Selasa, 12 November 2013

Apa yang menarik tu?

Assalamualaikum
Musim hujan dah kembali..Semua tanaman dah tak perlu disiram. Cuaca pun dah tak panas membahang. Sejuk ja mata memandang ke taman luar rumah. Nak-nak lagi, cermin sliding door baru dicuci. Nampak macam tak ada cermin. Kalau dibukak grill tue, comfirm ada orang terlanggar pintu cermin sliding door tue.(nak bitau betapa bersihnya sliding door bila dicuci...hehe).

Cerita diatas tue, tak adalah menarik sangat. Yang paling menarik meh tengok nie!

-


-



-




-




-



Tara....

Sekuntum bunga mawar merah.....

Bagi pengemar roses, ha! ini memang cerita menarik. Pokok bunga rose ku berbunga lagi. Hehe (nyampah ker? hehe. Sukahatilah sesiapa yang menyampah tue. Sebab i like roses! :b)

Cewi kan? Sekuntum jer pun bunganya. Tapi riuh sekampung. Haha....

Tahu.... J
Korang tentu lagi menyampah sebab entri kali nie saya hanya nak cerita tentang bunga nan sekuntum tue jer kan?


Mmmmm... nasib la korang. 
:b


Sabtu, 9 November 2013

Playground Menara Alor Setar

Assalamualaikum
Dah lama en husband menabur janji kepada my little princess nak bawak jalan-jalan dan bermain di playground Menara Alor Setar. Tapi Khamis lepas baru dapat tunaikan janji-janji yang sering diungkit-ungkit oleh Min dan Mani. Lepas balik dari kerja (nasib baik hari Khamis balik awal), kami sekeluarga ke playground bersebelahan Menara tue.
Rupanya pada waktu petang, suasana di playground nie sangat meriah. Terdapat banyak gerai jualan yang menjual makanan, barang mainan, pakaian dan kemudahan sewa kereta dan motorsikal mainan untuk anak-anak. 

Min dan Amani memang menjeling jugak tengok motor dan kereta mainan yang disewa tue. Tapi saya dan en husband buat tak tahu je. Kalo melayan, pukul 6pm belum tentu boleh balik rumah. Mungkim lain kali boleh datang lagi tapi datang awal sikit atau datang malam terus. Khamis hari tue harus balik awal sebab nak tengok episod akhir Mr Arrogant.😊 




Bawah menara Alor Setar nie ada kolam ikan. Banyak giler ikan koi. Pantang dengar suara orang terus jer ikan-ikan tue datang ke arah kita. Bukan sekor dua, tapi beratus ekor. Lapar agaknya...

Aleesya suka benor la tengok gelagat ikan-ikan tue sampaikan dia panjat naik ke atas tebing dinding kolam tue. Haisshhhhh! kus semangat tau tengok dia panjat macam tue. Risau ler takut jatuh dalam kolam ikan tue, tak pasal-pasal ikan tue datang gigit anak i... Mmmmm 

Tengokla banyakkan ikan? Pantang dipanggil, semuanya datang. Tapi maafla yer makanan untukmu ikan tak ada. Sian pulak tengok ikan-ikan tue.

Psssstttt: Petang tadi kami sekeluarga pergi lagi taman tue. 3 princess tue nak main dalam rumah belon. RM 5/orang. Boleh main sampai letih dan cemuih! hehe. Mula-mula Amani masuk, saya bayar RM5. Tapi Amani kejap nak main kejap tak nak main. Akhirnya Penjaga rumah belon tue cakap xyah bayar la. Takut nanti dia tak nak main pun. Kemudian Min plak teruja nak main. Jadi saya bayar RM5. Akhirnya Amani dan Aleesya dapat main free.

Selasa, 5 November 2013

Sambutan Cuti Maal Hijrah!

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah! Berminggu jugak tinggalkan laman blog nie. Bukan tak rindu nak berblogging tapi desakan kerja dan keterbatasan waktu yang ada membuatkan saya terpaksa meninggalkan laman blog ini buat seketika. Tapi jangan risau! (ecece....perasan jer lebih...ada sesaper kesah saya nak berblog ke tak? huhu). 

Saya tak akan tinggalkan laman blog yang ada ini buat selama-lamanya walaupun sekarang nie banyak laman sosial baru diperkenalkan dan mudah untuk dilayari. Selain facebook dan twitter, aplikasi terbaru untuk pengguna android seperti BBM, kakotalk, wechat, line, whatsapp dan banyak lagi aplikasi laman sosial yang terbaru dan mudah untuk digunakan menjadi pilihan pengguna. 

Bagi saya laman blog umpama sebuah buku sejarah yang akan mengabdikan segala kisah kehidupan saya sekeluarga dari tahun 2012 sehinggalah saya tiada nanti. Mana tahu suatu masa nanti cucu cicit saya ingin tahu kisah ibu @ atok neneknya sebelum ini. Tak perlulah anak-anak saya (yang mungkin ingat-ingat lupa kisah-kisah mereka sewaktu kecil hinggalah dewasa) memerah otak untuk mengingati semula kisah mereka untuk diceritakan kepada anak-anak mereka nanti. 'Just click' untuk buka kembali kisah-kisah lama (che wahhh! :b). Oklah tak payahlah nak feeling-feeling sangatkan, jom tengok apakah pengisian aktiviti sempena cuti Maal Hijrah hari ini.

Pagi nie, breakfast en husband cari dekat pasar iaitu roti canai. Sangat 'fast' kan. Haha. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dah boleh mengadap breakfast tanpa perlu bersusah payah membuka peti sejuk dan memanaskan dapur untuk menyediakan menu pagi hari nie. 

Bahagianya kalau hari-hari bangun pagi terasa lapar, mengadap jer meja makan dah terhidang makanan. Lepas makan sambung tidur, tengahari bangun, lapar lagi mengadap meja makan, tersedia hidangan tengahari plak. Wah-wah! bahagianya hidup.....Cukup sebulan macam tue, terus dah boleh kawan dengan garfield. Badan besar comel taaaapi rupanya kucing yang MAAALAS! Hahaha. Makan tidur..makan tidur ...itu namanya pemalas! kan? kan? kan? 

Lepas pekena roti canai dan air kopi, aktiviti pagi bermula. Sejak masuk ke rumah nie (hampir 2 tahun lebih), tak pernah lagi saya dan en husband cuci segala pintu dan tingkap rumah  nie termasuklah langsir. Bersawang merata tempat dan dinding pun dah berdebu. Kerja-kerja dalam rumah seperti turunkan langsir, mop lantai, cuci dinding dan vakum lantai, semuanya diuruskan oleh en husband. Saya plak settlekan cuci tingkap, pintu, sliding door, lantai luar dan mendobi langsir.

Inilah rupanya 'kedai dobi' belakang rumah saya. Sekejap jer dah kering langsir-langsir nie. Kalau tahu mudah kering, lepas mesin, tak perlulah saya dan en husband gantung langsir dekat luar nie, boleh terus jer gantung balik di tempat asalkan (ini kerja malas si garfield tadi tue ek, saya tak campur...huhu).

Bila langsir-langsir bergantungan dekat belakang nie, teduhlah sikit bahagian dapur nie. Min dan Amani pun boleh main dan tidur atas buaian nie.

Settle semua kerja mencuci dan mendobi, kami ke kedai makan ALIHAS, Jalan Kuala Kedah. Teringat ketam masak lemak cili apinya yang sedap dan lemak. Kebetulan Pikah pun datang rumah saya dari kelmarin, jadi kami semua makan luar lah tengahari nie. Nak masak memang tak rajin dah. Lagipun air paip pun slow jer. Takut plak tak sempat nak cuci pinggan mangkuk, periuk belanga.

Sejak paip pecah di Simpang Kuala, air paip kejap ada kejap tak ada. Dua hari lepas, tak ada air langsung, jadi kami terpaksa pergi mandi di rumah mak su (adik my mil). Nasib baik ada juga rumah saudara mara dekat-dekat, bolehla tumpang di kala ada kesusahan. :)

Tapi hari nie, walaupun air slow, rajin plak mencuci dan mendobi bagaikan? Hahaha...nak buat camner dah 'kerajinan' tu datang tak dijemput, jadi kena layankan jer. Takut-takut nanti 5-6 tahun baru 'kerajinan' tue datang, bertambah-tambahla sawang dalam rumah dan kalau nasib tak baik, kain langsir pun dah reput. Mmmmm masa tue nak cuci @ mendobi kira kirim salam la ek! Baik tukar yang baru terus. :b

Tapi sayang la , hari nie ketam masak lemak tak ada, yang ada ketam goreng tepung jer. Kira bolehla...janji ketam. Ini pinggan saya, ketam goreng setengah ekor jer sebab besar giler ketam tue. Nak gigit kulit ambil isi pun payah tau. Kena nganga mulut besar-besar takut nanti ketam tue plak yang gigit mulut saya. Huhu

Ini sesi petang, dah kering semua langsir, sesi memasang semula.

Bila tak ada langsir, rasa cerah dan bergaung satu rumah bila bercakap. Amani dan Min plak asyik bergaduh jer berebut 'kereta merah' tue. Box simpan barang tue pun boleh buat main macam kereta.

Tahulah bila bergaduh, Amani umpan nak tarik perhatian saya dan en husband supaya menangkannya adalah suara 'gemersik kalbu'nya tu. Bising dan bingit telinga bila Amani nangis nak box tue dari Min. Adoila....dah la bila bercakap pun macam bergaung telinga, inikan pulak tangisan yang kuat. Sakit jiwa raga ku. Akhirnya kena menangkan Amani dan mintak Min berikan 'kereta merah' tue pada Amani. Min biasalah tarik mulut mooooncoooooong! (Eh! korang samala mooooncoooong mulut korang dengan Min. Hahaha)

Lepas settle pasangkan balik langsir, muncul plak idea baru nak alihkan perabot di bilik belakang dengan bilik Min. Tapi tak nak cerita dalam entri nie sebab tak sempat nak ambil gambar transformation yang jadi pada kedua-dua bilik tue. Nanti kalau cerita tanpa gambar, korang tak percaya plak kan? :b

Lepas buat transformation bilik, sekali lagi kami keluar makan malam di luar. tapi kali nie, Pikah dah tak join sebab lepas makan tengahari tadi, dia terus balik kampung. Sementara menunggu hidangan yang di order siap, sempatlah en husband melayan princess-princess nie berjalan-jalan sekitar kedai makan Pondok Skot, di Jalan Lencong Barat.

Makanan blom sampai. Tapi berposing sakan dah. Ok lah setakat itu saja dulu kisah cuti hari. 

Tajuknya sambutankan? Tak yahla buat muka pelik sangat...sambutan hijrah kali nie, dah tentulah dari xrajin, xpeduli tentang langsir, tingkap, pintu dan dinding rumah kepada rajin uruskan semua tue tanpa perlu nak upah maid indon belakang rumah saya tue. Ok? :)

Entri Popular