Isnin, 1 April 2013

"Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Akan Terasa Sakitnya"


Assalamualaikum


“Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman..

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha..

Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar..

Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W..”

Dua tiga hari nie saya dalam mood ‘touching’. Kadang-kadang rasa macam nak marah sangat. Tapi tak tahu nak marah siapa. Kadang-kadang rasa nak berjalan-jalan tanpa hala tujuan tapi perlukan keizinan (suami). Kadang-kadang rasa nak lari jauh ke tempat yang sunyi sepi tapi rasa macam lagi bertambah bosan. Kadang-kadang macam nak ketawa sampai keluar air mata tapi rasa macam itu hanya lakonan. Hanya yang mampu kala ini adalah cubalah senyum…senyum…dan senyum dengan penuh keihklasan supaya setiap orang yang melihat senyuman ini mendapat kegembiraan dan semoga Allah gantikan dengan kebahagiaan berpanjangan.

Mmmm….dalam dok melayan ‘touching’ sesorang di depan komputer tetiba saya terklik blog syahdu nie http://abil4fauziah.blogspot.com. Sangat terharu dengan pengorbanan seorang suami kepada isteri tercinta. Sangat ‘touching’ dan terpana saya seketika melihat ketabahan beliau menghadapi ujian Allah yang sangat berat ini. Pasangan ini baru empat tahun berkahwin dan ujian yang diberikan olehNya tersangatlah berat bagi saya tapi beliau mampu menghadapinya dengan sabar dan redha.

Jadi saya rasa ujian yang Allah berikan pada saya nie lebih ringan berganda-ganda daripada kisah di atas tadi. Betullah kata pepatah:

“Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Akan Terasa Sakitnya”

“Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing”

Begitulah eratnya hubungan suami isteri. Setiap ujian yang diberikan perlulah di bawa berbincang supaya sama-sama dapat mengharunginya dengan tabah dan tenang. Apapun kita perlu set minda kita ke arah yang lebih positif supaya ujian yang diberikanNya tampak lebih mudah dan ada jalan penyelesaiannya.

 Sebelum saya akhiri entri nie, saya ingin berkongsi doa untuk diamalkan bagi kebahagiaan rumahtangga:


“Alloohummaa Allif Baini Wabaina Zausii Kamaa Allafta Baina Saddama Wa Hawaa

”Ya Tuhanku satukan hatiku antara aku dan suamiku sebagaimana engkau satukan rasa cinta antara Adam dan Hawa”

Amin…

Tiada ulasan:

Entri Popular