Rabu, 10 April 2013

Pokok Bunga Ros

Assalamualaikum

Pokok bunga mawar atau ros adalah tanaman hiasan yang memunyai bau yang harum dan kelopak yang cantik. Bunga ros mempunyai hampir 100 spesies. Pokok ros merupakan tanaman memanjat yang boleh mencapai tinggi sehingga 2 meter hingga 5 meter. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20 meter tinggi. Tanaman ros juga amat mudah diserang penyakit. Walaubagaimanapun, dengan penjagaan air dan pembajaan yang mencukupi dapat mengalakkan pertumbuhan daun dan bunga ros ini. Biasanya bunga ros  amat sesuai dengan baja tahi ayam. Selain itu, kulit udang, kulit pisang, kulit telur dan air basuhan ikan boleh juga dijadikan sebagai penyubur pokok bunga ros. 

Pokok bunga ros memang cantik  bila kita pandai menatanya di laman kediaman kita. Walaupun dengan iklim panas di negara kita, saya percaya pokok bunga ros masih boleh dijadikan satu tanaman yang menjadi pilihan dihati peminat-peminat landskap di luar sana kerana ia memerlukan cahaya secara terus selama 6 jam sehari. Entri akan datang saya akan tunjukkan penataan bunga ros di laman rumah milik seorang peminat bunga ros. Beliau berjaya membuktikan bahawa pokok bunga ros boleh hidup subur dan menghasilkan bunga yang merimbun cantik dengan penjagaan yang betul. Sekarang nie jom kita mencuci mata dan KAGUM dengan penataan pokok bunga ros di luar negara.
Tanam keliling pokok teduhan macam nie pun cantik.
Bestnya dapat duduk atas kerusi nie sambil menikmati keindahan bunga yang cantik sambil menghirup udara yang berbau wangi
(tukar ayat tue sikit, selalunya 'menghirup udara yang segar'...hehe)
Gantung pokok bunga ros macam nie pun cantik.
Ini hanya lukisan tapi kalau dapat dihasilkan secara realiti, tentu mata tak berkedipkan tengok pemandangan dekat ruang nie.
Ha! ini memang comfirm kalau jumpa depan mata, PASTI mata sayang nak berkedip. Nak jer tenung lama-lama sampai mata berair. Huhu. CANTIK SANGAT. Kalau tengah hangin pun boleh reda denga tiba-tiba.
Penataan yang simple tapi menarik dipandang.
Ini sangatlah menarikkan? Kalau ada taman macam nie di Malaysia, PASTI pasangan pengantin akan buat photoshoot di sini. Bukan pasangan pengantin jer, model ker, function apa-apalah mesti cari tempat cantik macam nie kan. Akan jadi tempat photographer 'berdating' dengan kamera.
Wah! sekali pandang macam lukisan, tapi sebenarnya gambar nie adalah realiti.  Pokok-pokok bunga ros tersusun dengan kemas dan cantik. Kalaulah saya dapat buat macam nie, alangkah bahagianya hidup....mmmmm.....(mulala berangan)
Ini lukisan. Saya sukakan cara perletakkan pokok-pokok bunga ros disekeliling kerusi rehat tue.
Mmmmm...boleh buat pokok pagar. Mmmmm bolehkah? Di teratak keci saya? Merimbun-rimbun macam tue. Macam nak peluk dan cium jer bunga-bunga tue semua. Ha! tetiba dah fanatik dengan bunga ros. Itulah orang cakap wanita dan bunga ros tidak dapat dipisahkan :)
Dekat teratak kecil saya pun ada kereta sorong macam nie tapi plastikla. Jadi bolehkah? Macam dalam kereta sorong nie? Rasanya tak dapatla serumpun bunga ros macam nie. Ini hanya dongeng semata-mata!. Mmm mesti pemilik kereta sorong nie letakkan bunga plastikkan. (dengan nada dengki) Huhu.....
Ini lagi la membuahkan 'kedengkian' saya. Rumah diatas air dan dikelilingi pokok-pokok bunga ros yang cantik. Tapi rumah tue kelihatan sedikit seram....(orang penakut selalu macam tue kan..kui kui..kui...)
Bunga ros boleh menghasilkan pelbagai produk kosmetik seperti haruman (perfume), kegunaan spa, pati air ros dan sebagai penenang jiwa. Kelopak bunga ros boleh digunakan untuk melembutkan kulit wajah dan menghilangkan bintik-bintik hitam. 

Semua gambar di atas di ambil daripada facebook Jardines y Paisajes. Korang boleh juga lawati laman URL di bawah milik peminat bunga ros. 

Sekian.

Tiada ulasan:

Entri Popular