Selasa, 16 September 2014

Sambutan Hari Malaysia

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia. Selamat menyambut hari Malaysia pada semua pembaca di luar sana. Apa aktiviti korang sepanjang hari ini? Seluruh Malaysia cutikan! Hari ni tentu ramai yang ambil kesempatan mengadakan kenduri kahwin. Senang sanak saudara yang jauh dan dekat berkumpul sebab cuti sama kan! :)

Minggu ni en husband on call. Jadi tak dapatla balik kampung minggu ni. Kebetulan esok birthday en husband. Ingat tu nak suprisekan dia hari ni. Tapi tak jadi....:( Semalam dah siap janji dengan 3 princess nak suprisekan abah...Bangun awal pagi tadi bawak keluar penimbang dan mixer untuk baking kek planta yang family suka kononnya nak makan2 hari ni. Tapi suprise tak jadi makan camtu2 je la. 

En husband dari pagi dah keluar siasat kes on call di hospital. Ingat dia nak balik awal tengahari macam biasa. Rupanya dia dah pergi makan kenduri dengan kawannya. Lupa katanya kenduri anak member kahwin hari ni. Roasted ayam sekor2 special nak suprisekan untuknya akhirnya saya dan 3 princess yang rasmi. Tak pela tak da rezeki nak makan sama2 dan suprisekan en husband hari ni. Janji roasted ayam yang 1st time masak ni menjadi. 3 princess pun suka. Keluar ja roasted ayam ni dari oven terus mintak nak rasa. Bukan sekali rasa sampai 3-4 kali minta. Nampak sangat membuka selera depa bertiga. Jadi nak tak nak memang tak tunggu en husband balik, kami berempat dah mengadap meja makan dengan roasted ayam terhidang dalam tray oven tu jugak. Dah tak pindahkan ke pinggan pun. Baru rasa macam fresh dari ladang. Hihi

 Alhamdulillah! Banyak jugak aktiviti dapat selesaikan hari ni. Laman belakang yang asalnya taman sayur dapur dan di convert ke laman bunga. Vege garden yang dulunya menjadi impian untuk dilaksanakan terpaksa ditukar sebab tanah tak subur. Tanam pokok sayur naik sekali dua ja lepas tu pokok naik terbantut. Tanam sawi, sawi pun terbantut. Tak besar2 dan tak boleh dituai untuk masak. 
Words yang di buat semalam untuk suprisekan en husband hari ni. Yasmin asyik tanya ja "ibu, bila nak suprisekan abah ni?" ...habis!!! Roasted ayam dah rasmi camner nak suprisekan abah. Lagipun abah dah kenyang makan kenduri. Huhu...takpela, tak yah suprisekan abah kita bergambar je ngan words tu kat laman yang baru dimesin petang semalam. :) 

Laman depan yang jarang2 dipeduli sebab laman ni sebelahnya rumah jiran, depan pun rumah jiran. Malas nak kisah sangatla sebab jarang duduk bersantai kat ruang ni. Biasanya laman tepi sliding menjadi tempat bersantai sebab sebelah ruang tak ada rumah jiran. Jadi tak segan sangatla nak melepak dekat luar. Ruang ni la yang selalu di tanam pelbagai jenis pokok bunga. 
Ruang ni saya baru tanam beberapa pokok bunga. Musim hujan2 ni harap2 cepatla pokok baru ni tumbuh dengan subur.
Nampak kat penjuru pagar putih tu. Kat situ pun saya baru tanam pokok bunga. Tak tahu nama pokok tu tapi dia ada bunga yang keras sikit macam paruh burung tu. Pokok ni saya ambil dari rumah mil kat kampung. 
Yasmin! Tak sabar2 nak suprisekan abah. Lastly bergambar kat laman je la...hihi.

Petangnya saya gunting rambut depan 3 princess. Dah lama nak gunting rambut tu dah panjang sampai menutup mata dah. Hari ni baru berkesempatan. Bolehla walau tak sama mana pun rambut tu. Tak pandaila nak gunting macam kat salon tu. Kalo pergi salon maunya caj rm2-3 sorangkan! Jadi guntingla sendiri. Inilah hasilnya. Yang gambar atas tu sebelum rambut digunting dan gambar bawah, rambut 3 princess yang dah dipotong pendek. :) smile!
Itu aktiviti hari ni. Malam ni en husband macam biasa pergi siasat kes lagi. Mmm malam ni iron baju kerja siap2. Ada 2 hari ja lagi nak kerja. Esok ada meting jafi kenala tido awal. Oklah setakat ni dulu buat kali ini. Bye....smile  always!

2 ulasan:

nurul iman berkata...

Salam.Cantik rumah awak. Salam ziarah :)

Mimi Yus berkata...

Terima kasih nurul iman...salam ukhuwah!:)

Entri Popular