Selasa, 26 Februari 2013

Photoscape – photo editing yang 'user friendly'

 Assalamualaikum

Korang pernah dengar PHOTOSCAPE?

PHOTOSCAPE 

adalah salah satu software untuk meng 'edit' gambar (photo editing).

Biasanya kita gunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar. Kelemahannya, software ini agak berat dan perlu banyak masa untuk belajar dan memahami setiap tools yang ada. Pengalaman saya menggunakan Adobe Photoshop dengan PHOTOSCAPE, saya rasa software PHOTOSCAPE lebih mudah digunakan untuk meng ‘edit’ gambar. Gambar yang dihasilkan juga cantik dan menarik. Software ini lebih ringan dan ‘user friendly’. 

Kita tak perlu masa yang panjang untuk belajar selok belok fungsi tools di dalam software PHOTOSCAPE nie. Dalam masa sejam pun boleh tahu fungsi tools yang ada. Malah bertambah excited untuk mengedit gambar. Bagaimana nak dapatkan software PHOTOSCAPE nie? Mudah saja, korang boleh download secara percuma melalui laman web di bawah.

                         http://www.photoscape.org/ps/main/download.php


Ok sekarang saya nak kongsi cara nak mencantikkan gambar dengan menggunakan software PHOTOSCAPE.
Tutorial 1 : Cara nak 'sharp'kan gambar 

i)        Klik 'Editor' (logo kamera tue)


ii)       Klik Folder yang korang simpan gambar (kotak di bahagian kiri). Contohnya dalam Desktop @ local disk (C) @ local disk (D).

iii)       Pilih gambar yang korang nak edit dan klik (klik sekali sahaja tau)

iv)      Gambar akan keluar di bahagian kanan (tunggu! kadang-kadang gambar yang kita klik tue keluar lambat sikit..bersabar ye)

v)       Bila gambar dah keluar, klik 'sharpen' dan satu tools nombor akan dipaparkan bermula dari nombor 1 hingga 13. 

vi)      Klik salah satu nombor dan lihat perubahan gambar korang. Biasanya nombor yang lebih tinggi mewakili kadar ' sharp; yang lebih tinggi. Saya suka gunakan kadar 'sharp' nombor 5 hingga 8. Kalau guna kadar 'sharp' yang lebih tinggi mungkin akan menampakkan kejelasan jerawat korang jika ada..huhu. Korang boleh klik 'Redo' @ 'Undo' untuk tengok gambar sebelum dan selepas editing.

v)       Bila korang dah puas hati dengan kejelasan gambar korang, klik 'save' untuk simpan hasil gambar yang telah di edit. Satu tetingkap akan keluar dan korang perlu pilih nak 'save' @ 'save as'. Klik 'save' untuk replace gambar asal dengan gambar baru @ klik 'save as' untuk simpan gambar yang dah di edit dengan gambar asal tetap di simpan.
sebelum editing (tengok beza gambar basikal)

selepas editing

Tutorial 2 : Cara nak buat frame gambar

i) Macam tutorial 1, pilih gambar untuk edit.
ii) Cari tools yang tulis 'no frame'
iii) Klik pada arrow 'no frame'. Satu tetingkap akan keluar dan memaparkan banyak pilihan frame yang boleh dipilih.
iv) Klik pada frame yang korang suka dan lihat paparan yang keluar pada gambar korang. 
v) Setelah puas hati dengan frame tersebut, sila 'save'.
frame soccer 01
frame stamp 01


frame pattern 16

Mudahkan! Jadi apa tunggu lagi download lah sekarang.

Ahad, 24 Februari 2013

Merajuk dengan blog

Assalamualaikum

Hampir sebulan rasanya tak dapat update blog. Rasa hidup dah tak bererti dan bosan (ayat biaq power, hehe). Tapi memang betul rasa macam tak best jer nak buat aktiviti menarik bila tak dapat update blog. Sebab dalam otak nie asyik fikir macam mana nak settle masalah blog saya tak dapat di ‘search’ di enjin carian Google, Yahoo dan Mozzila.

Sayang kalau nak tutup blog nie dan buat blog baru. Entri-entri sebelum nie tentu tak boleh copy paste balik dalam blog barukan? Puas google dan jejak blog-blog yang boleh settlekan masalah blog saya nie. Tapi belum jumpa. Dalam fikiran nie hanya terfikir nak cari orang yang pandai dalam ilmu blog nie dan nak minta tolong tengokkan blog saya nie. Kalau kena bayaran saya sanggup asalkan blog qistinahome.blogspot.com saya nie tak terkubur begitu saja. Sedih tau! Tapi ‘orang’ tue masih belum saya jumpa. Kalau ada blogger di luar sana terbaca entri nie hubungi la saya sekiranya sudi membantu. (sob!sob!sob! sedih lagi).

Sebelum saya terlupa saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada http://www.ciktom.com/ kerana prihatin dan sudi membalas email saya. Jawapan daripada beliau memberikan sedikit sinar harapan kepada saya bahawa blog saya masih wujud dan boleh di search di enjin carian. Ohhh..ciktom kalau saya dapat kemukakan soalan melalui chat atau mendengar suara ciktom di talian telefon, saya rasa saya lebih bersemangat dan yakin dengan kewujudan blog saya di alam maya ini. (sebab kadang-kadang bila saya taip ‘puteri manja’, blog saya tidak ditemui dalam enjin carian) 


Sob!sob!sob! sedih lagi. Semangat nak ber blog dah semakin jatuh ke bawah paras mood -NEGATIF...malas!kecewa!sedih! (rasa down tue dah macam hilang orang tersayang. Hahaha... tapi kalau korang nak tahu gelak nie pun dibuat-buat jer sebab mood sedih sgttttt). Oklah korang! jangan layan sangat emo saya nie. Jom tengok aktiviti hujung minggu saya bersama keluarga di persisiran laut Kota Kuala Kedah baru-baru nie.

hoooraaay!!!!
Ini bangunan MARITIM Malaysia yang terletak di sebelah Kota Kuala Kedah

Dua orang girl-girl nie khusyuk bermain dan mengira kulit-kulit kerang. Kulit kerang nie kalau boleh tukar jadi duit kan best. Kutip banyak-banyak bawak pergi shopping. Hmmm berangan!
Inilah salah satu kulit ‘kerang’ yang dijumpai di sini. Saya tak berapa pandai bab-bab spesies cengkerang nie. Rasanya haiwan laut di atas dikenali sebagai kepah kot!
Ini baru betul KERANG…kan? Sesuai untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami tekanan darah rendah. Tiap kali saya mengandung haiwan laut inilah yang WAJIB di cari. 

Ahad, 3 Februari 2013

Set PERSONA Safi Rania Gold

Assalamualaikum


Saya dah bertukar ke produk Safia Rania Gold...

Sebelum nie banyak produk yang saya dah cuba, ada yang bertahan agak lama hingga bertahun-tahun ada juga hanya berbulan-bulan. Ikut mood dan kesan produk terhadap kulit saya dari masa ke semasa. Produk yang saya pakai sebelum nie ialah Nutox Oxyfusion. Produk nie sesuai dengan saya cuma budget satu set produk nie agak mahal mencecah RM200. Jadi saya survey produk lain dan saya rasa Safi Rania Gold mampu saya miliki (anak dah tiga, bila tolak bayaran ‘wajib’ setiap bulan baki untuk ber’sosial’ nie perlu dikurangkan..huhu). 



Saya dah cuba produk nie selama sebulan dan hasilnya sangat memuaskan. Saya beli satu set Safia Rania Gold set PERSONA dengan harga RM 31.00. Dalam set nie ada:
i)                   Penyegar 80ml
ii)                 Krim Pelembap Siang SPF20PA++ 40g

Dan PERCUMA:

Krim Kecantikan 16g

Saya tambah 2 produk lain iaitu :
i)                    Pembersih Wajah Lembapan Mendalam 150ml
ii)                  Skrub Wajah 75ml

CARA PENGGUNAAN

i)                    Cuci muka dengan Pembersih Wajah (Skrub = saya hanya guna 2 kali seminggu)
ii)                  Titiskan penyegar di telapak tangan dan tepuk-tepuk kan di muka. Selepas letak penyegar nie, muka akan rasa segar. Kalau pagi-pagi rasa mengantuk tue, letak je penyegar nie, rasa mengantuk tue akan kurang. (tak percaya cubalah)
iii)                 Sapu krim pelembab
iv)               Akhir sekali ratakan krim kecantikan di muka. Krim kecantikan nie berfungsi sebagai foundation @ bedak asas.

Sebelum menggunakan Safi Rania Gold. Ini selepas mekap
Biasanya lepas saya pakai krim kecantikan nie, saya terus pakai mekap. Tak ada bedak-bedak lain yang saya tempek kat muka sebab saya rasa krim nie pun dah cukup bagus sebagai bedak. Malah wajah kita nampak basah dan berseri-seri. Saya mekap tak adalah tebal sekadar letak eyeliner, pemerah pipi dan lipstik.

Selepas menggunakan Safi Rania Gold. Ini selepas mekap jugak
Saya memang berpuas hati dengan produk baru nie sebab jerawat tak ada, kulit muka saya rasa lebih cerah dan glowing. Paling saya suka ialah saya tak perlu masa yang lama untuk mekap tebal-tebal supaya nampak jelita...ha ha hah jelita kew?

Sabtu, 2 Februari 2013

Cuti Hari Wilayah with Me & my family

Assalamualaikum

"SELAMAT HARI WILAYAH kepada rakan-rakan yang tinggal dan bekerja di Wilayah Kuala Lumpur."

 Juga kepada adik iparku, IZAT. Walaupun tinggal dan bekerja di Pulau Pinang tapi asalnya dari KeY EL. Hari nie pun beliau ada di sana melawat kakak kepada kakak iparnya yang meninggal dunia semalam.

Lepas breakfast tadi, Yasmin dan Amani keluar dengan abah. En suami bawa depa ke pasar beli barang-barang basah untuk masak tengahari nanti. Bila tinggal Aleesya sorang, dia pun boring takde orang dia nak gaduh dan kacau. Mulala dia ber’bunyi’. Nak tidurla tue sebab tangan dah tenyeh-tenyeh mata.

Bila letak dalam buaian, ini pulak jadinya. Dia pusingkan badan 360 darjah. Saya terpaksa la pegang kain buaian tue takut-takut nanti dia jatuh. Kan bahaya tue!
Nampak kepala saja. Dia ingat nak main TU CHAK !!! (main sembunyi-sembunyi). “Tidurla Aleesya...bolehlah ibu bersenang lenang dengan laptop jap. Dah berapa hari ibu tak update blog”.
Tengok tue, boleh plak bangun main. Susu  dah habis sebotol, tidur tak lagi...Sukahati Aleesya lah..
Tak sampai 10 minit main, dah 'bunyi' lagik...mata dah ngantuk sangatla tue, tapi ada hati nak main lagi.
Sekali lagi masukkan cik booooolaaat nie dalam buaian. Pusing 180 darjah. Punggung tue untuk di tepuk. Lastly, lena juga. Masuk ja umur 8 bulan nie, Aleesya suka tidur macam nie = tidur meniarap.
Bila dah nyenyak tidur, saya kalihkan badan Aleesya supaya dia lebih selesa. Kadang-kadang takut juga dia tak boleh bernafas kalau tidur meniarap. Sebab tue saya guna kain buaian jenis berlubang nie.
Ingatkan bila Aleesya dah zzzz dengan nyenyaknya bolehla saya mengadap laptop rupanya tak. Yasmin, Amani dan abah dah balik dari pasar. Mmm...masa untuk saya ber’silat’ di dapur.

Menu hari nie ialah BIHUN SUP AYAM. Boring dah makan nasi hari-hari. Semalam tok, wan & njang datang rumah pun masak nasi. Hari nie ubah selera.

Tengok tue! abah makan tak nampak orang. Mak mertua lalu pun belum tentu nampak @ buat-buat tak nampak. Lebih baik menikmati bihun sup ibu yang sodap nie. 
Min & Amani pun pulun! Tak sia-sia la ibu ber’silat’ sesorang kat dapur tadi.
Eh! Mana Aleesya ?

Ha belakang abah tue. Elok ja ibu siap masak, cik boooolaaat nie pun bangun. Mood Cik booolaaat tue baikla waktu orang makan tengahari nie sebab dah kenyang makan moi tadi.
Alhamdulillah! kenyang..Lepas makan nanti, bolehla ibu update blog...yeay! 

Jap! jap! IBU jangan suka dulu...

PEMBETULAN !!!!

Lepas makan, kemas meja, cuci pinggan dan baru YEAHaaaaaa!

'mmmm....baikla cik booolaaat.' 

Entri Popular