Assalamualaikum
Petang hari
kedua, saya dan en. Husband pergi ke IKEA Damansara. Jarak perjalanan lebih
kurang 50 minit dari ILP KPKT melalui Lebuhraya Karak. Perjalanan ke IKEA akan
melalui Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.
Tiba di IKEA, kami ke TESCO Damansara untuk
makan malam. Kami ke Jombali Cafe yang menawarkan makanan masakan melayu.
Memang saya dan en. Husband mencari nasi untuk alas perut. Kami pesan Nasi
Goreng Tiga Rasa Ayam Goreng dan Nasi Goreng Daging ‘Bom’. Bila makanan sampai,
tudia!....banyaknya nasi sepinggan...dah boleh makan untuk dua orang. Rasa
makanan kat sini saya boleh bagi gred B. Tak menepati citarasa saya. Huhu..Tapi
air bali suam sedap!.
Gambar atas : Nasi Goreng Daging ‘Bom’ RM 9.50
Gambar bawah : Menu istimewa Jombali Cafe 'Nasi Goreng Tiga Rasa Ayam
Goren'g RM 12.90
Bila masuk ke
IKEA wajib la ke ruang pameran di tingkat 1 untuk lihat id-id yang disediakan.
Barang-barang yang mana berkenan harusla diambil gambar supaya senang nak cari
dekat rak-rak barang yang disediakan di tingkat bawah. Jangan lupa ambil gambar
tag yang tertulis rak dan no.siri barang tersebut.
Bila ke IKEA
makanan yang glamer kat sini adalah MEATBALL di tingkat 1. Tapi saya dan en.
Husband dapat info ni bila dah balik dari IKEA. Jadi tak dapatla merasa
MEATBALL yang sering diperkatakan nie.
Saya dan en.
Husband sempat beli kerusi lipat untuk Yasmin dan Amani. Mudahla Yasmin nak
buat kerja sekolah di meja study baru nanti. Kerusi untuk Amani pun harus
dibeli jugak sebab nanti kalau ada satu je WAJIB berebut dengan Yasmin. Nanti
kalau Aleesya dah besar, tak tahu la macammana. Agaknya kalau beli barang kena
beli tiga benda yang sama supaya tak bergaduh dan berebut. Selain tu, saya
sempat juga rembat pasu bunga dan bekas ‘stainless steel’ untuk letak sudu.
Hadiah untuk mak Nah. Untuk mak Yah tak beli sebab mak Yah tak minat benda-benda macam nie. |
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan