Rabu, 14 Ogos 2013

Pengasuh Amani dan Aleesya

Assalamualaikum

Hari ke 6 Syawal, saya dan masuk kerja. Awal pagi drive ke pejabat lengang jer jalan. Semangat nih nak pergi kerja. Setiba di pejabat, mood kerja terus down....Staf pun ramai masih cuti raya. Buat kerja pun mahu tak mahu jer. Mood raya masih menebal dalam diri. Alhamdulillah tahun nie saya sekeluarga dapat beraya dengan hati yang senang dan gumbira. :). Tahun lepas Aleesya baru habis pantang, masih kecil. Jadi mood nak beraya jauh-jauh kureeeengggg...Tahun sebelum tue Amani demam time raya. Pun mood raya kureeeennnngggg. Tahun nie semua sihat, semangat nak beraya pun tinggi. Paling suka bila dapat pakaikan anak-anak dengan baju sedondon dan pelbagai gaya. Yang paling best dapat bergambar dan ambil gambar aktiviti ketika beraya. Buat kenangan tahun-tahun seterusnya.

Selepas waktu kerja, balik rumah solat dan touch up make up sikit-sikit. Bawak sehelai gaun Aleesya. Niat di hati nak beraya di rumah pengasuh dan rumah mak sedara. Tapi bila syok bersembang di rumah mengasuh, tak sedar masa dah nak masuk maghrib. Jadi terpaksa batalkan rancangan kedua untuk ke rumah mak sedara. Esokkan masih ada. Syawal kan sebulan!  :)

Inilah rumah pengasuh Amani dan Aleesya. 
Tempat Amani dan Aleesya menumpang kasih dengan tok (gelaran untuk pengasuh) dan wan (suami pengasuh). Tempat ibu dan abah tinggalkan Amani dan Aleesya (kadang-kadang Yasmin jugak) untuk pergi kerja @ ada kerja. Tempat Aleesya bermalam ketika ibu dan abah outstation. Tok dan wan yang sentiasa sabar melayan karenah anak-anak ibu dan abah. Walaupun kadang-kadang Amani kena marah dengan wan sebab Amani degil dan tak nak dengar cakap tok dan Wan, tapi di sinilah Amani dan Aleesya membesar sebagai rumah kedua selepas rumah kita. 

Tok sentiasa ada sebagai penganti ibu dan abah. Tok lah yang mandikan, tidurkan, suapkan makan, bancuhkan susu, tukarkan lampin, cucikan pet-pet Amani dan Aleesya bila u'uh, suapkan ubat kalau Amani dan Aleesya selsema, batuk @ tak sihat. Tok yang cucikan baju-baju Amani dan Aleesya.....marahkan Amani kalau Amani suka ambil barang Aleesya....

Tok yang sabar dengan sikap buat tak tahu Amani....lincahnya Aleesya. Walaupun tok sendiri kurang sihat, tapi tok tak pernah bagitahu dia kurang sihat sehinggalah dia dah betul-betul sihat baru bagitahu yang sebelumnya dia tak sihat tapi masih kuat nak mengasuh Amani dan Aleesya. Pernah sekali tok sakit perut, Amani dan Aleesya buat perangai...tok terpaksa pegang Aleesya masa u'uh dan Amani tunggu depan pintu toilet. Kesian tok...Mana perut sakit memulas, dengan pening kepala, kena pegang Aleesya. Mesti kalut-kalut nak siap. Kalau ibu pun belum tentu ibu boleh buat macam tue. Tok dah banyak ambil alih tugas ibu dan abah. 

Terima kasih tok sebab jaga Amani dan Aleesya walaupun tok letih. Sebab tue ibu dan abah tak berkira dengan tok dan wan. Nanti bila dah besar, Yasmin, Amani dan Aleesya kena ingat tok dan wan selain tok dan wan Bukit selambau dan Singkir. :)

Besarkan pengorbanan seorang pengasuh pada anak-anak kita. :)

Sebelum balik rumah, kami ke TESCO jalan-jalan cari makan. Donut di BIG APPLE nie memang sedap. Amani dan Aleesya tak sabar-sabar nak makan.

Habis donut, Aleesya makan pizza dan mushroom soup. Sampai menjilat jari. Mmmmm lapar ke sedap Aleesya oooiiiii..

Aleesya : "dua-dua" :b




Selesai makan barulah balik rumah. Mood beraya ada lagi nih. Tapi malam-malam tak nak la kacau orangkan. Balik rumah tidurla...

1 ulasan:

Busyra Bt Takiyudin berkata...

alo. comelnya anak kak mimi yg kecik skali tu.. hehe

Entri Popular