Alhamdulillah…hari
nie merupakan hari yang paling indah dalam hidup saya. 16.11.2012 anniversary ke-5 saya bersama en.husband. tup
tap tup tap dah lima tahun kami bersama. Banyak kenangan manis, suka duka yang
kami harungi bersama..dan sepanjang lima tahun perkahwinan nie kami dikurniakan
tiga orang cahayamata. Ketiga-tiganya adalah perempuan…inilah pengikat kasih
antara kami…
Untuk
anniversary kali nie, kami sambut bersama ‘orang baru’ iaitu baby Aleesya (5
bulan). Tak sempat nak planning untuk sambutan anniversary nie, jadi petang
tadi saya dan en. Husband bawak anak-anak makan di restoran jer. Yang bestnya
restoran nie saya dan en.husband tak pernah pergi lagik..jadi sempena
anniversary nie kami pun tryla menjamu selera di sana. Restoran nie namanya
Restoran Bunga Naga. Terletak di Kanpung Lubuk Batu, Jalan Wang Tepus, kira-kira
3m dari susur keluar Lebuhraya Bandar Darulaman, Jitra. Menariknya restoran nie
bertemakan buah NAGA. Dari menu minuman hinggalah masakan, kebanyakkannya
bertemakan buah NAGA. Selain itu, kedudukan restoran nie betul2 di atas bukit,
jadi untuk naik ke restoran tersebut perlulah mendaki bukit sedikit yer…sesaper
yang sakit kaki @ malas nak exercise panjat bukit xdapatlah makan di restoran
ni sebab parking yang disediakan adalah di bawah bukit. (tp mudah parking
disini sbb parking yang disediakan agak luas dan selesa).
di tempat parking |
Baby Aleesya yang boooolat |
kali nie baby aleesya yang akan order, ok.... |
hari ni nak try daging rusa...1st time makan nie |
saya try jus naga....manis....saangatttt manis....(saya kurang suka manis, jadi jus nie 'not my taste' huhu.....) |
nampak macam sikit tapi sebenarnya sgt banyak untuk kami bertiga... |
Menu
yang kami order hari nie semuanya sedap2 (sesuai la dengan tekak saya dan en. Husband).
Maknanya lain kali boleh datang lagik…
Inilah
menu yang kami makan hari nie dan harganya…
Daging
rusa masak Black Pepper RM10.00
Sotong
Goreng Tepung RM11.00
Telur
dadar 2 biji RM2.00
Tomyam
Campur RM12.00
Nasi
putih RM2.00 (2 pinggan)
Jus
Naga RM2.50
Nescafe
Panas RM1.60
Semuanya
berjumlah RM41.00….(takdalah mahal sangat sebab hidangan yang kami order tue
boleh makan 3-4 orang…tapi tadi kami belasah jer makan 2 orang…Amani pun makan
sikit jer….perutpun sangatttt keenyangggggg……..kalo ada Yasmin okla sebab
Yasmin pun kuat makan…tapi hari nie Yasmin takda sebab sejak start cuti
sekolah, dia dah balik kampung. (rinduuuuu kat min…..huhu).
Sebelum
balik sempat lagik la kami 4 beranak berposing….perut dah kenyang…hatipun
gumbira…….:)
depan pintu masuk ke restoran |
kenyang sudahhhh.... |
sebelum naik kereta sempat lagik amani posing dengan muka 'kiut'nya tue... |
Apapun semoga anniversary kali ini
lebih mengeratkan perhubungan antara saya dan en.husband serta anak-anak.
Doa seorang isteri.......
Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu
Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan