Khamis, 29 November 2012

~ Ohhh! Handset

Jam baru menunjukkan pukul 8.50 malam. Mata saya dah terkejit-kejit…pedih. Ngantuknya. Aleesya dah tidur. Yasmin asyik melayan cerita di TV9. Cerita Anakku Ghazali bukan cerita Anakku Sazali arahan P.Ramlee tue yer. Cerita nie versi  moden. Watak utama tentulah Ghazali yang dilakonkan oleh Ngasrizal Ngasri. Bapak Ghazali pun dilakonkan oleh Ngasrizal Ngasri. Cerita nie mengisahkan Ghazali yang sangat nakal dari kecil sehinggalah dewasa. Penceritaannya lebih kepada humor dan lawak. Tapi saya rasa cerita nie banyak lawak bodoh jer….huhu. Saya tak minat sangat cerita lawak bodoh nie kecuali MR. BEAN.


Mmm…maknanya?


Takde maknanya….Hwa hwa hwa.…

Dah…dah…CUKUP!!!!... Jari jemari saya yang runcing nie dah petik remote TV tukar ke channel 104 Astro Ria. MasterChef episod akhir malam nie. Peserta pun dah tinggal empat orang. (berani la tukar channel sebab Yasmin dah tertidur. Kalo dia tak tidur lagi, tentu dah terpancul muka kecut-kecut masam dan disusuli dengan heak heeak heeeaaaaaaakkkkkk reyau (menangis la).

Oklah korang.. Mukadimah di atas yang panjang berjela tue iklan jer yer hehe. Sebenarnya saya nak cerita kisah princess sulung saya hari nie. Pagi tadi yang agak sibuk (saya mekap tebal sikit hari nie sebab nak pergi buat kad pengenalan baru di Jabatan Pendaftaran Negeri. Kononnya nak gambar dalam ic tue nanti nampak cantik. Mmm cantikla saaangaaaaaTTTTT…ngee). Dah siap mekap, saya pun masukkan botol susu Aleesya, puting kosong Aleesya, mainan getah Aleesya, botol air masak Yasmin dan pensel warna Yasmin dalam beg. Kemudian saya capai handbeg merah saya tue dan beg barang anak-anak, masukkan ke dalam kereta. Saya suruh Yasmin naik kereta cepat sebab jam dah pukul 7.30 pagi (selalu paling lewat saya keluar rumah jam 7.20 pagi). Saya dukung Aleesya, buka almari kasut dan capai sandle warna merah. Kunci pintu rumah, letak Aleesya atas tilam yang dah tersedia di tempat duduk penumpang dan pastikan Yasmin dah naik kereta sepenuhnya. (kalau hanginnya mendung, sebelah kaki dalam kereta, sebelah lagi kat luar…silap haribulan tutup pintu kereta terkepit kaki hmmmm reyau lagi). Undur kereta, kunci pagar dan terus pecut ke rumah pengasuh. Pecutpun 40km/sejam jer sebab rumah pengasuh jauhnya beribu milimiter(MM) dari rumah saya (sebelah taman jer, hahahahaaaa). Eeeiii cam nak lempang jer pereka cerita tak bertauliah nie huhuhuuuu.

Lepas salam dan muaaahh muaaahh** saya pun memecutla bagai nak rak ke opis…Alhamdulillah selamat jugak sampai opis dan punch card jam 7.58 pagi…huiishh sib bek punch card tak merah, kalau tak…. dah tambah satu kerja nak isi borang sampai opis lewat dan cipta ntah apa-apa jer alasan. (tapi kalau korang nak tahu saya nie tergolong di dalam group pekerja yang berdedikasi sebab saya jarang sampai lewat ke opis kecuali bawak anak ke klinik. Bab-bab masa nie, setakat hari nie saya masih cemerlang hokeyyy!).

Bila dah duduk kat meja opis, biasala benda yang mula-mula yang akan saya keluarkan dari handbeg adalah handset..tapi gagau punya gagau tangan saya masih tak dapat pegang handset dalam handbeg tue…sah handset tertinggal kat rumah…dalam hati dah berbisik-bisik dah…”rehat nanti kena balik rumahla ambil handset. mmmm MALASNYA…”.

Jam 10 pagi :
En. Husband telefon opismate saya. Soalan cepu emas nie pun keluar
“mana handset?”.
Saya dengan penuh yakinnya menjawab “tertinggal kat rumah”.
“ye ke. Bukan dah bagi dekat min ke? Nak beli handset baru ke?”
“deekat Min?” dengan nada konfius…
“tadi Min hantar message kosong. Pastu abang telefon, min angkat. Dia cakap ibu tingal handset. Min bawak handset ibu”
Haaaaa….hoooooo…macam tue ek…maknanya ibu yang salah sebab tinggal handset dan Min macam penyelamatla sebab ambil handset ibu dan bawak ke rumah pengasuh….(mmmmm korang rasa macam mana?...konfius macam mana Min boleh ambil dan bawak handset tue).. masih dalam keadaan konfiusssss mmmmm..

Nampaknya waktu rehat nanti nak tak nak kena juga pergi rumah pengasuh ambil handset saya tue balik…dalam otak nie asyik terfikir jer saper la yang akan di ‘call’ dan di ‘message’ oleh Min. Melambungla bil bulan nie (tapi part nie saya tak risau sangat sebab bil telefon en. Husband yang bayar. Jadi yang harus risau adalah en. Husband hokey J)

12.30 tengahari :
Saya dah keluar opis. Nasib baik hari nie bos takde. Line clear…hohooooo…sesampai di rumah pengasuh, Min keluar. Nampak je wajah Min, saya terus terjah “Min ambil handset ibu ek? Tanpa jawapan, Min masuk dalam rumah dan cari sesuatu dalam handbeg dia…handbeg ok…handbeg ANGRY BIRD lagi….ada….terus saya ambil handset tue dan check kat inbox, send items dan call in/out. Bagus…en.husband tak perlu risau tentang bil yang akan melambung tue sebab Min  takde la buat banyak call out dan send message. Masa saya check handset tue,  banyak jugakla soalan saya pada Min. “macam mana la Min boleh ambil handset ibu nie?”Min ambil handset ibu dekat mana?””awat Min tak bitau kat ibu, Min ambil handset ibu?”bla bla bla bla…..(semua soklan saya tak ada jawapan).

TETIBA “Heakk heeakk heeeaakk nak balik. Min nak balik...” tetiba jugak rasa baju saya ditarik-tarik. Alamak! Budak manja nie terserot (tersentap) dah. Hati nipisnya tue dah tercalar. Makcik ngasuh cerita “tadi bila makcik tengok Min main handset, makcik tanyala handset sape tue, Min?” Min jawab “handset ibu”. Lepas tue, makcik cakapla jangan main handset tue, pergi simpan dalam beg...teeerus min terseroooot....mmmm macam tue pun nak amik hati Min nie...memang princess saya yang sulung nie mudah benor la terguris hati..itu belum tinggi suara atau marah yang betul-betul...

Puasla saya pujuk suruh dia duduk jap kat rumah ngasuh sampai habis waktu kerja. Tak makan saman betul budak nie...nak ikut balik jugak...siap meraung raung....makcik ngasuh tue pun pujuk “ diam..diam nanti orang dengar”. Makcik ngasuh tue tak tahu (mungkin dah tahu tapi dia tak cerita jer kat saya...ha ha ha haaa). Jiran keliling rumah mungkin dah bosan berjiran dengan kami anak-beranak sebab Min dan Amani memang kaki nangis...suara pulak tak payah guna mikrofon sebatu boleh dengar..ha amik kau!. Dah banyak kali pujuk tak menjadi jugak, akhirnya saya bawak Min naik kereta keluar cari pisang goreng. Dalam kereta Min bagi saya ayat nie “ibu baaiiik”. Senyum...pusing punya pusing goreng pisang takda jadi saya belikan je air kotak, biskut dan gula-gula...dalam hati “dah dapat gula-gula tue ok dah kot. bolehla hantar budak nie ke rumah ngasuh”.

Tak sempat pun stereng kereta tue menghala ke rumah pengasuh, terdengar ayat nie “Min nak balik rumah tok Min...” hah! Amik kau. Hang ingat dekat ke nak balik Bukit Selambau...akhirnya saya bagi dua pilihan nak pergi rumah ngasuh atau opis ibu. “opis ibu” (mmm dah agak jawapan tue L). Saya balik rumah, suruh Min tukar baju then bawak dia ke opis. Dalam perjalanan pergi opis “ibu, gheta (kereta) ibu cantikla”....senyum. mmm pandaila hang sebab dah berjaya ikut ibu ke opis...

mood: $@k!T j!w@...

Sabtu, 24 November 2012

RuMaHKu SyuRgaKu ~ Part i


Assalamualaikum…

BAB 1
Pada 10 May 2009, en.husband tandatangan Perjanjian Jual Beli rumah dengan Urus Sentosa Sdn. Bhd. Insuran Takaful Ikhlas merupakan insuran rumah yang en. Husband ambil. Insuran nie cover insuran nyawa dan insuran api. Insuran nyawa tue bermakna sekiranya pembeli meninggal, insuran ni akan bayar baki harga rumah yang ada. Manakala insuran api akan cover sekiranya berlaku kebakaran mana-mana sudut rumah kita…(saya harap dua-dua situasi nie tidak berlaku, terutamanya situasi nombor satu…tetiba sedih….dah jangan nak emo, hokey).

BAB 2
19 Jun 2009 baru dapat kelulusan daripada Bahagian Pinjaman  Perumahan Perbendaharaan Malaysia (sebulan juga untuk dapat tahu permohonan kita lulus ke tak). Selesai satu kerja…saya ingatkan selepas lulus pinjaman perumahan, kita bayar jer ansuran bulanan, rupanya belum lagi…next kena pulak bayar duit guaman RM ribu riban jugakla dikira 5% hingga 10% daripada harga rumah..(kadang-kadang ada skim perumahan, pembeli tak perlu bayar duit guaman…mungkin pemaju dah letak sekali dengan harga rumah. Untuk kes rumah saya, pembeli kena bayar sendiri di Pejabat Lawyer. Tapi kita boleh minta diskaun…(jadi kepada pembeli rumah, bawala sesape yang terror bab tawar menawar nie ke pejabat lawyer untuk dapatkan diskaun terendah. Kalau uolls sendiri memang terror bab nie, savela budget dalam pokek korang sebab tak perlu belanja ‘si peminta diskaun tue’ hahaaa)…

BAB 3
Selepas tue, kena pulak bayar denda dan tunggakan cukai tanah di Pejabat Tanah Daerah. Sepatutnya pemaju yang bayar sebab tunggakan ni pada tahun 2010 (masa pembinaan), kami belum dapat kunci rumah. Tanggungjawab pemaju hokey, tapi oleh kerana kami nak cepat, jadi terpaksa pejam mata dan bayar je la RM 165.00 (tak sabar nak masuk rumah sebenarnya. Hari-hari saya dan en.husband pergi round tengok status rumah kami tu. Dah macam mandor tapak pembinaan pulak rasanya..hehe).

Bulan Mac 2011, kami dapat kunci rumah. Tak dapat nak gambarkan betapa besarnya hati ada rumah sendiri….kembang kuncup kembang kuncup hidung tak sabar nak masuk rumah baru, paling penting boleh ketuk sana sini sesuka hati untuk mendeko-deko. Bila masuk rumah baru nie, semuanya harus baru hokey. Selalu orang salah faham termasukla saya huhu.. Kalau beli rumah baru selalunya orang ingat lampu, kipas, elektrik dan air dah ada sekali. Sebenarnya takde…saya ulang sekali lagi TAKDE!!! semua kemudahan-kemudahan asas tue kita kena buat permohonan di pejabat-pejabat berkaitan … di Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu bayar cagaran wang untuk bekalan elektrik sebanyak RM 280.00. Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. perlu bayar cagaran air sebanyak RM 150.00.

BAB 4
Sebelum dapat kunci rumah tue, saya dan en. Husband dah fikir dan rancang konsep rumah yang kami nak buat. Tiap hujung minggu mesti kami pergi rumah baru (masa tue dalam pembinaan…pulun kan…huhu) merenung setiap sudut rumah. Masa tue wajib bawak pelan lantai rumah, pensel dan tali pengukur. Saya dan en.husband dah tanda dan conteng-conteng kat mana nak letak lampu, kipas, air-cond, tv, mesin basuh, sofa, meja makan, katil, langsir dan bla bla bla blah…Tetiba kena jadi id designer. Okla untuk rumah sendirikan. Hasilnya mungkin tak sekreatif idea designer professional janji PUAS HATI dan SELESA.

Tapi hasil conteng-conteng tue penting sebab kita nak tahu dekat mana nak letak semua barang-barang nie dan paling penting kedudukan plug elektrik yang akan kita guna nanti. Untuk rumah kami ni, banyak juga plug-plug tambahan yang kami mintak dari pemaju tue. Setiap tambahan plug ni akan di charge hokey..takde benda yang free dalam donia nie…semua berbayar…huhu. Langsir saya jahit sendiri, simple-simple je. Janji malam-malam takde la orang nak sekodeng kami anak-beranak. Sebabnya rumah baru ni ruang tamunya ada dua sliding door jadi maklum je la kalau bukak lampu waktu malam orang luar akan nampak sebijik-sebijik apa orang dalam rumah buatkan…saya survey jugak harga langsir nie tapi semuanya mahal…akhirnya en. husband belikan saya mesin jahit dan saya jahit sendiri. Memang sangat berbaloi, lepas nie bolehla pergi belajar menjahit langsir. i Like! :)

Kipas dan lampu kena beli sendiri dan upah orang pasang..upah pasang kipas siling RM15.00/unit, lampu down light RM8/unit, lampu tidur RM20/sepasang, lampu meja makan RM30/unit (bergantung kepada saiz) dan kipas dinding RM15/unit. Pemasangan air-cond dibuat oleh orang lain plak..pasang memasang air-cond nie rupanya perlu ada kepakaran kalau tak, air-cond akan rosak sebab wiring tak betul..upah pasang air-cond agak mahal. Upah pasang air-cond di rumah saya RM180.00 (charge lebih sebab orang yang pasang air-cond tue cakap dia perlu buat dua kerja iaitu buka air-cond di rumah lama dan pasang semula di rumah baru…hokeyla janji dia pasang elok-elok dan kemas).

BAB 5
Bekalan air dan elektrik dah ada. Wiring dah siap. Rumah dah dicuci (kalau upah indon cuci RM250). Langsir dah pasang..maka kerja punggah-memunggah barang dari rumah lama ke rumah baru bermula (sewa lori RM180.00)… Sesi mengemas, mengatur dan menyusun barang dalam rumah mengambil masa hampir sebulan jugakla untuk kembali seperti sedia kala (kerja-kerja nie sangat memenatkan. Cukuplah sekali berpindah rumah…huhu. Kerja deko mendeko pulak mengambil masa 5 hingga 6 bulan jugak barulah tuan punya rumah berpuas hati.hehe….

BAB 6
Sekarang saya dan en.husband sedang membina taman mini untuk anak-anak bermain dan kami lepak-lepak waktu cuti (lagi pun ongkosnya baru ada. Kalau ikut hati yang kecik nie, banyak lagi perancangan untuk dibuat pada rumah nie seperti nak tambah bilik stor, bina loteng dan adakan air terjun mini depan sliding door. Impian besar, ongkosnya hanya ada kecil-kecil aja..hahaha)..

Nota : Tujuan entry ni adalah untuk berkongsi dengan sesaper di luar sana yang baru nak beli rumah… Untuk entry ni saya cerita dari mula beli rumah hingga masuk rumah. Semuanya dalam bentuk word (sesajer nak goreng uolls nie) tanpa grafik (bukti). Kalau rasa nak skodeng id rumah saya bolehlah lawati entry yang akan datang part ii, part iii dan seterusnya. Insya Allah next entry saya akan upload gambar (grafik). Takde la cantik sangat tapi just nak share…kalau ada yang sudi bagi cadangan dan komen sangatla dialu-alukan…

**Cipta KREATIVITI dengan ubi kentang


 Petang semalam, yasmin membuat satu permintaan.
“Ibu…nak cop…”
“cop?”
“ha…yang boleh cop-cop tue…” sambil tunjuk penumpuk tangan kanan  menekan-nekan telapak tangan kiri.
“ok…nanti ibu soh abah beli kaler ayaq dengan kertas lukisan, pastu min boleh cop banyak-banyak”
“ibuuuuu…naaaaak cooooooop” (> 3 kali)
“ok, min diam dulu!!! Nanti abah beli, ibu ajaqla min cop” (dengan nada grrrr)
Lagik panjang merengeeeeek…..hmmmm…tak faham la tue apa guna benda-benda yang saya sebut nie..sebenarnya saya teringat masa kecik-kecik dulu. Darjah berapa dah tak ingat. Masa tue cikgu ajar guna batang pisang, ubi kentang dan bawang besar untuk buat cop. Jadi rasa cam nak ajar min dan amani buat macam tue..tentu best….:)

Hari nie, dari pagi sampai tengahari yasmin mintak lagi.
“ibuuuuu…naaaaak cooooooop”.
Hmmmm…..”ok”.
Petang tadi hujan renyai-renyai. En. Husband terpaksa juga keluar untuk belikan barang-barang yang dah dijanjikan pada min tue..

Inilah barang-barang yang dah dibeli
Kertas lukisan RM 2.50
Kaler BUNCHO RM 8.00
Berus lukisan RM 1.20
Bekas bancuh kaler RM 0.70
Bawang besar dan ubi kentang terpaksalah saya selongkar dalam dapur saya..huhu
 

Ubi kentang tue saya potong kan mengikut corak bulat, empat segi sama, segiempat tepat dan try jugak buat corak bunga walaupun tak bopa nak jadi….haha.

Ini hasil kreativiti yasmin dan amani..jom layan..
khusyuk..
kelebihan kaler BUNCHO ni, kita tak perlu tambah air. Buka penutup tiub kaler tue terus letak kat berus, ratakan dekat ubi kentang tu dan cop...MUDAH
Terlebih kreatif!!! Dah abis atas kertas lukisan, tangan pulak jadi mangsa..
Tersusun…cantik!!! kreatif jugak anak ibu nie
Amani punyer!!!! Saaaangaaat kreatif. GGGRRRRRR!! Abislah meja ibu..(saya nak marah tak boleh sbb nie time untuk anak-anak tunjukkan kreativiti, jadi mimi bersabarlahhhh….huhu)
Bukan setakat meja, sinki pun habishhhh….nasib baik mudah dicuci..:)
Habis sudah aktiviti malam nie...
"min, best tak buat cop nie?"
"best"..berseri-serilah muka sebab permintaanya dah ditunaikan...
Akhirnya ibu yang penat kemas barang-barang atas meja tue, lap meja, cuci sinki, berus dan peralatan utk aktiviti kali nie...apapun ibu puas hati suka sebab min dan amani dah belajar sesuatu yang baru hari nie.:)


Khamis, 22 November 2012

APA ITU PARABENS?

Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adakah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi. PARABENS boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.

Parabens boleh didapati dalam syampu, krim pelembap, gel bercukur, gel pembersihan, pelincir peribadi dan ubat gigi, juga digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan. Contoh parabens dalam kosmetik adalah ethylparaben, butylparaben, Methylparaben, isobutylparaben dan propylparaben. Hah..sebelum ni saya tak pernah check kandungan ni dalam produk-produk harian yang saya guna. (jom pergi check sekarang semua produk dalam bilik air tuh!!!.ngee.) Nampaknya lepas nie berpinaula bijik mata dok menilik kandungan di belakang produk yang nak dibeli...

Nie kesan negatif daripada parabens:
i.       mempercepatkan proses penuaan kulit
ii.      meningkatkan risiko wanita membangunkan estrogen-positif kanser payudara
iii.     mengganggu sistem pembiakan lelaki

Jadi kalau uolls ada alami alahan atau kesan negative akibat penggunaan produk kosmetik seperti radang kulit, ruam serta kemerahan, kesan sensitiviti kulit dan sebagainya uolls boleh hubungi .

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel        : 03-78835400
Fax        : 03-79562924
Laman web    : http://www.bpfk.gov.my
@
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
Tel    : 03-78774741
Fax    : 03-78730636
Email        : info@standardsusers.org
Laman web    : www.standardsusers.org
Bilik air 1 : semua produk-produk yang ada nie BEBAS parabens :)

Bilik air 2 : ini pun BEBAS parabens...berpinau bijik mata saya menelek belakang boto-botol produk dalam bilik air saya nie. Apa-apapun sekarang saya tak perlu risau lagik. Semuanya boleh digunakan tanpa was-was..:)
Pesanan ikhlas dari saya : Sebelum uolls beli apa-apa produk kosmetik, uolls perlu pastikan produk yang dibeli adalah berkualiti dan selamat untuk digunakan.
Jangan sampai dah abis duit beli kosmetik… lepas tu pulak kena abiskan duit beli ubat sebab alahan akibat penggunaan kosmetik yang uolls tak beware kandungannya... :) 

Entri Popular