Selasa, 9 April 2013

Landskap Pokok Bunga Kertas

Assalamualaikum

Pokok Bunga Kertas atau dikenali dengan nama bougainvillea mempunyai bunga berwarna warni yang akan berkembang sepanjang tahun. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna warni yang cantik, tahan lama, mudah dijaga dan pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun. Pokok bunga kertas ini juga boleh menghasilkan pokok bonsai renek dengan satu batang pokok dengan beberapa dahan bunga yang pelbagai warna.

Saya sangat teruja melihat keindahan dan kecantikan pokok-pokok bunga kertas ini. Disini saya ingin kongsikan idea penataan pokok bunga kertas dengan pelbagai variasi warna. 
Hebatnya kalau saya dapat buat macam nie. Agak-agak berapa tahun pokok bunga kertas boleh jadi macam nie?
Ini pun cantik. Buat pagar rumah. Tak perlu bazir duit buat pagar mahal-mahal. Beli anak pokok bunga kertas RM6 hingga RM8/ polybag dan tanam. Rasanya untuk sebelah pagar perlu 21 pokok X RM 6.00 = RM126.00 . Dengan jarak penanaman lebih kurang 3 kaki, bagi saiz lot kediaman 40' X 63' (ini  contoh saiz lot teratak kecil saya )
Pokok bunga kertas di gabungkan dengan pelbagai tanaman hijau menghiasi laman tepi kediaman. Simple dan teratur. 
Wow! pintu gerbang hanya dengan dua pokok bunga kertas. Bajet retis nie. Bajet rendah tapi perlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk menunggu ia menjadi begini rimbun dan cantik.
Ha ini pun cantik. Simple dan nice to see. Yeah!
Ini dipanggil bonzai pokok bunga kertas. Gabungan pelbagai variasi warna. 
Cer bayangkan plastik bag warna merah yang direnyuk-renyuk. Macammana la ghopanya kan. Haha..
Ini original tau pokok bunga kertas warna pink. Sangat menarik dan cantik.
Kalau ada kerusi atau buaian di laman, boleh letakkan sepokok bunga kertas di tepinya. Terus menyerlahkan ruang tersebut. Nak bersantai pun best jer. Cer bayangkan....bayangkan..ZZZZZZZzzzzzz. (tidur sudah...)
Sumber : Facebook Jardines y Paisajes
Kebanyakkan idea landskap berasaskan pokok bunga kertas di dalam gambar di atas adalah di luar negara. Walaubagaimanapun, saya rasa di Malaysia kita boleh menggunakan idea-idea ini untuk mewujudkan rekabentuk pokok bunga kertas yang menarik di halaman atau di sekitar kediaman kita. Pokok bunga kertas ini sangat sesuai dengan iklim panas di negara kita dan mudah dijaga. Cara penanamannya juga sangat mudah iaitu melalui batang pokok. Kita perlu cucukkan batang pokok bunga kertas ini didalam pasu bunga atau di atas tanah. Cara menjaganya adalah meletakkan baja 2 kali seminggu dan siram air minima sehari sekali. Mudahkan!

Semua gambar nie saya google dan 'save' dah lama dalam 'stor' saya. Jadi ada yang saya ambil alamat URL nya dan ada yang tidak. Jadi kepada tuan punya gambar kalau ternampak gambar di dalam URL nya ada disini saya pohon untuk menggunakannya sebagai sumber ilmu dan sebagai inspirasi kepada pembaca diluar sana yang meminati bidang landskap. Terima kasih di atas perkongsian anda dan semoga anda akan peroleh inspirasi yang lebih lagi hendaknya. Amin..

1 ulasan:

@min berkata...

Cantiknya bunga kertas dinadikan pagar..thanks for sharing ;)

Entri Popular