Assalamualaikum
Cuti-Cuti Malaysia! Ahad depan negeri Kedah dapat cuti sehari sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke 85. Kesempatan itu juga, en suami membawa kami sekeluarga ke Merdeka Beach Resort di Pantai Merdeka. FULL! ‘Deluxe Orchid’ bilik penginapan yang kami dapat nie pun adalah bilik terakhir yang ada. Tiada pilihan, terpaksa ‘booking’ semalam sebelum kami bertolak pada petang hari Jumaat.
Gambar kat atas tue : baru jer sampai Sungai Petani, 3 lil princess nie dah tertidur. Min ngan si booolaaat tue dah belaga kepala masing-masing. Tapi still tak sedar. Share mimpi kot. muaaahaha
Gambar kat atas tue : baru jer sampai Sungai Petani, 3 lil princess nie dah tertidur. Min ngan si booolaaat tue dah belaga kepala masing-masing. Tapi still tak sedar. Share mimpi kot. muaaahaha
Sesampainya di resort, memang dah ramai orang yang check in. Dekat swimming pool pun dah ramai bawak anak-anak mandi. Kami terus ke bilik 301. Jauhnya dari bangunan pendaftaran. Resort kami ni paling hujung sekali berdekatan dengan bukit. Saya nie kalau dekat-dekat bukit nie macam takut sikit. Ye la dekat bukit tue macam-macam ada binatang buas dan 'antu' muaahaha takutkan diri sendiri. Tara! bilik nie mempunyai satu queen size & single bed. Tak sempat snap gambar sebelum katil-katil ini diubah mengikut selera kami sekeluarga.
Ramai juga pengunjung-pengunjung Pantai Merdeka kali ni. Ada yang pasang khemah dan nampak tak kat belakang tue? siap bawa buaian bayi.
"akhirnya burung belatuk tue cium Aleesya........" mmm agaknya itula cerita en suami pada Aleesya...hahahah |
Tak boleh mandi dan main pasir di tepi pantai, playground nie la tempat singgahan untuk bermain. |
Cuci mata sebelum balik resort. Banyak juga gerai-gerai pakaian, aksessori, mainan dan makanan dibuka. |
Lepas gian tak boleh mandi di pantai, mandi di swimming pool resort pun jadilah.. :) |
"Aleesya pun nak mandi.." |
Terdapat tiga swimming pool yang berbeza kedalamannya disediakan. Min dan Amani mandi di swimming pool kedua. Air tak dalam sangat hanya cecah lutut Min. Jam 7 petang, kami pun balik ke bilik. Cukup sudah aktiviti untuk hari pertama di resort nie. Aktiviti seterusnya kita tunggu entri ~ Pantai Merdeka (part ii) ~.
Layan . . .
Terima kasih sudi membaca entri ini. J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan