Isnin, 11 Mac 2013

Hotel Kristal, Bentong

Assalamualaikum

Rentetan entri Institut Latihan Perumahan (ILP) KPKT di Bukit Tinggi, kali ni saya nak kongsi secara ringkas berkenaan Pekan Bentong tempat saya menginap. Perjalanan dari ILP KPKT ke Pekan Bentong mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit (bergantung kepada kelajuan anda mendaki bukit ke ILP. Kalau yang berani drive laju tu cepatla sampai. Kalau yang takut tue, drive kete macam ‘kora-kora’, almaklum je la yer. Hehe..)

Perjalanan ke Pekan bentong nie perlu melalui Lebuhraya Karak dan keluar ikut susur keluar Bentong Barat. Sebelum keluar susur nie, kita kena bayar tol RM3.00. Simpang susur keluar nie betul-betul berhadapan dengan MRSM Bentong atas bukit tue. Kalau nak masuk semula ke Lebuhraya Karak dan nak ke ILP semula, kita boleh masuk ke Lebuhraya melalui susur masuk berhadapan MRSM Bentong nie juga dan perlu buat pusingan ‘U’ yang disediakan lebih kurang 500m dari susur masuk nie. Korang faham tak nie? Kalau tak faham pun, korang takkan sesat sebab jalan dalam Pekan Bentong tak banyak.

Cuma saya nasihatkan jangan cuba guna jalan lama yang ke Janda Baik di sebelah kiri susur keluar tue sudah....kerana ia mengundang keseraman tahap tinggi. Agaknya jalan lama tue la, pengarah filem atau drama seram gunakan sebagai tempat shooting mereka. Saya cakap nie berdasarkan pengalaman en husband menggunakan jalan nie ketika balik dari menghantar saya ke ILP. Beliau dah tak ada kerja, jadi kononnya nak explore la tempat dan jalan-jalan kat kawasan nie. Beliau pun drive la sesorang melalui jalan nie.

Waktu tue pagi lagi dan beliau dengan senang hati buka cermin kereta untuk ambil udara sejuk dan segar. Kiri kanan jalan memang hutan dan bukit bukaula. Rumah sebiji pun tak ada. Apatah lagi gerai atau kedai-kedai tepi jalankan. Jalan nie macam dah lama dan tak diselenggara, berlubang sana sini dan sempit. Kereta pun tak ada yang selisih. Sampaila tengah-tengah jalan, beliau rasa sangat sunyi dengan bunyi desiran ntah apa-apa, monyet pulak ada di mana-mana. Alamak! Baru beliau rasa takut. Nak patah balik, macam dah sangat jauh jadi beliau tetap teruskan perjalanan. Terus tutup cermin tingkap takut-takut si nyet and the gang masuk dalam kereta dan jadi passangers...ha..tak dapat bayangkan! (saya plak yang takut lebih...huhu).

Dah seram sejuk, beliau bukak radio kuat-kuat dan pecut kereta laju-laju tak pandang kiri kanan dah (ini beliau tak cerita tapi saya dapat agak..hahaha). Sepanjang perjalanan tu beliau jumpa bangunan yang tertulis Sekolah Bukit Tinggi. Dalam hati beliau “ada ka orang sekolah dekat sini?”. Akhirnya beliau keluar di tempat rehat ke Genting Highlands. Baru dapat tarik nafas lega! Hokey slot cerita seram nie dah habis. Jom sambung cerita tentang Pekan Bentong.

Saya menginap di Hotel Kristal, Hotel ni terletak di belakang bangunan KFC. Bilik yang saya ambil nie RM76/malam. Bagi yang rancang nak ke Hotel Colmar dan Japanese Garden dan tak nak tinggal kat Hotel Colmar yang agak mahal tu, boleh pilih hotel nie. Bawak anak-anak pun ok. Kalau nak save budget, bilik nie boleh muat dua helai toto. Sangat luas dan selesa cuma tak ada bath tub dan breakfast. Tv astro, wifi, water hitler dan peti sejuk pun ada.

Pekan Bentong ni tak la besar mana tapi banyak kemudahan ada di sini. Ada sebuah shopping compleks, shell (saya & en husband pelanggan tetap stesyen minyak nie, jadi tak perlu cari jauh-jauh), maybank, tabung haji, secret recipe, KFC, pasar besar, farmasi, hospital dan bangunan-bangunan pejabat kerajaan.
Gambar atas : Jalan utama di dalam Pekan Bentong
Gambar bawah kiri : Ikan Patin Masak Asam Pedas sangat sedap
Gambar bawah kanan : MRSM Bentong
Gambar atas : Pasar Besar dan Maybank
Gambar bawah : Shell bersebelahan shopping compleks


Harga makanan dekat sini agal mahal bagi saya sebab harga separuh Ikan Patin Masak Asam Pedas RM8.00 berbanding saya makan menu yang sama di RNR Sg. Perak yang harganya cuma RM 4.00. Nasi Putih sahaja RM 1.50. Kalau di Kedah baru RM 1.00. Hari pertama di Pekan Bentong, saya dan en husband makan tengahari di Medan Selera Pekan Bentong. Saya dan en husband hanya ambil nasi putih 2 pinggan + separuh ikan patin asam pedas + seketul ayam masak merah + ulam + sambal belacan + sayur kailan + sirap limau + nescafe ais = RM 21.00. Hah! Mahal giler....(tak tahula kalau kena KAPAK sebab kami nie orang luar). Hari kedua kami makan di gerai lain dalam Pekan Bentong juga, memang harga makanannya MAHAL. (terus teringat harga makanan di Kedah, murah pun ada orang cakap mahal lagi. Kalau orang cakap mahal tue datang ke Bentong apala agaknya dia nak cakap. Mmmmm....)

Sekian.

6 ulasan:

kakrose berkata...

salam kenal mimi.
sebelum ni akk tak makan ikan fatin.tapi selepas makan sekali diRnR bentung klo x silap..terus suka mkn. di katakan ikan fatin elok dimakan wat cuci buah pinggang..

Unknown berkata...

terima kasih kak Yon.
Balik pada Bukit Tinggi hari tue, saya dah google cari resepi dan try masak.Cuma beza dekat Kedah nie ikan beli dekat TESCO (ikan sangkar) jadi tak manis sgt mcm ikan di Pahang yang fresh dari sungai.

KL girl now in Ipoh berkata...

Salam sejahtera

Saya sekeluarga nak pergi melawat Colmar dan Bentong pada cuti sekolah akan datang. Saya tengah pilih hotel, samada Hotel Grand Bentong ataupun Kristal Hotel.

Saudari rasa puas tak dengan kebersihan dan keadaan Hotel Kristal? Terima kasih.

Unknown berkata...

Salam Perkenalan KL Girl..

Pada saya,kebersihan dan keadaan hotel tue bersih. Saya pun memang allert dengan bab-bab kebersihan nie. :)

Unknown berkata...

saya mencari hotel yg dekat dengan stesen bas bentong... boleh cadangkan mana2 hotel....

ɟlǝsʎɯʇou berkata...

hotel ni jauh x dari mrsm bentong? agak2 masa perjalanan berapa lama?

Entri Popular