Rabu, 24 Julai 2013

Tegur ke marah?

Assalamualaikum

Terima kasih kepada semua pembaca blog. Walaupun ada hari saya tak sempat nak update entri baru tapi setiap hari bilangan pembaca blog nie semakin bertambah. Niat di hati nak masukkan satu hari paling kurang satu entri. Tapi itulah masa tak mengizinkan (betul tak tipu...! Tak baik bulan puasa menipu :b). Tapi saya akan cuba pastikan entri tak ber 'update' paling lama pun 1 hari @ 2 hari supaya apabila pembaca buka blog nie, tak adala rasa hampa. :)

Semalam pun saya tak sempat nak 'update' sebabnya semalam saya ada mesyuarat di luar pejabat. Jadi saya terpaksa drive ke tempat mesyuarat sendiri. Bila balik rumah, terus uruskan anak-anak dan sediakan juadah berbuka. Malamnya terus rasa letih dan tidur awal. Hanya sempat upload gambar dan tiada kata-kata dapat dilakarkan di dalam entri. Dalam fikiran pun tiada idea untuk menaip. Yang ada hanyalah 'nak tido! nak tido! nak tidoooo!....huhu  

Ok..




Meh sini! meh sini! 





Dekat-dekat sikit.....




















Nak gosip nih....psssttttt!!!










Amboi korang laju benor la kalau bab gosip bergosip nie kan...huhu









Saya ada satu cerita nak kongsi. Semalam waktu saya mesyuarat, kebetulan pengerusinya adalah pengerusi baru dalam mesyuarat tue. Mesyuarat ni memerlukan setiap ahli yang hadir dapat memberi ulasan atau bersedia untuk membuat keputusan bagi jabatan yang diwakilinya. Walaubagai manapun sekiranya kes yang dibentangkan memerlukan penelitian yang lebih terperinci dan ahli yang hadir perlu berbincang lanjut dengan pengarah/pengurus besar jabatan barulah ianya boleh ditangguhkan.

Tapi sekiranya ulasan jabatan dah ada depan mata dan wakil jabatan tak tahu nak terangkan secara terperinci apa yang diulas oleh jabatannya, maka ralatlah sikit. Inilah yang berlaku semalam. Tapi saya tak salahkan 100% wakil yang datang tue. Sebab dia hanya mengantikan pegawai yang sepatutnya hadir. Dan beliau masih baru dalam jabatan tersebut. Banyak benda yang perlu beliau belajar dan terokai. Saya respect pada beliau sebab berani hadir ke mesyuarat seorang diri walaupun masih baru. 

Saya juga respect pada pengerusi majlis sebab menegur pegawai tersebut dengan berhemah :)  :)  :)
Pengerusi tue cakap "sepatutnya (sebut nama jabatan) kena baca dan bincang dulu dengan pegawai berkaitan sebelum hadir mesyuarat. Kalau saya, saya tak berani hadir mesyuarat kalau saya tak tahu perkara yang nak dibincangkan. Tapi takpa lah..(sebut nama jabatan) naaaa..." Sebelum habis mesyuarat, pengerusi ingatkan sekali lagi supaya pegawai tersebut study dulu sebelum hadir mesyuarat  Tapi dengan intonasi yang lembut dan berhemah. Rasa macam ayah tegur anak, lebih kurang macam tue lah :)

Tak adalah nak hentam @ terjai-terjai (loghat Kedah) ikut dan ja. Sesetengah tue ada yang menegur tapi tak kena cara. Pakai main cakap jer, tak fikir nak jaga air muka orang, masa cakap tue tak pandang pun muka pegawai yang di tegur. Nada suara plak tinggi dan main jeling-jeling ja kan. Ha! jangan main-main ada orang yang macam nie. Lepas tue plak, soalan yang pegawai tak boleh jawab bukanlah berkaitan sangat dengan mesyuarat tue. Mmmmm macammana nak bagi orang respect kita, kalau kita tak boleh nak respect orangkan. Saya pun pernah kena tegur tapi secara tak berhemah. (Boleh cakap camtue?). Lepas saya kena tue, saya rasa macam dah tak nak pergi mesyuarat kalau 'orang itu' ada. Saya rasa dia tak bagi saya motivasi untuk terus berjaya tapi melemahkan semangat saya. :(

Jadi, apa yang saya belajar dari sini adalah:

i) Study lah dulu sebelum nak hadir mesyuarat walaupun sebagai wakil mengantikan pegawai sepatutnya. Kalau kurang jelas, bawalah pegawai bawahan yang tahu tentang perkara itu. Jangan pandang rendah kepada pegawai bawahan kerana kadang-kadang ilmu yang mereka ada lebih daripada apa yang kita ada. :)

ii) Belajar dan amalkan cara menegur yang berhemah supaya orang yang kita tegur mendapat motivasi untuk terus berusaha memperbaiki dirinya dan berjaya. Bila dia berjaya dia akan ingat siapa yang telah mengubahnya dan secara tidak langsung, dia akan respect kita sampai bila-bila. Sekurang-kurangnya kalau suatu hari dia jumpa kita di tepi jalan, dia akan tolong kita sebagaimana kita membantunya ketika dia memerlukan. :)

Nak tahu adab menegur dalam Islam?

Masa sekolah menengah pun kita belajar benda-benda macam nie tapi mungkin tak ingat atau masa belajar hanya hafal saja tak masuk dalam hati semata-mata nak dapat A mata pelajaran Pendidikan Islamkan! Huhu. Tak apa lah saya sekadar nak berkongsi dan boleh ingatkan diri saya sendiri juga. :)
Jom kita tengok apa adab-adab tue...

i) Tidak merendahkan air muka orang yang ditegur
ii) Mencari waktu yang tepat
iii) Memahami kedudukan orang yang ditegur



Ok sudah...sudah.... 
Dah tepu rasanya otak nie (tetiba jer..hehe). 
Jom layan juadah dua hari lepas yang tak sempat update tue dan juadah semalam.


Juadah hari Isnin

Ayam masak kicap jewww..Macam biasa daun bawang boleh letak banyak-banyak sebab boleh potong di dalam pasu sendiri. :)

Telur cheese + sambal. Menu ciptaan sendiri. Sedap jugak! Tapi asalnya nak buatkan telur tue berbentuk bulat tapi tak berapa nak menjadi. 

Sayur kucai

Bubut lambuk. En husband ambil di gerai Tandop. Ihsan YB Dato' Ir. Phahrolrazi.

Murtabak ayam. Dah tinggal separuh dimamam oleh princess bertiga yang tak posa tue...

Orang lain sibuk nak berbuka, Min lagi sibuk nak berbuka jugak.

Mmmm dah besar anak-anak ibu. Dah pandai sendukkan nasi ke dalam pinggan.
 Lepas nie, ibu boleh goyang kaki la. Menunggu jer anak-anak ibu sibuk memasak dan menghidang makanan. Hahaha (ketawa riang :b)


Juadah hari Selasa

Sayur sawi. 
Sawi beli di pasar. Tunggu sawi hasil tanaman sendiri macam lambat jer membesar. 
Ingatkan bulan puasa tak payah lagi beli sayur di pasar, tapi kena beli jugak...Huhu

Daging masak cabai. 
Ha! Tengok tue berlambakla daun bawang. 
FREE kan!...hehe

Ikan merah masak lemak 

Murtabak lagi....Itu pun dah hilang 2 potong. :)

Sardin roll ihsan Kak Has, jiran sebelah rumah. 
Pun dah tinggal separuh dimamam oleh 3 princess tue. :)

Roti John.

Puding kastard ihsan Kak Liza. 

Dua hari nie, memang tak buat kuih. Hari Isnin tue saya dalam mood S.E.D.I.H sebab baju raya saya dan anak-anak (ingat tak saya ada cakapkan dalam entri sebelum nie nak pergi ambil baju dekat tailor tue) tak sama dengan apa yang di tempah. Huhu..Patutla tailor tue asyik tanya saya, kenapa beli kain lebih banyak. Rupanya dia buat design lain. Huhu. Jadi, saya pun tak adalah mood memasak bagai. Semalam sebab letih jer drive jauh. :)

Letih-letih pun, bila tengok Aleesya senyum, hilanglah sikit keletihan tue. Kalau tengok Min dengan Amani, alamatnya makin letih la. Huhu....Sebab saya tak bagi keluar rumah, depa keluar juga. Maunya tak letih, lepas main dekat luar nak kena mandi lagi. Bila nak mandi bukannya sekali cakap suruh mandi, depa pergi bilik air. Kena marah bagai baru masuk bilik air. Dah la orang sibuk nak berbuka. 
Mmmmm macammana nak TEGUR ek? Kalau kes nie memang tak boleh la nak beradab-adab sangat menegurkan. Hahaha.

 Itulah karenah anak-anak yang semakin membesar. :)
Sabo je lahhh...
:)

Tiada ulasan:

Entri Popular