Assalamualaikum
Saya nak cerita tentang dua budak comel yang selalu bergaduh dan baik ada makna. Hehe...Ini bukan cerita kosong dan bukan cerita yang direka-reka sedemikian rupa. Inilah adalah kisah benar yang kadangkala memeningkan kepala, adakala buat kita tersenyum sesorang bila teringat balik dan adakala rasa macam jangan bagi mereka duduk berdua. Nanti pasti ada jer benda yang buat anda gelengkan kepala. :)
Cerita 1 :
Bila Amani nyenyak tidur di siang hari yang sunyi sepi sementara orang lain khusyuk buat kerja masing-masing, adala seorang kakak nie suka mengacau. Dia baring-baring sebelah Amani dengan muka berdepan dengan muka Amani. Gayanya macam nak tidur sekali rupanya badan tak bergerak tapi tangan menguis-nguis hidung, mulut dan rambut yang menutupi mata Amani. Si Amani dah tentu la tak selesa pusing kiri kanan nak elakkan mukanya di kacau. Bila saya nampak, comfirmla hangin jugak, bukan senang Amani nak tidur dan bila dia tidur dan tak kacau orang, Yasmin pulak mengacau Amani. Saya cakap dengan Yasmin :
"Yasmin, jangan kacau Amani. Min pi mandi nanti abah balik".
Saya pun berlalu pergi masuk ke bilik melihat Aleesya. Tak sampai seminit saya keluar balik dari bilik, saya nampak Amani dah bangun dengan mata tertutup dan tangan mengesel-ngesel mata. Saya terdengar Yasmin cakap slow-slow pada Amani :
" Amani, pi mandi nanti abah balik, jom" sambil tarik tangan Amani...
Saya tak tahu la nak marah atau nak tergelak sebab saya suruh Yasmin yang mandi bukan Amani. Dan Amani pulak macam dah kena pukau jalan slow-slow nak ke bilik air. Aik! saya jadi confius, macammana pulak Amani boleh ikut arahan Yasmin dengan mata tertutup. Selalunya kalau orang kacau dia tidur, dia akan marah dan 'keraskan' badan nak sambung tidur lagi. Silap haribulan tangannya dak 'kelepap' dekat muka @ tangan kita. Hairan betul kali nie dia boleh ikut pulak. Tak tahu la Yasmin mengayat apa dekat Amani sampai Amani boleh menurut perintah tanpa sebarang bantahan. Rasanya mungkin ada ayat tambahan lain yang saya tak dengar. Mungkin dia cakap macam nie :
" Amani, bangun cepat. Nanti abah beli jam besar kat Amani tau!...
Bangun... jom pi mandi, jooommm..." (dengan intonasi lengang lengguknya..huhu)
Si Amani nampak jer ganas tapi kalau kena cara dan susunan ayat yang jiwang-jiwang sikit, memang tangkap lentok jugak budak nie. Selalunya kalau saya mintak dia buat sesuatu tapi dia malas nak buat, saya gunakan panggilan "manjaaaaaaa....aaaaa". Buat jer ayat macam nie "manja rajinkan, manja p ambik tisu dekat ibu sat" confirm dengan cepatnya tisu ada depan mata kita. Hahahaha...power kan perkataan tue. Tapi ada masa jugak kalau mood 'malas' tue dah terlalu tinggi, panggilla apa pun memang tak akan dibuat punya. Akhirnya kita kena buat sendiri. Hua ..hua... hua...
Cerita 2 :
Suatu petang, selesai menyapu sampah di dalam rumah, saya menonton tv. Aleesya main sesorang dan kadangkala bertatih selangkah dua dan sesajer jatuhkan badannya atas saya. Ok, saya tak kisah. Yasmin melukis dan mewarna. Amani 'tolong' Yasmin mewarna di atas lantai. Grrrr! Yasmin macam biasa akan mengacooomm "ibuuuuu! tengok Amani. Dia conteng atas lantai nie, ibu!" dia budget saya mesti hangin dengan Amani. Memang pun, saya pun marahla Amani :
"Amani!!! jangan conteng lantai, nanti kena dengan ibu".
Yasmin pandang Amani, dalam hati tue saya tahu dia ketawa berdekah-dekah sebab berjaya buatkan Amani kena marah.
Amani tarik muka sebab kena marah. Tapi tangan tue tetap gesel-geselkan mata pensel warna dekat lantai slow-slow. Haish! budak nie. Tapi saya malas nak ambil kisah. Sukahatilah nak contengpun! Sebab kalau marah lebih-lebih pun Amani bukan ada perasaan bersalah pun, silap hari bulan dia akan menconteng lagi SAKAN!..Lagipun pensel warna yang digunakan bukan terangpun. Kalau lap pun boleh hilang warna pensel kaler tue. Saya marah sebab nak bagi tahu bahawa menconteng lantai adalah satu kesalahan!
Lima minit kemudian, Amani ambil tupperware yang ada kuih semperit atas meja (belum raya pun, kuih nie sentiasa dijual). Tahu jer la kan kuih semperit nie mudah pecah dan berserbuk bila pecah. Bila saya ternampak jer Amani ambil, terus saya minta untuk bukakan penutup tupperware tue. Dia tak bagi. Sepenuh hati dia tarik penutup tupperware tue. 'gedebuk' tupperware jatuh dengan isi-isinya bertaburan. "Amaniii!" saya jeling dekat Amani dan cakap "Sukahatilah". Tapi Amani buat tak tahu. Saya buat muka masam dan terus tengok tv. Tetiba Yasmin pulak yang terasa hati. Dia cepat-cepat ambil tisu dan lapkan serbuk-serbuk kuih yang bertaburan tue. Baik pulak kakak nie nak tolong back-up kesalahan adik. Yang adik nie buat don't no jer...tak da rasa bersalah pun. Siap ambil kuih yang masih elok dan makan. Mmmmm...
Kesimpulannya, ada masa adik beradik nie sentiasa bergaduh. Ada masa mereka akan saling bantu membantu walaupun salah seorang tue tak menghargainya. Tapi sebagai seorang kakak, rasa tanggungjawab untuk menjaga seorang adik tetap tinggi dalam keadaan yang kita tak terduga. Terharu sebenarnya tengok Yasmin kemaskan serbuk kuih tue, walaupun hakikatnya bila dia dah habis lap, saya plak yang terpaksa lap dan sapu serbuk kuih tue. Sebabnya dia hanya LAP. Sepatutnya dia kena pedap-pedapkan tisu atas serbuk kuih tu baru lantai akan licin seperti normal. Itu tak penting, yang penting ada nilai-nilai murni pada dirinya dan buatkan saya bangga dengan sifatnya yang satu ini. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan