Ahad, 24 Februari 2013

Merajuk dengan blog

Assalamualaikum

Hampir sebulan rasanya tak dapat update blog. Rasa hidup dah tak bererti dan bosan (ayat biaq power, hehe). Tapi memang betul rasa macam tak best jer nak buat aktiviti menarik bila tak dapat update blog. Sebab dalam otak nie asyik fikir macam mana nak settle masalah blog saya tak dapat di ‘search’ di enjin carian Google, Yahoo dan Mozzila.

Sayang kalau nak tutup blog nie dan buat blog baru. Entri-entri sebelum nie tentu tak boleh copy paste balik dalam blog barukan? Puas google dan jejak blog-blog yang boleh settlekan masalah blog saya nie. Tapi belum jumpa. Dalam fikiran nie hanya terfikir nak cari orang yang pandai dalam ilmu blog nie dan nak minta tolong tengokkan blog saya nie. Kalau kena bayaran saya sanggup asalkan blog qistinahome.blogspot.com saya nie tak terkubur begitu saja. Sedih tau! Tapi ‘orang’ tue masih belum saya jumpa. Kalau ada blogger di luar sana terbaca entri nie hubungi la saya sekiranya sudi membantu. (sob!sob!sob! sedih lagi).

Sebelum saya terlupa saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada http://www.ciktom.com/ kerana prihatin dan sudi membalas email saya. Jawapan daripada beliau memberikan sedikit sinar harapan kepada saya bahawa blog saya masih wujud dan boleh di search di enjin carian. Ohhh..ciktom kalau saya dapat kemukakan soalan melalui chat atau mendengar suara ciktom di talian telefon, saya rasa saya lebih bersemangat dan yakin dengan kewujudan blog saya di alam maya ini. (sebab kadang-kadang bila saya taip ‘puteri manja’, blog saya tidak ditemui dalam enjin carian) 


Sob!sob!sob! sedih lagi. Semangat nak ber blog dah semakin jatuh ke bawah paras mood -NEGATIF...malas!kecewa!sedih! (rasa down tue dah macam hilang orang tersayang. Hahaha... tapi kalau korang nak tahu gelak nie pun dibuat-buat jer sebab mood sedih sgttttt). Oklah korang! jangan layan sangat emo saya nie. Jom tengok aktiviti hujung minggu saya bersama keluarga di persisiran laut Kota Kuala Kedah baru-baru nie.

hoooraaay!!!!
Ini bangunan MARITIM Malaysia yang terletak di sebelah Kota Kuala Kedah

Dua orang girl-girl nie khusyuk bermain dan mengira kulit-kulit kerang. Kulit kerang nie kalau boleh tukar jadi duit kan best. Kutip banyak-banyak bawak pergi shopping. Hmmm berangan!
Inilah salah satu kulit ‘kerang’ yang dijumpai di sini. Saya tak berapa pandai bab-bab spesies cengkerang nie. Rasanya haiwan laut di atas dikenali sebagai kepah kot!
Ini baru betul KERANG…kan? Sesuai untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami tekanan darah rendah. Tiap kali saya mengandung haiwan laut inilah yang WAJIB di cari. 

Tiada ulasan:

Entri Popular