Selasa, 29 Januari 2013

Mari Belajar Vokal A E I O U

Assalamualaikum

Sudahkah anak anda bersedia untuk belajar?
A a aaaaaaaa J


D
E e eeeeeeee J

F
F Tak sempat nak snap gambar, depa dah laju sebut huruf 'i'
F Bila mintak sebut lagi, dah buat muncung macam-macam...ntah huruf apa ntah di sebut. Suara tak keluar, mulut jer muncung
D Protes la tue tak nak sebut banyak kali...mmm, nasib baik mood cikgu hari baik. Cepat sambung huruf seterusnya!
D
I i iiiiiii 
(mulut belajar 'vokal', tangan cibuk ktung ktang ktung ktang = main)
O o oooooooo 
(comelnya "O" Yasmin..ha ha ha booolaatnya  huruf "O" Amani sampai pipi pun tersedut masuk dalam mulut)
U u uuuuuuuu 
(Amani sebut huruf "U" ke "O" ? sebenarnya Amani sebut huruf "U" dengan sebutan "YO".   

Percakapannya masih kurang jelas. Ada suku kata yang dah pandai sebut dan ada yang masih 'ter' gagap lagi. Kadang-kadang apa yang dia cakap pun, saya dan en suami tak faham. Amani memang suka bercakap pot pet pot pet. Kadang-kadang bila kami tak faham, minta tolong Yasmin tolong translatekan. Tapi ada masa Yasmin pun tak dapat nak translatekan apa yang Amani cakapkan. Yang pasti bila nak susu, dia menangis jer, mintak pun tak. Kalau tanya " Amani nak susu ke?" angguk. Dapat susu secawan baru diam....

Mmm kadang-kadang kanak-kanak nie saja nak perhatian ibubapa. Bila nak sesuatu, menangis... tak beritahu nak apa. Berguling-guling tak kira di mana, rumah, kompleks membeli belah, masjid, rumah orang dan  padang permainan. Dengan harapan, kita memahami apa yang mereka mahukan...Ada ketika mungkin kita tahu apa yang mereka nak, tapi ada masa kita sendiri tak tahu apa yang mereka inginkan. Jadi sebagai ibubapa kita harus banyak bersabar dengan karenah mereka. Kalau iman tak kuat, memang boleh bertukar menjadi HARIMAU dengan tiba-tiba. 


aummmmm!!!!!

Eh! tetiba plak membebel ntah apa-apa (tapi ini cerita benar. Yasmin pernah tidur berguling-guling di atas tanah depan masjid sebab tak bagi Amani naik kereta...percaya tak? anda harus percaya,k...huhu) Ok, sampai di sini saja pembelajaran untuk hari nie. 


Terima kasih sudi membaca entri ini. J

Ahad, 27 Januari 2013

~ 5 Tips Menangani Anak Nakal ~

Assalamualaikum

Dah puas nasihat, "Amani, jangan naik atas meja. Meja untuk letak barang dan makanan bukan sebagai tempat duduk. Kalau nak duduk, kena duduk atas kerusi". Nasihat hanya tinggal nasihat, panjat dan duduk atas meja tue selalu dibuat lagi. Jadi apa harus saya buat? 
Ini tips menangani anak nakal yang saya dapat dari carian di Google.  

i.          Ibubapa perlu BERUBAH ke arah sifat positif

Asasnya, anak-anak banyak meniru sifat ibubapa. Jika ibubapa memberi sifat negatif secara sedar atau pun tidak, maka ibubapa perlu membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH. (Saya memang tak duduk atas meja la kan, en suami tentu lagilah tak. Giler kalau p duduk, tak pasal-pasal retak seribu cermin meja tue..huhu)

ii.         Elakkan menggunakan KEKERASAN

Apabila kita memarahi anak pada usia 0 hingga 6 tahun dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka. (kadang-kadang kalau nasihat pun tak jalan, api dah menyala-nyala kat atas kepala saya(nampak sangat tipu), Min & Amani kena cubit jugakla. Tapi betul mereka akan memberontak dengan merajuk @ buat-buat tak dengar kalau kita panggil)

iii.         Gunakan KASIH SAYANG untuk tegur kesalahan anak

Jika anak-anak melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi. (selalunya bila dah merajuk & buat-buat tak dengar tue, saya akan panggil mereka dengan panggilan 'sayang' untuk Min dan 'manja' untuk Amani, comfirm dua tiga kali panggil tersengih-sengih macam kerang busuk....(betul tak tipu muahaha)

iv.        Sentiasa berikan PENGHARGAAN

Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang. (Ini selalu saya buat. Contohnya kalau saya minta tolong Min @ Amani ambilkan pampers Aleesya, lepas depa beri pada saya, saya akan ucapkan "terima kasih Min". Min pun akan jawab "sama-sama bu")


v.         Luangkan MASA YANG BERKUALITI

Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa. (Ini yang saya cuba buat. Setiap hujung minggu saya akan cuba kongsikan DIY bersama anak-anak di rumah. Korang boleh ikuti entri pada hujung minggu. Tapi jika hujung minggu tersebut ada aktiviti lain seperti pergi shopping @ melancong @ balik kampung, aktiviti DIY nie tak adalah)


Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka. Kalau bukan hari ini, mungkin esok. Kalau bukan esok, mungkin lusa. Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.

Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah. Insya Allah..

Dipetik dan disunting daripada artikel http://agc-blog.agc.gov.my

Semoga kita dapat kongsikan bersama. Kalau korang ada tips yang lebih baik dan praktikal, sila kongsikan di bahagian komen di bawah blog ini. Segala perkongsian anda, saya dahului dengan jutaan terima kasih.


Terima kasih sudi membaca entri ini. J

Jumaat, 25 Januari 2013

~ Amani di RIX HAIR SALON ~

Assalamualaikum

Petang tadi Amani terpaksa ‘korban’kan rambut di kedai gunting depan taman perumahan saya. Rambut depannya dah mencecah mata. Sebelum nie akibat rambut depan terlalu panjang dan selalu masuk ke dalam mata menyebabkan mata Amani merah, bengkak dan gatal. Saya ingatkan mata Amani ketumbit rupanya bila pergi klinik mata, doktor nasihatkan supaya rambut depan Amani perlu sentiasa dipendekkan supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Doktor mata tue cakap anak sebesar Amani memang suka menenyeh mata kalau rambut termasuk ke dalam mata. Itu menyebabkan kuman yang ada pada rambut masuk ke dalam mata dan mengakibatkan sakit mata. Jadi saya perlu pastikan rambut depan Amani sentiasa dipendekkan. Bila pergi kedai gunting takkan nak minta dia potong rambut depan sajakan. Sangat tak berbaloi nak bayarkan. Jadi terpaksalah korbankan rambut depan dan belakang. Macam mana nie? saya suka budak perempuan berambut panjang. Boleh ikat dan letak pelbagai reben dan hiasan rambut. Mmm..nampaknya tak dapetla...

Yasmin pun tak boleh simpan rambut panjang sebab sejak masuk sekolah nie, rambutnya pernah dijangkiti kutu. Habis rambut Amani pun kena. Biasanya bila dijangkiti kutu nie saya suka gunakan LICE CLEAR. Memang bagus untuk hilangkan kutu di kepala bagi kanak-kanak.

Rambut en suami pun dah panjang dan perlu digunting

Amani tak banyak karenah masa gunting rambut petang tadi. Dia diam jer bila letak atas kerusi kanak-kanak tue. Mudah bagi kerjasama kat kakak amoi tue. Mungkin dia tak nervous sebab sebelum turn Amani gunting rambut, abah dia dulu yang gunting. Jadi bila tengok abah steady jer, dia pun HARUS steady jugak. Ha baguslah BAPA BOREK ANAK RINTIK...muka pun sepesen abah je kan. Oklah tue. Hehe


Muka pun dah tak nampak dilitupi rambut 
Puas kakak amoi tue adjust kedudukan dia sebab Amani dah start pusing tengok Aleesya dengan abah. Min sebagai 'kaunselor' Amani supaya Amani tak bergerak lagi

Nasib baik rambut sebelah kanan dan kiri dah sama
Tara...ini bukan DORA EXPLORER tapi rambut baru Amani. Macam topi kaledar pun ada. Muahaha

Selesai sudah sesi mengunting rambut di RIX HAIR SALON. Thanks kakak amoi yang cute dan sporting.



Terima kasih sudi membaca entri ini. J

Khamis, 24 Januari 2013

~ Suprise Birthday Untuk Pn Norradibah ~

Assalamualaikum

Sekali sekala buat suprise untuk kengkawan best jugak kan? Selain dapat mengeratkan hubungan persahabatan ia juga dapat mewujudkan suasana yang ceria untuk hari tersebut dan hari-hari seterusnya. Sebenarnya tarikh birthday kawan saya nie pada hari Jumaat iaitu 25 Januari 2013. Memandangkan hari Jumaat adalah hari cuti, jadi saya dan kawan-kawan yang lain sebulat suara nak suprisekan 'birthday girl' dua hari lebih awal.

Perancangan yang dibuat untuk tujuan suprisekan kawan saya nie tak adalah besar mana pun. Suprise biasa-biasa je. Yang penting suprise tue menjadi kenangan untuk diri dia sampai bila-bila. Mahal atau murah peruntukkan untuk suprise tue pun bukanlah perkara utama. 

Mula-mula tue ingatkan nak belanja makan tengahari di restoran. Tapi ada kekawan yang tak dapat join sebab ada nak ambil anak sekolah dan hal lain. Bila tak cukup kourum memang tak best. Jadi kena fikir cara lain. Nak beli kek pun macam tak best jer sebab birthday girl tue dah pesan kalau nak bagi kek jangan bagi kek yang besar, cukuplah satu slices untuk dirinya (amboi! siap pesan..hehe).

Akhirnya saya pun teringat ada satu hari tue, saya dan birthday girl pergi window shopping. Masa tue tengah hujung-hujung bulan, nak shopping memang tak dapetla kan..Jadi kami pergi usha-usha jer dekat satu kedai aksesori nie. Saya perasan dia berkenan dekat satu purse warna merah. Belek punya belek tak jadi beli. 

Jadi saya dan kawan-kawan yang lain pun setuju nak hadiahkan purse tue. Rehat tengahari saya dan kawan saya, Yat pergi ke kedai amoi aksesori tue untuk beli purse merah yang diidamkan oleh birthday girl nie. Dah siap beli tiba-tiba telefon Yat berbunyi. Birthday girl nak join shopping. Mmm...nasib baik dah settle beli hadiah. Kami pun ok kan je la. 

Bila dah jumpa kami, birthday girl ajak kami pergi ke kedai amoi aksesori tadi.  Dalam hati "Alamak! nak beli purse tue ka?"  saya dah cuak. Tapi kami ikutkan je. Rupanya dia nak belikan anak sedaranya sepit rambut. Ha...lega. Tapi sempat jugala saya bisik dekat amoi tue, " u jangan bagitahu dia ya kita dah beli purse tadi sebab kita beli untuk dia". Saya terpaksa pesan sebab amoi tue baik dengan dia. Kalau amoi tue dok rajin buat ramah mesra dengan dia, tak pasal-pasal amoi tue bagi tahu macam mana? Habis rancangan kami. Amoi tu senyum je...Bagus jugak amoi tue sebab setuju komplot sekali..haha.

Sebelum keluar dari kedai tue, birthday girl bagi tahu saya "mmm...purse tue dah ada orang beli". Saya dan Yat dah tahan gelak. Dalam hati "a'ah.. kami la yang beli...ha ha ha". Yang bestnya Yat pulak p tanya "purse tue macam mana? cantik ka? antara purse tue dengan purse yang dekat kedai Avon tue mana cantik?". Eeeiiii dak nie pun sajer jer nak panaskan keadaan. Karang kalau saya tergelak macam mana. 

Petang sebelum balik dari opis, saya dan kengkawan yang lain suprisekan birthday girl dalam bilik pantry opis...


~ Inilah dia birthday girl ~
Birthday girl : "Nak buat apa nie?"
Me : "Nak tangkap gambar untuk buat kad jabatan yang baru"
Bila masuk dalam bilik pantry, birthday girl macam pelik sebab orang lain dok bergambar sakan. Saya pun tak sempat fikir, cakap la nak ambil gambar untuk kad jabatan. Jawapan tue lagi pelikkan sebab giler ke apa nak buat kad jabatan ambil gambar dalm bilik pantry...muahaha..

Kengkawan : "Happy birthday"
Birthday girl : “Oooo.....ha ha ha”. 
Terkejut? terharu? Tersedar baru ‘DIKENAKAN’...ha ha ha..
Tanpa berlengah masa, saya dan kengkawan yang lain pun bagila hadiah 'merah' tue. ha ha ha memang best. Dia tak suspect langsung kami belikan dia purse tue. Dia pun happy giler..

We Love U birthday girl !
SKETSA PETANG
Si tudung coklat : "Terharu cek! terima kasihla suprisekan cek nie.."
Birthday girl (dalam hati) : "eh! dia plak yang lebih"
Si tudung hijau : "eh, bukan untuk u tapi untuk orang sebelah kanan i nie"
Si tudung Purple (dalam hati) : " mmm ...perasan la u. Menyampah Cik Airish tau"

nota : cakap (dalam hati) sebab dalam gambar tak bukak mulut. muahaha


Alamak! kepala terlebih lentok...manje kew gitu?huhu

Berakhir sudah entri kali nie. Semoga Kak Diba happy dan ceria selalu. 


HAPPY BIRTHDAY PUAN NORRADIBAH BINTI MOHD RASIT !!! 
Dari kami semua hanya untuk kamu.

Selasa, 22 Januari 2013

~ Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya ~

Assalamualaikum

Zaman kanak-kanak hanya sekali. Dunia kecil mereka penuh dengan hilai tawa keriangan.  Mereka sentiasa mahu meneroka sesuatu yang baru dan melakukan perkara yang menarik minat mereka. Perkembangan sosio emosi kanak-kanak di usia 2 hingga 5 tahun dapat dilihat melalui keupayaan bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka akan berusaha memahami dan cuba meniru aksi orang-orang di persekitaran mereka terutamanya ibubapa, pengasuh, guru, atuk nenek, mak sedara dan kawan-kawan.

Contohnya aktiviti main masak-masak nie. Cuba teka siapa yang ditiru oleh mereka?

Sudu, garfu, bekas air dan pam susu dijadikan bahan mainan.
Konsep : Ala-ala ibu baru dapat baby 
Bear tue terpaksa berlakon jadi 'baby'. Amani bancuh susu untuk baby yang sedang menangis ....
Yasmin : "Min nak masak moi kat Aleesya. Amani jangan kacau tau. Amani tengok ja tau"
Amani = dah tarik muka masam
Aleesya : "Sukahati hampa la nak masak apapun, janji jangan kacau aku sudah.."(percaya ke Aleesya dah pandai cakap cam nie? huhu)
Yasmin : "Jom basuh pinggan nie, Amani. Dah habis masak, kena kemas".
 "Nanti ibu marah" 
(tolong tambah ayat nie. muahaha)
Aleesya : "Nak mengadu kat ibulah depa wat kenjah (semak)".
Tetiba dengar kereta abah dah balik kerja. 

Aleesya : "mmm...tak jadila. Nak p tengok abah balik..yeye!"
Kesimpulannya, anak-anak akan cuba mengaplikasikan apa yang mereka lihat, dan dengar di sekeliling mereka. Jika kita memahami perkembangan awal kanak-kanak serta kepentingan enam tahun pertama, kita pasti akan menggunakan kesempatan ini untuk menanamkan minat anak terhadap ilmu pengetahuan di samping memastikan mereka membangun dengan baik dari segi fizikal, mental, rohani, emosi dan fisiologinya. Bak pepatah orang -orang tua "melentur buluh biarlah dari rebungnya".



Terima kasih sudi membaca entri ini. J

Isnin, 21 Januari 2013

~ Olympus E-PM1 (part i) ~


Assalamulaikum

Olympus E- PM1?

    Kenapa Olympus E- PM1? Bukan Nikon, bukan Lumix, bukan G12 seperti dalam entri sebelum nie? Model dan jenama kamera nie memang tak ada langsung dalam list.
                                                                        
ATAU tersalah beli?

:~  meh saya nak jawab ~:
  
KENAPA SAYA TIBA-TIBA BERTUKAR FIKIRAN...

Jom layan gambar-gambar nie...


Mode : Night + potrait (nampak bayang-bayang)
Mode : Potrait
Mode : e-potrait
Nampak tak perbezaan dengan gambar Potrait? Kulit muka nampak lebih licin (soft) & bulu di tangan kurang nampak hitamnya. Jadi nak bagi nampak cantik berseri-seri HARUS guna e-potrait. muahaha
Mode : Macro
Mode : Nature Macro (khas untuk ambil gambar serangga)
Mode : Macro & adjust bahagian mana kita nak fokus 
(sangat 'sharp' kepada dahan yang sangat kecil dan halus)
Mode : Panorama 
(bot cinonet dekat tengah laut tue pun nampak)
Mode : Potrait + landscape
(daun pokok kelapa aka pokok nyioq 'sharp' & warna pun original seperti warna pokok di luar gambar)
Mode : Beach @ snow
(nampak air setitik-setitik. Air liur basi pun nampak. Lepas nie bolehlah ambil gambar 'candid' sesaper yang tidur dengan air liur basi meleleh kat tepi mulut tue. eeeeiiiii !!!!)
Mode : Beach @ snow
Mode : Beach @ snow
(boleh zoom jauh)


Puas tak tengok gambar-gambar tadi?...

Saya kira ini adalah pilihan yang terbaik kerana :
i)    hasil gambar yang cantik dari kamera Semi-Pro
ii)   harga kamera kompak yang mampu dimiliki.(budget RM 2k ke    
      bawah)
iii)   user friendly
iv)  ringan dan mudah di bawa
v)  ada flash untuk kegunaan waktu malam @ dalam keadaan
      gelap
vi)  sesuai untuk orang yang lebih suka mode auto @ auto setting.  
      Tapi kalau rajin nak explore setting manual pun ada dalam
      kamera nie.

   Masa pergi survey kamera dekat kedai di Queensbay Mall, saya memang cari kamera-kamera yang saya survey dalam internet tue. Tapi bila dah sampai di kedai dan amoi-amoi kat kedai tue tunjuk hasil gambar dan cara nak menggunakan kamera-kamera yang ada, saya rasa survey di kedai lebih puas hati. Sebabnya kita dapat pegang, guna dan tengok sendiri hasil gambar yang kita tangkap menggunakan pelbagai jenis kamera. Tapi sebelum kita nak testing tue, amoi tue akan tanya “u budget berapa?”.

    Kalau budget RM 1k ke bawah, budget RM 2k ke bawah, RM2k ke atas dia akan beri suggestion model kamera yang bagus mengikut budget kita. Setiap ranking budget yang kita bagi tue, saya lihat brand kamera yang dia tunjuk tue tak sama. Contohnya kalau Rm1k ke bawah, mungkin jenama Sony, Canon dan Panasonic terbaik. Kalau RM2k ke bawah Olympus. Kalau RM 2.5k ke bawah Sony terbaik. (saya memang sangat berkenan pada model Sony yang amoi tue tunjuk kat saya hari tue. Gambar sangat Sharp dan cantik.  Tapi ianya melebihi budget saya jadi lupakalah sementara waktu. Kalau ada rezeki bolehlah saya miliki. 

    Satu lagi, rupanya G12 dah takda. Bukan maninggal..haha. Cuma model nie dah tak dikeluarkan lagi. Selepas G12 adalah model G15.

     Nak tengok gambar-gambar menarik hasil daripada Olympus nie tunggu entri Olympus E-PM1 (part ii). Layan...


Terima kasih sudi membaca entri ini. J

Ahad, 20 Januari 2013

~ Pantai Merdeka (part ii) ~

Assalamualaikum

Nak cerita tentang pengalaman bermalam di resort yang tiba-tiba blackout. Grrrr!!!!! sangat geram + tak selesa + panas + nyamuk gigit. Bertambah angin bila call receptionist dan dimaklumkan blackout tue sekejap jer beberapa minit jer.....beberapa minit tue berlarutan sampai 3 jam. 

Dalam gelaplah terpaksa bancuh susu + tukar pampers + Min nak shhh kat bilik air. Anak-anak dah gelisah. Panas + gatal. Call receptionist kali kedua, ketiga dan seterusnya dah tak berangkat. Jam 1 pagi en suami keluar bilik terus ke bangunan receptionist yang terletak hampir 100 meter dari bilik penginapan kami. Nasib baiklah lampu jalan bernyala kalau tidak terpaksa suluh jalan dengan cahaya lampu handset. Bertambah Grrrrr bila tiada seorang pun staf di hadapan kaunter receptionist. Tau TAKUT!!! Bukan kami je yang marah bila jadi macam nie. Pengunjung lain pun sama. Tambah-tambah lagi yang ada nak kecik macam kami.

Dari jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi barulah elektrik ada. Barulah air-cond berfungsi. Anak-anak pun dapat tidur lena. Program pagi esok nak tengok matahari terbit tak kesampaian sebab anak-anak pun bangun lewat. Lepas cuci muka & gosok gigi (tak mandi pun hahahah) kami jalan-jalan tepi pantai hirup udara pagi..hmmm SEGAR! Air laut dah surut dan nampak pasirnya. Tak macam petang semalam, pasir pun tak nampak. Kesempatan nie, en suami bawa anak-anak jejalan atas pasir pantai. Pagi-pagi nie ada nelayan cuci-cuci bot, ada bot kecil di tengah lautan menjala mungkin, ada bot yang bergerak laju menuju ke Pulau Tanjung Dawai dan ada juga pengunjung bersama anak-anak mandi laut. Me? saya hanya mengambil kesempatan mengambil gambar yang cantik-cantik untuk diabadikan sebagai kenangan. Pemandangan di sini sangat cantik. Udara pun NYAMAN...J

NYAMAN...J

TENANG...
macam lukisan background kan? Subhanallah! Indahnya ciptaanNya 
Dah puas jalan-jalan dua princess nie nak mandi kat pool. Layan jer lah....Pagi-pagi nie pun ramai yang mandi kat pool. Sejuk pun dah tak kisah. Bayangkan pool tepi bukit dekat pantai memang suasana pagi SEJUK mak aiii..Tapi bebudak nie memang tak kisah tentang SEJUK janji dapat berendam dalam pool. mmmm.....sukahatilah...
selepas mandi di swimming pool, perlu bersihkan diri di shower nie. PERLU ke?
nanti balik bilik PERLU mandi sekali lagi dan bersabun..ha ini baru BETUL...Aleesya pun kena 'mandi bunga' kat shower nie...suka betul dia.

Dah bersiap-siap nak balik. Tengah tunggu moi Aleesya masak dalam rice cooker tue. Nampak tak rice cooker belakang Amani tue? rice cooker nie tak disediakan oleh pihak resort ok. Bawak sendiri + beras + carrot + bunga kubis. Moi nie akan dicampur dengan ikan bilis goreng yang dah siap di blender di rumah. Nak pastikan Aleesya tak meragam jadi kena jaga perutnya. Jadi kenala bawa benda-benda nie ke mana sahaja. Termasuk buaian. Dalam gambar nie tak ada buaian sebab dah simpan. ngee
Sebab moi lambat masak maka kami pun berposing la dulu. Jangan nyampah yer tengok gambar nie...huhu

Moi dah masak, barang pun dah simpan dalam bonet kereta, selesai checkout kat receptionist + bebel ketidakpuasan hati blackout semalam = ingat dapatla diskaun tapi tak dapat pun L


Selesai sudah percutian kali ini. Jom balik. bye

pppssstttt : nak g jalan-jalan kat tempat TSUNAMI pada 26 Disember 2004 yang menyayat hati. Tak pernah sampai lagipun kat tempat tue walaupun saya pun orang Kedah. Masa Tsunami melanda Kuala Muda nie, saya berada di satu shopping mall di Johor Bahru. Pada tahun tue saya belajar di UTM, Skudai. Saya dapat tahu kejadian nie pun melalui berita TV3 pada malamnya. Lepas tu gelabahlah telefon mak bertanyakan tentang kejadian tue. Kawasan kampung saya hanya terasa sedikit gegaran tetapi depa pun tak perasan gegaran tue adalah kesan daripada kejadian besar yang menimpa tempat lain.

Repilka yang dipagar bagi mengingatkan kejadian Tsunami tersebut. Kapal-kapal rosak inilah yang dilanda ombak Tsunami. Saya tak sempat nak snap gambar replika nie sebab Aleesya tidur atas riba dalam kereta. 
sumber gambar dari google 






Terima kasih sudi membaca entri ini. J

Entri Popular