Sabtu, 9 November 2013

Playground Menara Alor Setar

Assalamualaikum
Dah lama en husband menabur janji kepada my little princess nak bawak jalan-jalan dan bermain di playground Menara Alor Setar. Tapi Khamis lepas baru dapat tunaikan janji-janji yang sering diungkit-ungkit oleh Min dan Mani. Lepas balik dari kerja (nasib baik hari Khamis balik awal), kami sekeluarga ke playground bersebelahan Menara tue.
Rupanya pada waktu petang, suasana di playground nie sangat meriah. Terdapat banyak gerai jualan yang menjual makanan, barang mainan, pakaian dan kemudahan sewa kereta dan motorsikal mainan untuk anak-anak. 

Min dan Amani memang menjeling jugak tengok motor dan kereta mainan yang disewa tue. Tapi saya dan en husband buat tak tahu je. Kalo melayan, pukul 6pm belum tentu boleh balik rumah. Mungkim lain kali boleh datang lagi tapi datang awal sikit atau datang malam terus. Khamis hari tue harus balik awal sebab nak tengok episod akhir Mr Arrogant.😊 




Bawah menara Alor Setar nie ada kolam ikan. Banyak giler ikan koi. Pantang dengar suara orang terus jer ikan-ikan tue datang ke arah kita. Bukan sekor dua, tapi beratus ekor. Lapar agaknya...

Aleesya suka benor la tengok gelagat ikan-ikan tue sampaikan dia panjat naik ke atas tebing dinding kolam tue. Haisshhhhh! kus semangat tau tengok dia panjat macam tue. Risau ler takut jatuh dalam kolam ikan tue, tak pasal-pasal ikan tue datang gigit anak i... Mmmmm 

Tengokla banyakkan ikan? Pantang dipanggil, semuanya datang. Tapi maafla yer makanan untukmu ikan tak ada. Sian pulak tengok ikan-ikan tue.

Psssstttt: Petang tadi kami sekeluarga pergi lagi taman tue. 3 princess tue nak main dalam rumah belon. RM 5/orang. Boleh main sampai letih dan cemuih! hehe. Mula-mula Amani masuk, saya bayar RM5. Tapi Amani kejap nak main kejap tak nak main. Akhirnya Penjaga rumah belon tue cakap xyah bayar la. Takut nanti dia tak nak main pun. Kemudian Min plak teruja nak main. Jadi saya bayar RM5. Akhirnya Amani dan Aleesya dapat main free.

Tiada ulasan:

Entri Popular