Ahad, 20 Januari 2013

~ Pantai Merdeka (part ii) ~

Assalamualaikum

Nak cerita tentang pengalaman bermalam di resort yang tiba-tiba blackout. Grrrr!!!!! sangat geram + tak selesa + panas + nyamuk gigit. Bertambah angin bila call receptionist dan dimaklumkan blackout tue sekejap jer beberapa minit jer.....beberapa minit tue berlarutan sampai 3 jam. 

Dalam gelaplah terpaksa bancuh susu + tukar pampers + Min nak shhh kat bilik air. Anak-anak dah gelisah. Panas + gatal. Call receptionist kali kedua, ketiga dan seterusnya dah tak berangkat. Jam 1 pagi en suami keluar bilik terus ke bangunan receptionist yang terletak hampir 100 meter dari bilik penginapan kami. Nasib baiklah lampu jalan bernyala kalau tidak terpaksa suluh jalan dengan cahaya lampu handset. Bertambah Grrrrr bila tiada seorang pun staf di hadapan kaunter receptionist. Tau TAKUT!!! Bukan kami je yang marah bila jadi macam nie. Pengunjung lain pun sama. Tambah-tambah lagi yang ada nak kecik macam kami.

Dari jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi barulah elektrik ada. Barulah air-cond berfungsi. Anak-anak pun dapat tidur lena. Program pagi esok nak tengok matahari terbit tak kesampaian sebab anak-anak pun bangun lewat. Lepas cuci muka & gosok gigi (tak mandi pun hahahah) kami jalan-jalan tepi pantai hirup udara pagi..hmmm SEGAR! Air laut dah surut dan nampak pasirnya. Tak macam petang semalam, pasir pun tak nampak. Kesempatan nie, en suami bawa anak-anak jejalan atas pasir pantai. Pagi-pagi nie ada nelayan cuci-cuci bot, ada bot kecil di tengah lautan menjala mungkin, ada bot yang bergerak laju menuju ke Pulau Tanjung Dawai dan ada juga pengunjung bersama anak-anak mandi laut. Me? saya hanya mengambil kesempatan mengambil gambar yang cantik-cantik untuk diabadikan sebagai kenangan. Pemandangan di sini sangat cantik. Udara pun NYAMAN...J

NYAMAN...J

TENANG...
macam lukisan background kan? Subhanallah! Indahnya ciptaanNya 
Dah puas jalan-jalan dua princess nie nak mandi kat pool. Layan jer lah....Pagi-pagi nie pun ramai yang mandi kat pool. Sejuk pun dah tak kisah. Bayangkan pool tepi bukit dekat pantai memang suasana pagi SEJUK mak aiii..Tapi bebudak nie memang tak kisah tentang SEJUK janji dapat berendam dalam pool. mmmm.....sukahatilah...
selepas mandi di swimming pool, perlu bersihkan diri di shower nie. PERLU ke?
nanti balik bilik PERLU mandi sekali lagi dan bersabun..ha ini baru BETUL...Aleesya pun kena 'mandi bunga' kat shower nie...suka betul dia.

Dah bersiap-siap nak balik. Tengah tunggu moi Aleesya masak dalam rice cooker tue. Nampak tak rice cooker belakang Amani tue? rice cooker nie tak disediakan oleh pihak resort ok. Bawak sendiri + beras + carrot + bunga kubis. Moi nie akan dicampur dengan ikan bilis goreng yang dah siap di blender di rumah. Nak pastikan Aleesya tak meragam jadi kena jaga perutnya. Jadi kenala bawa benda-benda nie ke mana sahaja. Termasuk buaian. Dalam gambar nie tak ada buaian sebab dah simpan. ngee
Sebab moi lambat masak maka kami pun berposing la dulu. Jangan nyampah yer tengok gambar nie...huhu

Moi dah masak, barang pun dah simpan dalam bonet kereta, selesai checkout kat receptionist + bebel ketidakpuasan hati blackout semalam = ingat dapatla diskaun tapi tak dapat pun L


Selesai sudah percutian kali ini. Jom balik. bye

pppssstttt : nak g jalan-jalan kat tempat TSUNAMI pada 26 Disember 2004 yang menyayat hati. Tak pernah sampai lagipun kat tempat tue walaupun saya pun orang Kedah. Masa Tsunami melanda Kuala Muda nie, saya berada di satu shopping mall di Johor Bahru. Pada tahun tue saya belajar di UTM, Skudai. Saya dapat tahu kejadian nie pun melalui berita TV3 pada malamnya. Lepas tu gelabahlah telefon mak bertanyakan tentang kejadian tue. Kawasan kampung saya hanya terasa sedikit gegaran tetapi depa pun tak perasan gegaran tue adalah kesan daripada kejadian besar yang menimpa tempat lain.

Repilka yang dipagar bagi mengingatkan kejadian Tsunami tersebut. Kapal-kapal rosak inilah yang dilanda ombak Tsunami. Saya tak sempat nak snap gambar replika nie sebab Aleesya tidur atas riba dalam kereta. 
sumber gambar dari google 






Terima kasih sudi membaca entri ini. J

Tiada ulasan:

Entri Popular