Hari ni hari ke enam dalam tahun baru. Tahun 2013. Saya tak sempat pun nak update entry pada hari pertama tahun 2013 nie macam orang lain. . Sampailah ke hari nie, barulah jari saya rajin menaip entry nie. Dalam otak nie tak tahu nak cerita tentang apa. Banyak benda yang berlaku sepanjang 6 hari pada awal tahun 2013 nie.
Y A S M I N
Yasmin dah mula pergi sekolah. Walaupun tahun nie merupakan tahun kedua yasmin pergi ke tadika, tapi liatnya bangun pagi tetap sama macam tahun lepas. Bila kejut tak nak bangun, siap cakap “ Min nak pi rumah tok Amaniiii” (pengasuh Amani dan Aleesya). Macam la kalau pergi rumah pengasuh tak payah bangun pagi. Mmmm....Amani dan Aleesya pulak yang senang bangun pagi. Tak payah kejut, asal orang sibuk nak siap-siap nak pergi kerja, comfirm dah bangun. Tapi diorang berdua nie mudah skit, bukak je channel 618 (24 jam cerita kartun) diorang dah melangut kat depan tv tue. Kadang-kadang Min tak sempat bangun lagi, adik dua orang nie dah bangun.
Eeeiiii liat sungguhla budak nie nak bangun. Terpaksala saya buang baju tidur Min sambil dia baring dengan mata terpejam rapat. Lepas tue angkat dia ke dalam bilik air. Masuk je dalam bilik air, dia dah duduk atas lantai bilik air tue. Buat-buat lembik... Dah macam orang nak bersujud dalam bilik air tue. Mata still pejam....suruh gosok gigi pun dia buat tak tahu, akhirnya saya yang gosokkan gigi dia sambil mata still pejam....”bukak mulut, tutup gigi rapat-rapat..ibu nak gosok nie”...grrrr.... sabar je la..siap mandikan Min, saya ingatkan dia dah boleh pakai baju sendiri. Mood malas lagi... spender, baju, seluar, sikat rambut, bubuh bedak semuanya saya kena pakaikan. Dah siap semua barulah dia bersuara “Min nak susu strawberry”....oOOO...sedarpun. ingatkan dalam mimpi lagi..mmmm....sampai hari ke berapalah kamu akan jadi macam nie? (biasanya en. suami yang akan hadapi situasi macam nie. Tapi disebabkan sekarang en. Suami kurang sihat jadi saya terpaksalah ambil alih tugas yang mengrrrr tue..huhu)
Yasmin dah bersedia nak ke sekolah. Seawal 7 pagi kena bertolak dari rumah. Kalau lewat tentu jammed kat depan sekolah min.
|
A M A N I
Amani macam biasa tahun nie still tinggal di rumah pengasuh. Tahun depan Amani akan melangkah ke tadika pada umur 4 tahun macam kakaknya Yasmin. Tahun nie je la Amani boleh bawak bantal dakap dan selimut busuk dia ke rumah pengasuh. Lepas tue sambung tidur kat rumah pengasuh bila saya hantar pagi-pagi sebelum ke tempat kerja. Lepas ni bantal dan selimut busuk tue kena gantikan dengan beg sekolah ye Amani.
A L E E S Y A
1 . 1 . 2013 Aleesya genap 7 bulan. Berat Aleesya dah 7.3 kg. Boooolaaat! Aleesya boooolaaat! Hehe...aleesya dah boleh merangkak dan berdiri di tepi sofa. Kadang-kadang dia akan memanjat belakang kakak-kakaknya yang sedang meniarap dan jadikan saya dan en. Suami sebagai ‘dahan’ untuk memanjat dan berdiri. Pergerakan dan perkembangan Aleesya agak cepat berbanding kakak-kakaknya dulu. Mungkin dia dikelilingi oleh kakak-kakak yang sudah besar, jadi dia hengaat dia pun dah besoooo...hohooo. Gigi pun dah tumbuh dua batang. Jadi saya tak perlu lenyek-lenyekkan sangat nasi moi dia sebab dia dah pandai mengunyah. J senang kerja ibu...
apala yang di ceritakan oleh Amani pada Aleesya. Sampai si Booolaat nie senyum bulattt... :)
|
Aleesya mula merangkak masa umurnya 6 bulan..bulan lepas la tue.. ALAMAK! nampak pampers la plak...buat-buat tak nampak yer korang..ngee |
nie dah start nak panjat sofa...berdiri pun tak LULUS lagi..nasib baikla ada tilam kat bawah tue. Kalau tidak Si boooolaaat nie jatuh atas l_n t_ i...tak pasal-pasal jer dapat sakit....mmm |
EN. Y U S Z A I N I
Melangkah ke tahun 2013 nie, agak suramla sikit sebab en. Suami yang kurang sihat. Dah seminggu en. Suami memerap dekat rumah. Doktor bagi MC hampir seminggu akibat sakit pinggang. Mungkin sakit pinggang tue kesan daripada tergelincir di kilang semasa en. Suami bertugas tiga minggu lepas. Dah tiga klinik en. Suami pergi check dan ambil ubat. Kali ketiga nie, doktor bagi ubat yang paling kuat dan kalau habis ubat nie pun sakit juga, en. Suami perlu scan bahagian yang sakit tue untuk tahu puncanya. Tarikh temujanji dengan doktor 13 Januari 2013 nie.
Dah tiga kali juga en. Suami berurut. Bapa mertua yang urutkan dan nampak tue macam en. Suami dah boleh tegakkan badan macam sediakala. Tak adalah badan dia nampak senget-senget lagi. Sebelum nie nak bangun dari tempat tidur pun tak boleh, jadi sayalah jadi ‘kren’ tolong angkat dan papah en. Suami ke bilik air. Bila tengok tulang belakang macam bengkok ke kiri sikit. Jadi bila berjalan tue badan en. Suami akan bengkok ke sebelah kiri juga. Risau tengok dia macam nie. Tidur tak selesa, duduk pun tak selesa..mmm sabar je la sayang..
Sebelum abah (panggilan untuk bapa mertua) urutka en. Suami, kami pergi berurut di Jitra. Tapi selepas berurut dengan tukang urut tue, en. Suami rasa lagi sakit dan bila saya pegang belakang dia ada macam ketulan keras. Mungkin urat masuk angin @ tukang urut tue silap urut. Sebabnya masa kami sampai di rumah tukang urut tue dah tengahari. Dalam pukul 12.00pm camtu. Patutnya tengah-tengah hari rembang macam nie tak sesuai untuk berurut tapi dia urut juga. Kami pun tak perasanla waktu macam tu tak sesuai sebab en. Suami tak tahan sakit jadi kalau lagi cepat berurut lagi cepat baik. Tapi sebaliknya pulak yang jadi. Sepatutnya tukang urut tue kenala bagitahu waktu macam tue tak sesuai @ mintak kami datang petang sikit. Lepas pada tue, saya dan en. Suami minta abah yang urutkan. Abah tinggal di Merbok agak jauh dari rumah jadi ingat nak cari tukang urut yang dekat dengan rumah. Kalau ada apa-apa nanti bolehla pergi cari tukang urut tue ja. Tapi akhirnya ke Merbok juga....huhu. Hari nie en. Suami dah mula bekerja walaupun pinggangnya masih sengal-sengal.
PN. N O R M I M I Z A L I L A
Saya ada azam baru. Tahun-tahun sebelumnya ada azam tapi ada yang tercapai dan ada yang tidak. Jadi azam saya tahun nie sangat banyak dan harapnya semuanya tercapai. Amin... ini azam saya..
i) jadi hamba yang taat pada Allah
ii) jadi isteri yang solehah pada en suami
iii) jadi anak yang baik pada ibu bapa/ibu bapa mertua
iv) jadi ibu mithali pada anak-anak
v) jadi pekerja yang rajin dan cemerlang pada warga JPBD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan