Ahad, 27 Januari 2013

~ 5 Tips Menangani Anak Nakal ~

Assalamualaikum

Dah puas nasihat, "Amani, jangan naik atas meja. Meja untuk letak barang dan makanan bukan sebagai tempat duduk. Kalau nak duduk, kena duduk atas kerusi". Nasihat hanya tinggal nasihat, panjat dan duduk atas meja tue selalu dibuat lagi. Jadi apa harus saya buat? 
Ini tips menangani anak nakal yang saya dapat dari carian di Google.  

i.          Ibubapa perlu BERUBAH ke arah sifat positif

Asasnya, anak-anak banyak meniru sifat ibubapa. Jika ibubapa memberi sifat negatif secara sedar atau pun tidak, maka ibubapa perlu membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH. (Saya memang tak duduk atas meja la kan, en suami tentu lagilah tak. Giler kalau p duduk, tak pasal-pasal retak seribu cermin meja tue..huhu)

ii.         Elakkan menggunakan KEKERASAN

Apabila kita memarahi anak pada usia 0 hingga 6 tahun dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka. (kadang-kadang kalau nasihat pun tak jalan, api dah menyala-nyala kat atas kepala saya(nampak sangat tipu), Min & Amani kena cubit jugakla. Tapi betul mereka akan memberontak dengan merajuk @ buat-buat tak dengar kalau kita panggil)

iii.         Gunakan KASIH SAYANG untuk tegur kesalahan anak

Jika anak-anak melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi. (selalunya bila dah merajuk & buat-buat tak dengar tue, saya akan panggil mereka dengan panggilan 'sayang' untuk Min dan 'manja' untuk Amani, comfirm dua tiga kali panggil tersengih-sengih macam kerang busuk....(betul tak tipu muahaha)

iv.        Sentiasa berikan PENGHARGAAN

Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang. (Ini selalu saya buat. Contohnya kalau saya minta tolong Min @ Amani ambilkan pampers Aleesya, lepas depa beri pada saya, saya akan ucapkan "terima kasih Min". Min pun akan jawab "sama-sama bu")


v.         Luangkan MASA YANG BERKUALITI

Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa. (Ini yang saya cuba buat. Setiap hujung minggu saya akan cuba kongsikan DIY bersama anak-anak di rumah. Korang boleh ikuti entri pada hujung minggu. Tapi jika hujung minggu tersebut ada aktiviti lain seperti pergi shopping @ melancong @ balik kampung, aktiviti DIY nie tak adalah)


Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka. Kalau bukan hari ini, mungkin esok. Kalau bukan esok, mungkin lusa. Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.

Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah. Insya Allah..

Dipetik dan disunting daripada artikel http://agc-blog.agc.gov.my

Semoga kita dapat kongsikan bersama. Kalau korang ada tips yang lebih baik dan praktikal, sila kongsikan di bahagian komen di bawah blog ini. Segala perkongsian anda, saya dahului dengan jutaan terima kasih.


Terima kasih sudi membaca entri ini. J

Tiada ulasan:

Entri Popular