Khamis, 4 April 2013

Bunga Tahi Ayam





Assalamualaikum







Cantikkan bunga dalam gambar di atas. Cer teka bunga apa tue? Bunga nie terdapat di dalam pelbagai warna dan mudah ditanam. Pertama kali saya tengok gambar nie terus jatuh hati dekat bunga bucuk nie. Hmmm...Walaupun bucuk tapi cantik. Macammana nie? Saya dah bercadang nak cari pokok bunga nie untuk ditanam di pangkal pokok teduhan saya di teratak kecil saya tue. Kalau di nursery biasanya pokok macam nie harganya dalam RM3 hingga RM4 sepokok (dalam polybag hitam tue yer. Kalau dalam pasu dikira harga lain, mahal sikit campur harga pasu). Kalau nak free sila cari tepi jalan atau di kebun. Dulu dalam kebun getah ayah saya banyak pokok nie tapi sekarang nie kebun getah dah djaga dengan baik. Tak ada semak samun lagi. Selalu diracun, jadi nak cari pokok-pokok macam nie memang susahla.

Ha! dah dapat teka nama bunga nie?

-
-
-
-
-
Namanya ialah 
-
-
-
Pokok Bunga Tahi Ayam 

@ juga dikenali sebagai Bunga pagar @ nama saintifik Lantana Camara. Ia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga verbenaVerbenaceae, yang berasal pada Amerika tropik. Pokok Bunga Tahi Ayam merupakan sejenis pokok berbunga yang mempunyai bentuk yang cantik.

Terdapat sekitar 100 jenis lantana. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan . Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

Warna bunga ini juga berubah megikut peringkat iaitu dari warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim. Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. 

Jom tengok bunga tahi ayam dengan pelbagai warna. Koleksi gambar-gambar nie saya dapat daripada en google. Yang mana tak ada tulis summber tue, saya terlupa nak savekan alamat sesawang mereka. Jadi kepada tuan tanah minta maaf yer copy paste gambar tak tinggal pesan. J
Kuning + merah jambu
Putih + ungu
Kuning + merah jambu
Ungu
Kuning + Ungu
Putih
Putih + kuning

sumber : hatiberdetikdanberbisik.blogspot


Kuning
Putih + Ungu
Kuning + ungu

sumber : www.gardensandplants
Kuning + merah
Banyakkan warna untuk spesies bunga tahi ayam nie. Semuanya cantik dan menarik. Saya rasa kalau dapat kumpul semua warna-warna bunga nie dekat laman teratak kecil saya tue, alangkah bagusnya. AKAN DIUSAHAKAN! Insya Allah..

Tiada ulasan:

Entri Popular