Isnin, 19 Ogos 2013

Raya lagi!!!

Assalamualaikum

Hari nie masih hari rayakan? Selagi tak habis bulan Syawal, selagi itulah boleh berayakan. Huhu. Dalam radio dan tv pun masih banyak dendangan lagu dan slot drama bertemakan puasa dan sambutan hari raya aidilfitri. :)

Entri kali nie pun temanya masih berkunjung-kunjugan di hari raya. Hahaha. Berkunjungnya hari Sabtu lepas. Tapi baru nak cerita hari nie. Saya rasa saya kena tarik balik janji-janji manis nak update entri setiap hari dan paling lama tak ber update pun 2 hari. Huish!...susah....susah....masa selalu mencemburui saya. Huhu. Banyak aktivti nak share hari-hari tapi tak sempat nak mengadap lappy untuk menaip entri. Jadi, mulai hari ini rasmilah saya nak tarik balik janji-janji manis tue. (Salam...salam nak minta maaf. Hari raya nie, wajib bermaaf-maafan kan! :b) 

Hari Jumaat, kami berempat balik kampung sebab nak ambil Yasmin. Lepas cuti raya hari tue, Yasmin tak balik rumah lagi. Dia terus tinggal dengan tok Yah sebab baki cuti sekolah masih ada seminggu. Nak hantar Yasmin ke rumah pengasuh Amani dan Aleesya pun, kesian pada pengasuh sebab kalau Yasmin dan Amani bertemu alamatnya bergaduhla selalu. Pening kepala pengasuh tue nanti. Dahla sekarang nie pengasuh pun tak tak berapa sihat (umur pengasuh pun dah 60-an, kalau ikut peringkat umur nie memang bab-bab jaga baby dan mengasuh nie dah tak larat dah. Tapi pengasuh nie masih nak mengasuh....tapi kadang-kadang tuh saya kesian jugak tengok dia letih dan penat jaga bebudak nih).

Seminggu juga tok Yah bawak Yasmin pergi Kelantan, rumah Nazri (adik kedua saya). Pergi sambung beraya di sana. Beraya di perantauan. Tapi tak banyak beza pun beraya di Kedah dan Kelantan. Mak, ayah, dua anak dara tuh (Pikah & Ina), Yasmin dan Echa (anak Nazri) tinggal di rumah Nazri. Nazri plak bila siang pergi kerja. Jadi tetamu-tetamu dari Kedah nie memerap jer dalam rumah, sampai Nazri balik, baru boleh keluar jalan-jalan. Nak keluar sendiri, tak tahu jalan. Izat (wife Nazri) tak ikut sebab dah masuk kerja. Adik saya baru dinaikkan pangkat dan berpindah ke Kelantan. Jadi suami di Kelantan, isteri di Kedah. Keluarga mak saya pun 1st time pergi melawat rumah anak lelaki 'bujang' dekat sana nun. Inilah dinamakan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) huhu. Mmmmm...nak buat cemana? Dua-dua kerja, nak tak nak terpaksala tempuhi fasa-fasa hidup berasingan yang tak best nie. 

Pssttt!!!! : Saya dah rasa susahnya hidup berasingan dengan en husband selama 2 tahun. Mmmmm bertabahlah....

Hari Sabtu kami sekeluarga berkunjung ke rumah member pejabat en husband di Kondo 900, Jitra. Kemain suka 3 princess nie dapat naik lif, berlari-lari dekat balkoni yang panjang dan tengok orang mandi kolam. Tuan rumah selalu ajak 3 princess nie mandi kolam yang ada di kondo nie. Budak-budak nie apa lagi memang pantang la di ajak. Mmmmm tapi sorry la yer, lepas nie ada lagi rumah lain yang nak dikunjungi. Budak-budak pun tak bawak baju mandi. 

Tuan rumah dan anak tunggalnya Udin. Udin nie memang suka melayan 3 princess nie. Bebudak nie plak pantang jumpa budak lelaki yang rajin melayan, memang sukalah. Yor la kat rumah ada sorang jer kumbang. Kumbang tue la yang selalu menjadi tempat bebudak nie bermanja. Sikit-sikit 'anak abah'...'anak abah'... Habis bila minta mengaku saper 'anak ibu' takde pun yang nak angkat tangan. Huhu....Takpe2...nanti ibu ada anak lelaki, ibu tak nak ler kawan dengan korang lagi...huhu

Dah kenyang pekena laksa siam oleh tuan rumah, kami pun berunsur pulang untuk ke destinasi seterusnya...rumah jiran lama dan pengasuh Yasmin dan Amani sebelum berpindah.

Hah! Inilah rumah jiran lama, Taman Budiman. Jiran depan rumah. Jiran yang selalu hantar makanan ke rumah tak kira bulan puasa atau tak. Ingat tak entri sebelum nie saya pernah cerita tentang jiran yang rajin berbagi makanan kepada keluarga saya tue? ha! inilah rumahnya. Kak Noraza @ nama glamer Zak Za. 4 orang anak, 3 perempuan dan sorang lelaki. Anak bongsunya, A'aa @ Farah kawan baik Min masa duduk di taman nie. Bila jumpa masing-masing tersenyum simpul, mengeliat badan-badan, malu-malu kucing la plak. Tuan rumah (abg Mizi) pun siap amik gambar kami sekeluarga buat kenangan. Walaupun kami pindah dekat jer dengan taman lama nie, tapi nak jumpa tue jarang-jarang la sangat. Ada ler sekali dua jumpa dengan Kak Za di TESCO dan pasar tani. Tapi nak pot pet pot pet lelama tak dapat ler kan! Jadi nak lelama pot pet pot pet kenala bertandang ke rumah. Itupun raya jer la kan. Hari biasa kena buat temujanji sebab masing-masing sibuk dengan hal masing-masing (poyo jer sibuk..macam businessman. Mmmm saya memang bukan businesswoman tapi Kak Za ya. Dia bukak kedai HERBALIFE).

Dah lelama, orang dah nak balik dah. Baru la enjin panas...
Barula bebudak nie nak berkawan. Muka Min still cover lagi. 
Malu ler konon padahal dekat rumah selalu jer sebut nak pergi rumah A'aa. 
Bila jumpa buat muka macam tak kenal buleeeeeeeeeeeeh!

A'aa nie (berambut panjang, senyum simpul sampai tertutup mata tuh) baru 6 tahun tapi dah jadi atlet squash negeri. Dah merata negeri dia bertanding. Masa dia baya Amani, 3 tahun Kak Za dah hantar training di Kompleks Hijau Kuning. Dari kecik lagi, dia dah aktif bersukan. Kalau Min bukan nak pegang raket squash, raket badminton pun belum tentu pandai. :b

Kena beli raket badminton dekat Min dan Amani nih! Muahaha... 

Tiada ulasan:

Entri Popular