Assalamualaikum
7 Mac 2013 – Hari lahir mak Yah
8 Mac 2013 – Hari lahir ayah
10 Mac 2013 – Hari lahir mak Nah (mother-in-law)
Pertama kali tahun nie sambut hari lahir ketiga-tiga orang tersayang hampir serentak. Pada malam Sabtu (8 Mac), saya dan en husband bawa mak dan ayah ke Restoran Mesra Jaya, Sungai Petani. Suprise! Mak dan ayah hanya tahu kami bawa keluar malam tu untuk belanja makan.
Tahun nie untuk mak dan ayah tak ada kek. Mereka pun dah muak dengan kek nie sebab kakak yang tauke kek tue rajin bagi kek free tak kira birthday atau sambutan hari apa. Memang hari-hari ada kek. Kalau nak tempah pelbagai jenis kek boleh pergi ke FB Safura Shamer. Kek coklat dan durian crepe paling sedap dan mendapat sambutan hangat pelanggannya.
Untuk raikan hari lahir mak dan ayah, kami minta mak dan ayah pesan apa-apa menu yang rasa nak makan, kami belanja. Selalu saya belanja juga tapi hari nie hari istimewa jadi pilihla makanan yang istimewa juga. Mak hanya pesan chicken chop dan ayah hanya pesan bihun sup. Ayah cakap malam kena diet, tak boleh makan makanan bergoreng. Ha bagusla, ingat cakap doktor. Saya pun pesan chicken chop dan en husband pesan fish n chip. Rasa makanan ni saya bagi gred B. Rasanya dah kurang sedap berbanding dulu. Dah 3 – 4 tahun juga saya dan en. Husband tak makan di restoran nie. Rupanya tukang masaknya dah bertukar orang lain. Patutla kureng sikit rasanya.
Malam Ahad (9 Mac), sekali lagi kami meraikan sambutan hari lahir mak mertua di rumahnya. Kali nie agak meriah sebab semua anak-anak dan cucu balik kecuali keluarga Kak Intan di Baling. Kami suprisekan juga majlis sambutan hari lahir nie. Kami belikan sebiji kek truffle dan nasi tomato. Bertambah suprise bila keluarga Kak Jimah (anak-anaknya dulu, mak yang mengasuh dari anak sulung hingga anak ketiga) juga datang. Ini semua pelan si Ayu. Huhu.
Tapi ada sedikit
kejutan pulak buat kami bila makanan yang dipesan sampai, mak cakap mak dah
tahu kami semua nak buat sambutan hari jadi padanya. Ha kantoi sudah! Siapa yang
bocor rahsia ni?.....mmmm...tak apalah janji sambutan kali agak meriah dan akan
jadi kenangan buat keluarga besar ini. Semoga mak-mak dan ayah dikurniakan
kesihatan yang baik dan sentiasa berada di bawah lindunganNya. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan