Assalamualaikum…
BAB
1
Pada 10 May 2009, en.husband tandatangan
Perjanjian Jual Beli rumah dengan Urus Sentosa Sdn. Bhd. Insuran Takaful Ikhlas
merupakan insuran rumah yang en. Husband ambil. Insuran nie cover insuran nyawa
dan insuran api. Insuran nyawa tue bermakna sekiranya pembeli meninggal,
insuran ni akan bayar baki harga rumah yang ada. Manakala insuran api akan
cover sekiranya berlaku kebakaran mana-mana sudut rumah kita…(saya harap
dua-dua situasi nie tidak berlaku, terutamanya situasi nombor satu…tetiba
sedih….dah jangan nak emo, hokey).
BAB
2
19 Jun 2009 baru dapat kelulusan daripada
Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia (sebulan juga untuk dapat tahu permohonan kita lulus ke
tak). Selesai satu kerja…saya ingatkan selepas lulus pinjaman perumahan, kita
bayar jer ansuran bulanan, rupanya belum lagi…next kena pulak bayar duit guaman
RM ribu riban jugakla dikira 5% hingga 10% daripada harga rumah..(kadang-kadang
ada skim perumahan, pembeli tak perlu bayar duit guaman…mungkin pemaju dah
letak sekali dengan harga rumah. Untuk kes rumah saya, pembeli kena bayar
sendiri di Pejabat Lawyer. Tapi kita boleh minta diskaun…(jadi kepada pembeli
rumah, bawala sesape yang terror bab tawar menawar nie ke pejabat lawyer untuk
dapatkan diskaun terendah. Kalau uolls sendiri memang terror bab nie, savela
budget dalam pokek korang sebab tak perlu belanja ‘si peminta diskaun tue’ hahaaa)…
BAB
3
Selepas tue, kena pulak bayar denda dan
tunggakan cukai tanah di Pejabat Tanah Daerah. Sepatutnya pemaju yang bayar
sebab tunggakan ni pada tahun 2010 (masa pembinaan), kami belum dapat kunci
rumah. Tanggungjawab pemaju hokey, tapi oleh kerana kami nak cepat, jadi
terpaksa pejam mata dan bayar je la RM 165.00 (tak sabar nak masuk rumah
sebenarnya. Hari-hari saya dan en.husband pergi round tengok status rumah kami
tu. Dah macam mandor tapak pembinaan pulak rasanya..hehe).
Bulan Mac 2011, kami dapat kunci rumah. Tak
dapat nak gambarkan betapa besarnya hati ada rumah sendiri….kembang kuncup
kembang kuncup hidung tak sabar nak masuk rumah baru, paling penting boleh
ketuk sana sini sesuka hati untuk mendeko-deko. Bila masuk rumah baru nie,
semuanya harus baru hokey. Selalu orang salah faham termasukla saya huhu..
Kalau beli rumah baru selalunya orang ingat lampu, kipas, elektrik dan air dah
ada sekali. Sebenarnya takde…saya ulang sekali lagi TAKDE!!! semua
kemudahan-kemudahan asas tue kita kena buat permohonan di pejabat-pejabat
berkaitan … di Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu bayar cagaran wang untuk
bekalan elektrik sebanyak RM 280.00. Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. perlu
bayar cagaran air sebanyak RM 150.00.
BAB 4
Sebelum dapat kunci rumah tue, saya dan en.
Husband dah fikir dan rancang konsep rumah yang kami nak buat. Tiap hujung
minggu mesti kami pergi rumah baru (masa tue dalam pembinaan…pulun kan…huhu)
merenung setiap sudut rumah. Masa tue wajib bawak pelan lantai rumah, pensel
dan tali pengukur. Saya dan en.husband dah tanda dan conteng-conteng kat mana
nak letak lampu, kipas, air-cond, tv, mesin basuh, sofa, meja makan, katil,
langsir dan bla bla bla blah…Tetiba kena jadi id designer. Okla untuk
rumah sendirikan. Hasilnya mungkin tak sekreatif idea designer professional
janji PUAS HATI dan SELESA.
Tapi hasil conteng-conteng tue penting sebab
kita nak tahu dekat mana nak letak semua barang-barang nie dan paling penting
kedudukan plug elektrik yang akan kita guna nanti. Untuk rumah kami ni, banyak
juga plug-plug tambahan yang kami mintak dari pemaju tue. Setiap tambahan plug
ni akan di charge hokey..takde benda yang free dalam donia nie…semua
berbayar…huhu. Langsir saya jahit sendiri, simple-simple je. Janji
malam-malam takde la orang nak sekodeng kami anak-beranak. Sebabnya rumah baru
ni ruang tamunya ada dua sliding door jadi maklum je la kalau bukak lampu waktu
malam orang luar akan nampak sebijik-sebijik apa orang dalam rumah buatkan…saya
survey jugak harga langsir nie tapi semuanya mahal…akhirnya en. husband belikan
saya mesin jahit dan saya jahit sendiri. Memang sangat berbaloi, lepas nie
bolehla pergi belajar menjahit langsir. i Like! :)
Kipas dan lampu kena beli sendiri dan upah
orang pasang..upah pasang kipas siling RM15.00/unit, lampu down light RM8/unit,
lampu tidur RM20/sepasang, lampu meja makan RM30/unit (bergantung kepada saiz)
dan kipas dinding RM15/unit. Pemasangan air-cond dibuat oleh orang lain
plak..pasang memasang air-cond nie rupanya perlu ada kepakaran kalau tak,
air-cond akan rosak sebab wiring tak betul..upah pasang air-cond agak mahal.
Upah pasang air-cond di rumah saya RM180.00 (charge lebih sebab orang yang
pasang air-cond tue cakap dia perlu buat dua kerja iaitu buka air-cond di rumah
lama dan pasang semula di rumah baru…hokeyla janji dia pasang elok-elok dan
kemas).
BAB
5
Bekalan air dan elektrik dah ada. Wiring dah
siap. Rumah dah dicuci (kalau upah indon cuci RM250). Langsir dah pasang..maka
kerja punggah-memunggah barang dari rumah lama ke rumah baru bermula (sewa lori
RM180.00)… Sesi mengemas, mengatur dan menyusun barang dalam rumah mengambil
masa hampir sebulan jugakla untuk kembali seperti sedia kala (kerja-kerja
nie sangat memenatkan. Cukuplah sekali berpindah rumah…huhu. Kerja deko
mendeko pulak mengambil masa 5 hingga 6 bulan jugak barulah tuan punya rumah
berpuas hati.hehe….
BAB
6
Sekarang saya dan
en.husband sedang membina taman mini untuk anak-anak bermain dan kami
lepak-lepak waktu cuti (lagi pun ongkosnya baru ada. Kalau ikut hati yang kecik
nie, banyak lagi perancangan untuk dibuat pada rumah nie seperti nak tambah
bilik stor, bina loteng dan adakan air terjun mini depan sliding door. Impian
besar, ongkosnya hanya ada kecil-kecil aja..hahaha)..
Nota : Tujuan entry
ni adalah untuk berkongsi dengan sesaper di luar sana yang baru nak beli rumah…
Untuk entry ni saya cerita dari mula beli rumah hingga masuk rumah. Semuanya
dalam bentuk word (sesajer nak goreng uolls nie) tanpa grafik (bukti). Kalau
rasa nak skodeng id rumah saya bolehlah lawati entry yang akan datang part ii,
part iii dan seterusnya. Insya Allah next entry saya akan upload gambar
(grafik). Takde la cantik sangat tapi just nak share…kalau ada yang sudi bagi
cadangan dan komen sangatla dialu-alukan…
2 ulasan:
Salam.boleh beri contact number utk orang yang pasang aircond tu.saya pun nk masuk rmh baru ni.tinggal di area alor setar jugak.tq
wsalam. minta maaf la saya pun dah tak ada no.phone orang tue.
Catat Ulasan