Jumaat, 11 Januari 2013

~ New Regent Hotel & Restaurant

Sejak en suami kurang sihat, dah lama rasanya tak bawa anak-anak makan kat luar. (Walaupun hari-hari tapau makanan kat kedai ho ho hoh...). Petang tadi en suami yang bersuara nak makan kat luar..hah! tunggu apalagi, ok je la..hehe.

Kali nie, kami cuba makan di New Regent Hotel & Restaurant. Lagipun Aleesya kurang sihat. Masa keluar rumah pulak hujan renyai-renyai, jadi eloklah pergi makan kat restoran nie coz parking mudah dan pintu masuk ke restoran pun dekat. Biasanya kalau hujan waktu nak makan kat luar, comfirm tempat yang dituju adalah shopping mall sebab ada basement parking. Jadi tak kena hujan. Tapi kali nie tukar selera, lagipun bukan senang orang nak belanja makan kat hotel nie..huhu


Mode Nature Macro. 
Bagi nampak blur dekat belakang carrot juice tue. Testing kamera baru. hehe

Sodapnya Aleesya mamam biskut Marie. Kakak-kakaknya sibuk berebut mencicah keropok ikan. En suami pun kaaaaaalut berebut! hu hu

Ibu jer maintain cool. J
Makanan kat sini sedap-sedap. En suami makan nasi goreng dan saya cuba chicken chop & black paper sauce. Anak-anak tumpang makan jer. Rasanya lepas nie nak makan chicken chop saya akan cari kat New Regent nie sebab memang sedap. Harganya pun ok dalam RM 9.90/set. Lebih kurang harga kat kedai western biasakan. Dekat restoran Mama Chop & Papa Grill pun harga dalam RM12.90/set. Tapi saya lebih prefer chicken chop kat New Regent, rasanya lebih sedap. J Cubalah!



Nasi Goreng nie pun sedap. Tapi bagi anak-anak yang tak makan pedas, memang tak boleh makan nasi nie coz chef nie letak lada. Bila dah habis kunyah, baru terasa kepedasannya. Anak-anak saya memang makan pedas, jadi separuh nasi nie depa yang habiskan...bagus untuk diet abahkan! Makan separuh jer..hehe

Ini chicken chop saya. nampak menarikkan? memang terbaaaaikkk...
nyam nyam nyam ....






Tiada ulasan:

Entri Popular