Khamis, 25 Julai 2013

Malam Lailatul Qadar vs Bantuan Duit Raya

Assalamualaikum

Sedar tak sedar, hari nie dah 17 Ramadhan. Sahur pun dah tak berselera macam biasa. Selalu makan nasi 2 senduk, sekarang dah tinggal 1 senduk. Banyak lauk depan mata pun, selera tetap dah kurang. Kalau tak sahur, takut pulak waktu siangnya letih nak buat kerja. Waktu berbuka pun sama. Dah tak tahu juadah mana yang menambat selera. Google juadah yang selalunya nampak menarik dan membuatkan kita selalu telan airlior pun dah jadi macam semuanya tak membuka keinginan untuk makan. Mmmmm...jadi nak makan apa? Ntahla...tentu ada juga di kalangan korang yang rasa macam nie kan!

Mungkin nak menjejak kaki ke akhir-akhir bulan Ramadhan kita jadi macam nie. Baru terasa nikmatnya bila ada selera. Kalau kita sakit, mungkin begini la rasanya. Rasa lapar tapi selera tak ada. Jadi perut berkeroncongla bernyanyi lagu Siti Nurhaliza, Aliyah, Faizal Tahir dan macam-macamla rentaknya. 

Di kala inilah, saya teringat kita makin dekat dengan 10 malam terakhir Ramadhan. Malam Lailatul Qadar yang sering menjadi sebutan dan rebutan umat Islam seluruh dunia. 10 malam terakhir ini lah biasanya amalan di bulan Ramadhan akan meningkat. Malaikat akan turun ke dunia memberi rahmat kepada umatNya di ketika ini. Jadi jom kita tengok amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga kita sama-sama boleh mengikutinya. Insya Allah...

Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.

" Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam terakhir" 
(Sabda Rasulullah Hadis riwayat Bukhari) 

Malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.
(riwayat Anas dan Aisyah)

 “Lailatul Qadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”
(Ayat ke-3 Surah Al-Qadar)

Saya rasa tak ada masalah nak bangun tengah malam @ awal pagikan. Sebab kita dah biasa bangun sahur. Jadi 10  malam terakhir nie mungkin kita boleh bangun awal sikit dari biasa. Sementara panaskan nasi & air untuk sahur (untuk kaum ibu macam saya. hehe), sempatlah kita solat sunat hajat @ istiqarah. Mintala doa apa yang kita hajati @ kita runsingkan. Semoga doa kita dimakbulkan olehNya. Kalau kena malam Lailatul Qadar lagi bestkan!. :)

Menunggu Malam Lailatul Qadar nie dah macam menunggu Hari raya. Sebabnya dekat-dekat nak raya ni lah kita menunggu pengumuman 'bantuan duit raya' dari PM. Kalau PM umumkan semua penjawat awam akan diberi bantuan duit raya, kita akan happy sangat tak kira berapa RM pun (senyum sampai ke telinga sebab boleh berbelanja lebih dari biasa).
Tapi kalau PM tak umumkan apa-apa dan itu maknanya tiada bantuan duit raya, kita hanya berserah dengan gaji bulanan yang ada untuk persiapan hari raya nanti (sambutla hari raya dengan ala kadar). Tapi ada yang reaksinya :)  maknanya 'redha jer la' dan ada yang reaksinya :( maknanya 'tak da maknanya' hahahaaa....SENDIRI FIKIRLAH!....:b

Jadi kalau doa kita kena pada Malam Lailatul Qadar...mmmmmm.......FIKIRLAH SENDIRI! :)

Sebelum berundur diri. Mehla tengok juadah saya semalam. :)
Ini bukan juadah. Huhu.
Ini yang tengah membaham juadah. Sampai terlentok-lentok kepala. Haha

Cempedak goreng rangup

Ikan siakap bakar vs air asam

Sayur bayam + ikan bilis

Paru masak serai lengkuas ihsan pengasuh (Tok Amani)

Buah dokong ihsan bapa murid sekolah yang Pikah praktikal. 
Besar-besar buahnya dan manis. Dua plastik Pikah bawak balik. 
2 princess nie suka sangat makan terutamanya yang senyum paling lebar tue. 
Sapa lagi kalau budak nakal tuh si Amani. Habis 1 plastik. Nasi pun dah tak makan. 
Kenyang dengan buah jer. :)

Semalam en husband tak berbuka sekali sebab dia berbuka di majlis berbuka puasa yang dianjurkan jabatannya. Katanya nak makan daging rusa panggang. Mmmm pergilah, tapi sebelum pergi sempat lagi en husband pesan "simpan sikit lauk yang masak tue". Mmmm tengok tue, ada hati nak balik rumah makan lagi. Seluar dah makin bertambah saiznya. Habis tue camner? Kalau kita yang makin 'membesar' pot pet pot pet jer mulut tue nak cari lain la, laki ada 3 kosong la, apa-apa jer la kan (ugut jer tue kan, tapi kalau berani cubaaalah..ha! cubaalah...grrrr! :b ). Tapi kalau dia yang 'membesar'? Boleh tak, nak cakap macam tue jugak? :b


Tiada ulasan:

Entri Popular