Assalamualaikum
Zaman kanak-kanak hanya sekali. Dunia kecil mereka penuh dengan hilai tawa keriangan. Mereka sentiasa mahu meneroka sesuatu yang baru dan melakukan perkara yang menarik minat mereka. Perkembangan sosio emosi kanak-kanak di usia 2 hingga 5 tahun dapat dilihat melalui keupayaan bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka akan berusaha memahami dan cuba meniru aksi orang-orang di persekitaran mereka terutamanya ibubapa, pengasuh, guru, atuk nenek, mak sedara dan kawan-kawan.
Contohnya aktiviti main masak-masak nie. Cuba teka siapa yang ditiru oleh mereka?
Sudu, garfu, bekas air dan pam susu dijadikan bahan mainan. Konsep : Ala-ala ibu baru dapat baby |
Bear tue terpaksa berlakon jadi 'baby'. Amani bancuh susu untuk baby yang sedang menangis .... |
Kesimpulannya, anak-anak akan cuba mengaplikasikan apa yang mereka lihat, dan dengar di sekeliling mereka. Jika kita memahami perkembangan awal kanak-kanak serta kepentingan enam tahun pertama, kita pasti akan menggunakan kesempatan ini untuk menanamkan minat anak terhadap ilmu pengetahuan di samping memastikan mereka membangun dengan baik dari segi fizikal, mental, rohani, emosi dan fisiologinya. Bak pepatah orang -orang tua "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan