Selasa, 11 Februari 2014

Azam 2014

Assalamualaikum

 Ingat lagi tak owner blog nie? Meh meh meh.....(Yasmin dah jadi anak dara tau) ๐Ÿ˜Š

Hai korang! Apa azam baru korang tahun 2014 ni? Mesti ada yang ambil balik azam tahun lepas yang masih xberjaya. Ada yang mula buat azam baru yang baru dan ada yang tak ada azam pun. Apa-apapun harap korang semua semakin berjaya dari tahun ke tahun. Poyo jer kan dah masuk bulan Februari baru nak cerita azam baru. Tapi korang be positif....kalo yang tak ada azam tu cepat2la fikir nak buat apa tahun nie utk tingkatkan kejayaan dalam hidup kita. Hidup kita nie mesti ada azam, ada angan-angan biarpun angan-angan Mat Jenin. Dengan adanya azam nie lah baru kita tahu hala tuju, usaha yang perlu dilakukan dan penentuan kejayaan dalam hidup kita. 

Dah lama tak karang ayat dalam blog. Tetiba rasa macam tak da idea. Itulah sejak dapat android hadiah dari en husband Disember tahun lepas, blog nie tetiba di anaktirikan...huhu. Banyak aktiviti dan kisah yang berlaku sepanjang sebulan dua nie tapi semuanya hanya ter update dalam fb dan instagram. Terleka sejenak dengan instagram. Maklumlah baru dapat gadget baru dan software yang lagi mudah nak update, terlupala sekejap diari blogging ni. Tapi yang pasti macammana canggihpun software baru yang muncul, blog tetap yang terbaik untuk tujuan 'search', huraian kisah yang terperinci, gambar yang lebih banyak dan puas ditatap (screen besar-tgk dlm pc), ilmu yang padat (dlm fb byk ilmu tp bila kita nak link kepada hal berkaitan xboleh), iklan pun best lagi tgk kt blog+padat dengan informasi) dan banyak lagi lah...๐Ÿ˜‰

Kesimpulannya saya akan tetap setia menulis di sini. Tahun nie azam saya nak lebih berjaya dari tahun lepas (sama jer ayat tue dr tahun2 sebelumnya...korang menyampah tak? Muahaha....azam tahun nie, ada tapi biarlah rahsia.....hehe...Jangan marahhhhhhh๐Ÿ˜œ)

 Budak booolatt nie pun dah makin booolaaaaat dan dah besar. Semuanya nak buat sendiri. Dah pandai bergaduh dengan dua kakaknya. Siap berbalas-balas cubit mencubit, tampar menampar, tarik menarik, rebut merebut, jerit menjerit dan apa yang kakak-kakak buat harus dia TIRU! Pening arrrr.....hehe

 See! Dari jauh nampak nak sama besar dah Amani dan Aleesya

Gambar nie lagi la....nampakkan 3 princess nie nak sama besar dan mcm sebaya. Kalo tiga2 duduk dalam troli supermarket tue, ramai dah tegur  kembar 3 ke? Huhu

Nanti saya update lagi yer.. jangan malu-malu singgahla ke blog nie lagi nanti. Terima kasih pada yang sentiasa berkunjung ke blog nie walaupun tuannya menyepi seketika. ๐Ÿ˜†

Smile alway!

Entri Popular