Isnin, 24 Jun 2013

Pertama kali potong Pokok Daun Bawang sendiri

Assalamualaikum 

Sebelum nie saya tanam lebihan pokok daun bawang yang saya dapat dari pasar. Namun beberapa kali mencuba tapi hasilnya tiada. Semua pokok daun bawang yang saya tanam dengan cara macam tu habis mati. :(

Rasa macam frust jugak. Macammana la dalam blog-blog yang saya tengok kebanyakkan blogger berjaya tanam pokok daun bawang yang dibeli di pasar tumbuh dengan baik. Akhirnya saya cuba lagi tanam tapi dengan menggunakan bawang merah yang ada di dapur saya. Saya ambil 4 biji bawang yang elok-elok dan tanam dalam pasu. Hasilnya tak sampai tiga minggu, saya dah boleh potong daun bawang yang saya tanam sendiri untuk masakan saya. :)

 Saya semai bawang merah di dalam tanah berpasu ini dan letakkan di tempat yang teduh (di bawah awning dapur). Air siramannya jangan terlalu banyak. Agak-agak sekali siram hanya melembabkan tekstur tanah.

 Tak perlu membaja pun. Masa nak guna daun bawang nie, saya pilih daun yang paling panjang. Selebihnya boleh memanjang lagi dan boleh digunakan lain kali. Dah tahu caranya, lepas nie saya tak perlu lagi beli daun  bawang di pasar. Harga daun bawang pun boleh tahan mahalnya. Lagipun kalau beli mesti banyak dan perlu disimpan di dalam peti sejuk. Kadang-kadang guna sikit saja dan selebihnya layu di dalam peti dan masuk ke tong sampah yang baik hati. :)

 Ayam masak kicap dengan daun bawang segar yang baru dipotong dari pasu. :)

Tom Yam ayan dengan daun bawang segar. Mmmm rasa puas sangat dapat hidangkan makanan dengan hasil tuaian tanaman sendiri. 

:)

7 ulasan:

Busyra Takiyudin berkata...

akak suka menanam rupanya.. hehe,
rasa seronok kan bila dh dpat hasilnya, terliur tngok masakan akak, ayam msak kicap tu, nnti boleh la buat kt busyra. hehe, blog busyra mcm budak2. malu. :)

Unknown berkata...

hobi jer busyra..
Boleh...nanti kita buat makan-makan kat opis. :)
Takpe kak mi pun baru belajar selok belok jadi blogger nie. Kalau tak tahu pape bolehla share pengetahuankan. :)

Unknown berkata...

Boleh saya tau cara bawang tu? kupas kulit dan potong bahagian atas ke? bahagian bawah potong juga?

Saya ada try tanam...tp x jadi...huhuhu~

Unknown berkata...

Hai NurHafiza Fadzil..
saya ambil bawang merah yg dah ada pucuk dalam dapur saya. Tanam je dalam pasu. tak perlu buang kulit @ potong mana-mana bahagian. Tapi jgn banyak siram air & letak di tempat teduh + panas sekali sekala.:)

nurul iman berkata...

Salam. Saya tengah cari2 cara nak tanam pokok bawang. Buat aktiviti untuk anak2. Hehe tapi tangan saya tangan kayu. Selalu tak menjadi. Nak cuba lah dengan pokok bawang

Unknown berkata...

nurul iman wsalam. xpe cuba byk kali. Insya Allah pasti berjaya. Saya pun nak start balik tanam pokok bawang nie. Save budget nk masak kan. Senang je cari bawang merah yang dah ada pucuk hijau keluar tu. Nak cepat tumbuh lagi cari tanah hitam khas utk tanam pokok sayuran di nursery. 2-3 hari tanam dah nampak kesuburannya nanti. :)

Zulk berkata...

Salam Tuan/Puan. Nak tanya, sy cuba tanam guna cara sama. Tanam bawang yg bercambah dalam pasu kat dapur. Tapi bila lepas tuai (lepas gunting daun), 2-3 hari lepas tu terus pokok mati. Pernah kena perkara yg sama tak?

Entri Popular