Isnin, 8 April 2013

Cuti-cuti di Genting Highlands, Pahang

Assalamualaikum

Selesai kursus, saya dan en husband naik ke Genting highlands. Ini kali pertama saya ke Genting. En husband pulak kali kedua pergi. Kami letak kereta di bangunan tempat naik Skyway Cable Car ke puncak Genting. Bayaran naik Skyway Cable Car ni RM 12.00/orang pergi dan balik. Kalau sehala saja RM 6.00/orang. Kalau nak drive kereta ke puncak pun boleh. Tapi saya dan en husband teringin naik skyway. Lagipun jauh lagi perjalanan kami nak balik ke Kedah, jadi kena simpan tenaga. Hehe


Ini kali kedua saya naik cable car. Pertama kali naik cable car masa honeymoon di Langkawi tahun 2007. Itupun saya dah gayat. Inikan pulak naik skyway ke puncak genting yang lebih tinggi. Mula-mula Skyway bergerak, saya rasa macam tergantung-gantung je. Mata memang tak bukak la. Tapi bila dah lama sikit Skyway tue bergerak perlahan, saya buka mata dan rasa “mmmm ok jer…tak gayat pun”. Tapi bila husband suruh gerak ke tepi sikit untuk ambil gambar, muka dah pucat. Ha hambik kau! Berlagak la tak gayat…ho ho hooooo…

bangunan untuk parking kereta dan naik skyway
3.5 kilometer jugak la nak sampai ke puncak. Bila dah sampai kat atas, memang sangat sejuk. Rasa nyesal plak tak bawak sweater. Saya memang tak tahan sejuk. Kami hanya pusing-pusing je kat atas Genting tue. Sempat juga kami melawat Goh Tong Galeri sebelum pergi ke tempat Outdoor dan Indoor Theme Park. Untuk main di dalam Outdoor dan Indoor Theme Park nie, kita kena bayaran lain plak. RM 25/orang rasanya dan dapat satu gelang yang harus dipakai sepanjang berada di dalam kawasan tersebut. Outdoor Theme Park lebih sesuai untuk golongan remaja dan dewasa manakala Indoor Theme Park sesuai untu kanak-kanak. Untuk saya, rasanya dua-dua tak sesuai. Kalau en husband ajak main Outdoor Theme Park pun, saya tak sanggup. Itu semua kerja giler. Orang yang tak gayat pun boleh jadi GAYAT. Mau muntah keluar segala isi perut naik benda-benda mainan yang ada kat situ. Oh TIDAK! Saya naik ke situ pun hanya nak tengok suasana puncak Genting Highlands yang selalu orang cerita seperti syurga dunia tue.

Outdoor Theme Park
Kami sempat juga tengok show Ripley’s Believe It Or Not!. Selalu tengok dalam tv jer tapi sekarang dapat tengok real. Mmmmm…memang sukar nak percaya apa yang mat saleh tue buat. Pegang bola sebijik tapi bila dia pusing-pusing keluar plak bola 3 bijik. Tak nampak pun dari mana dia ambik. konfius ! konfius. !..ha lantaklah..
Gambar atas kanan : Show Ripley’s Believe It Or Not!
Dalam 2 jam jugak kami pusing-pusing kat atas tue. Dari Outdoor dan Indoor Theme Park nak ke tempat naik skyway tue jauh jugakla sampai sesat-sesat kami cari naik turun lif. Rupanya Outdoor dan Indoor Theme Park dengan tempat naik skyway tue dua bangunan yang berbeza tapi oleh kerana kedua-dua bangunan tue bersambung, kami jadi konfius. Hokey la dapat pengalaman merasa berada di puncak Genting. Sekian.

Tiada ulasan:

Entri Popular