Rabu, 14 Ogos 2013

Raya paling meriah!

Assalamualaikum

Hai semua...ceria jer korang semuakan...Kalau yang tak ceria tue mungkin sebab tak dapat balik kampung atau 'ter'paksa bertugas kan! kan! kan!...Tapi jangan sedih-sedih, nah! saya kasi sekuntum bunga ros buat pengubat hati. Hehe  :)

Psssttt!!! Bunga ros di lamanku berbunga lagi....sukaaa sukaaa sukaaa......Yang nie kembangnya lebih seminggu sebab bunga ros Thailand cumanya ia tak de bau...Jadi tak yah ler nak pi cium-cium bagai. Tak dernya bau wangi...(Ada juga tetamu yang bertandang ke rumah pergi hidu bau bunga nie, sian dia tak dapat bau wangi...hehe)

Raya ke 5, sanak saudara berkunjung ke rumah saya. Request nak makan tengahari dan request ayam goreng berempah macam dalam entri sebelum nie. Okla...Saya buat ayam goreng berempah dan ayam goreng rangup versi KFC.

Lagipun 1st time depa nak datang berkonvoi ramai-ramai. Jadi seawal 8 pagi saya dah start masak lauk-pauk. Masak yang ringkas-ringkas jer sebab hanya ada 2 tangan di dapur. 2 tangan masak untuk hampir 20 orang makan. Mmmm hebat jugak la pencapaian saya tahun nie (sebelum nie tak pernah masak banyak-banyak macam nih, sesorang plak tuh!). Hehe...

Yang bestnya ada yang dah sampai rumah masing-masing, mesej minta resepi ayam goreng rangup versi KFC....(kembang ler setaman....hahaha). Padahal ayam goreng tue guna rempah yang dalam peket. Kantoiiiiii.....hahaha. (Tak pe nanti k.mi bagi resepi dan rempah sekali...huhu)

Maksu Julia, Ain (menantu Pak ngah) dan Irfan (Anak sepupu)

Geng ibu-ibu dan anak-anak sedara bergambar sebelum balik. Ada lagi anak-anak sedara yang tecik-tecik tapi semuanya dah keluar main di taman.

Selesai makan dan solat Zohor, ada yang melepak tengok tv (especially budak-budak), ada yang main, tidur (nie mak-mak dan tok-tok) dan bersembang (nie golongan muda-muda macam saya..huhu perasaaaaaan kan! :b)
Jarang-jarang dapat berkumpul. Bila dapat berjumpa macam nie, banyakla cerita tentang juadah berbuka (dah lepas pun boleh ungkit balikkan...:b), rumah terbuka, resepi masakan, aktiviti di hari raya dan yang paling best siap keluar cerita periuk belanga kecik besar, beli tang mana, bopa henget....Siap bawak keluar periuk belanga yang ada buat demo..hahaha...Itula kisah bila geng-geng perempuan bersembangkan. Memang tak lari la dengan kesah-kesah di dapur...huhu

Suka betulla bebudak nih main. Patutya kena tunggu sampai lewat petang barula bebudak nie dapat main puas-puas. Tapi nak buek cemana ibuk-ibuk dan bapak-bapak dah nak balik, jadi bebudak nie terpaksala ikutkan jer...

Amani budak paling gembira...Ramai geng boleh ajak main di taman. :)

Yang naik buaian (bertudung pink) dan boy yang berbaju biru tue anak sedara kepada budak tecik (berbaju putih, berseluar jeans) yang duduk atas riba tue. Anak-anak sedara lagi besar pada ibu sedara. 
Cemana tue? :)

Alahai sedih pulak semua dah nak balik. Asal rumah yang riuh dengan budak-budak dan geng ibuk-ibuk dan bapak-bapak bersembang dah kembali sunyi...Mmmmm....Tunggulah tahun depan pulak dapat berkumpul  macam nie lagi.....Rumah siapa plak kita nak terjah?...TUNGGU tahun depan.  Mak aih lama benor la nak menunggunya..

Selepas sanak saudara balik, Kak Diba (my opismate) plak datang. Saya baru jer start nak masak spagheti. Terpaksala Kak Diba dan keluarga menunggu. Takpe la boleh ler lelama sikit bersembangkan...Lagipun si Zafran, budak tecik berbaju belang tuh bolehla lelama sikit beramah mesra dengan si Aleesya. Biasala budak-budak bila berjumpa, enjin lambat panas. Bila kita dah nak balik, barulah nak main bagai. 
Sama besar sebab umur sebaya. Setahun 2 bulan. Mata sama boooolaaaaat. 

Sebelum balik, Kak Diba dan keluarga sempat berikan pose istimewa buat kenangan.  :)

Malamnya keluarga Pak jang datang dengan anak menantu dan 3 orang cucunya. Amani dan Aleesya memang suka giler la hari nie sebab dari tengahari sampai malam dapat ramai kawan. Dapat main...walaupun jarang berjumpa, bila dapat kawan baru terus nak makan sekali. Selalu Amani makan spagheti dengan kuah tapi bila tengok kawan makan spagheti tanpa kuah, dia pun nak ikut...Sampai bertambah-tambah plak tuh...buang tebiat betulla Amani nih  :)

Anak sepupu saya nie 3 orang semuanya. Yang nombor dua (berbaju kurung tuh) sama baya dengan Amani. Pandai cakap. Cakap pun jelas pada Amani. Cuma si abang yang tua setahun daripada Amani cakap tak berapa jelas macam Amani. Amani dan si abang memang masuk geng. Asyik main berdua jer..Yang bestnya, sebelum mereka balik, en husband sua la tangan nak salam dengan budak tecik berbaju kurung tuh. Tetiba dia menjerit "tak naaaak..... saya perempuan!" terus peluk leher mak tok kuat-kuat dan tutup mata. 

ERK!! mmmmmmm.......macammana tu ek?
nak pikir macammana tue! ntah!.....
Hahaha....
Saya, en husband dengan mak tok (mak jang) tergelak besar dengar dia cakap camtue. 
Imaginasi tinggi budak nih! :)

Ini anak ketiga sepupu saya, si WAFA. Baru 6 bulan. Geram matnya yang boooolaaaaat itu! Terlupa nak request keluarga mak jang bergambar kenangan. Semoga next time, kita berjumpa lagi...:)

Tiada ulasan:

Entri Popular