebabnya dalam bekas semaian yang sama saya taburkan benih bunga zinnia. Anak pokok banyak yang tumbuh tapi saya tak pasti ada tak anak pokok kekwa nie. Tunggulah anak-anak pokok nie membesar. Baru tahu sama ada pokok bunga kekwa nie ada pelapis ke tak. Harap-harap tue adalah...

Pokok kekwa pink nie, saya tanam di bawah awning rumah tapi sentiasa dapat cahaya matahari. Mula-mula dulu saya takut jugak nak letakkan pokok bunga nie terus di bawah matahari. Tapi selepas lihat perkembangannya saya rasa pokok kekwa memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk kekal segar dan berbunga. Juga tak perlu di siram selalu. Memadai 3 kali siram/minggu dan membaja 1 kali/bulan.

Ada lagi dua pokok kekwa yang saya tanam. Bunga warna merah dan warna oren. Dua pokok nie saya tanam di bawah awning rumah dan matahari terus ke pokok hanya dapat pada waktu petang. Perkembangan pokok-pokok nie agak lambat berbanding kekwa pink. Mungkin cahaya matahari kurang. Daun dan bunga asalnya dah layu dan sekarang daun baru mula tumbuh. Cuma tak nampak tanda-tanda nak berbunga. Mungkinkah perlu diubah ke tempat yang banyak cahaya matahari?


Bulan Ramadhan nie, dah jarang saya belek-belek pokok-pokok di laman. Laman pun dah penuh dengan rumput. Sekali sekala en husband akan siram pokok-pokok di laman. Mmmm kesian pokok-pokokku. En husband ada mengadu pada saya. Katanya ada pokok yang merajuk dan tak nak membesar. Dari tanam dua bulan lepas hingga sekarang, pokoknya masih tak besar-besar jugak. Tak pela...saya masih tak peduli pun. Sekarang yang saya peduli apa yang nak di masak di dapur. Huhu

Malam Lailatul Qadar vs Bantuan Duit Raya

Assalamualaikum

Sedar tak sedar, hari nie dah 17 Ramadhan. Sahur pun dah tak berselera macam biasa. Selalu makan nasi 2 senduk, sekarang dah tinggal 1 senduk. Banyak lauk depan mata pun, selera tetap dah kurang. Kalau tak sahur, takut pulak waktu siangnya letih nak buat kerja. Waktu berbuka pun sama. Dah tak tahu juadah mana yang menambat selera. Google juadah yang selalunya nampak menarik dan membuatkan kita selalu telan airlior pun dah jadi macam semuanya tak membuka keinginan untuk makan. Mmmmm...jadi nak makan apa? Ntahla...tentu ada juga di kalangan korang yang rasa macam nie kan!

Mungkin nak menjejak kaki ke akhir-akhir bulan Ramadhan kita jadi macam nie. Baru terasa nikmatnya bila ada selera. Kalau kita sakit, mungkin begini la rasanya. Rasa lapar tapi selera tak ada. Jadi perut berkeroncongla bernyanyi lagu Siti Nurhaliza, Aliyah, Faizal Tahir dan macam-macamla rentaknya. 

Di kala inilah, saya teringat kita makin dekat dengan 10 malam terakhir Ramadhan. Malam Lailatul Qadar yang sering menjadi sebutan dan rebutan umat Islam seluruh dunia. 10 malam terakhir ini lah biasanya amalan di bulan Ramadhan akan meningkat. Malaikat akan turun ke dunia memberi rahmat kepada umatNya di ketika ini. Jadi jom kita tengok amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga kita sama-sama boleh mengikutinya. Insya Allah...

Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.

" Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam terakhir" 
(Sabda Rasulullah Hadis riwayat Bukhari) 

Malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.
(riwayat Anas dan Aisyah)

 “Lailatul Qadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”
(Ayat ke-3 Surah Al-Qadar)

Saya rasa tak ada masalah nak bangun tengah malam @ awal pagikan. Sebab kita dah biasa bangun sahur. Jadi 10  malam terakhir nie mungkin kita boleh bangun awal sikit dari biasa. Sementara panaskan nasi & air untuk sahur (untuk kaum ibu macam saya. hehe), sempatlah kita solat sunat hajat @ istiqarah. Mintala doa apa yang kita hajati @ kita runsingkan. Semoga doa kita dimakbulkan olehNya. Kalau kena malam Lailatul Qadar lagi bestkan!. :)

Menunggu Malam Lailatul Qadar nie dah macam menunggu Hari raya. Sebabnya dekat-dekat nak raya ni lah kita menunggu pengumuman 'bantuan duit raya' dari PM. Kalau PM umumkan semua penjawat awam akan diberi bantuan duit raya, kita akan happy sangat tak kira berapa RM pun (senyum sampai ke telinga sebab boleh berbelanja lebih dari biasa).
Tapi kalau PM tak umumkan apa-apa dan itu maknanya tiada bantuan duit raya, kita hanya berserah dengan gaji bulanan yang ada untuk persiapan hari raya nanti (sambutla hari raya dengan ala kadar). Tapi ada yang reaksinya :)  maknanya 'redha jer la' dan ada yang reaksinya :( maknanya 'tak da maknanya' hahahaaa....SENDIRI FIKIRLAH!....:b

Jadi kalau doa kita kena pada Malam Lailatul Qadar...mmmmmm.......FIKIRLAH SENDIRI! :)

Sebelum berundur diri. Mehla tengok juadah saya semalam. :)
Ini bukan juadah. Huhu.
Ini yang tengah membaham juadah. Sampai terlentok-lentok kepala. Haha

Cempedak goreng rangup

Ikan siakap bakar vs air asam

Sayur bayam + ikan bilis

Paru masak serai lengkuas ihsan pengasuh (Tok Amani)

Buah dokong ihsan bapa murid sekolah yang Pikah praktikal. 
Besar-besar buahnya dan manis. Dua plastik Pikah bawak balik. 
2 princess nie suka sangat makan terutamanya yang senyum paling lebar tue. 
Sapa lagi kalau budak nakal tuh si Amani. Habis 1 plastik. Nasi pun dah tak makan. 
Kenyang dengan buah jer. :)

Semalam en husband tak berbuka sekali sebab dia berbuka di majlis berbuka puasa yang dianjurkan jabatannya. Katanya nak makan daging rusa panggang. Mmmm pergilah, tapi sebelum pergi sempat lagi en husband pesan "simpan sikit lauk yang masak tue". Mmmm tengok tue, ada hati nak balik rumah makan lagi. Seluar dah makin bertambah saiznya. Habis tue camner? Kalau kita yang makin 'membesar' pot pet pot pet jer mulut tue nak cari lain la, laki ada 3 kosong la, apa-apa jer la kan (ugut jer tue kan, tapi kalau berani cubaaalah..ha! cubaalah...grrrr! :b ). Tapi kalau dia yang 'membesar'? Boleh tak, nak cakap macam tue jugak? :b


Entri Popular