Assalamualaikum
"SELAMAT HARI WILAYAH kepada rakan-rakan yang tinggal dan bekerja di Wilayah Kuala Lumpur."
Juga kepada adik iparku, IZAT. Walaupun tinggal dan bekerja di Pulau Pinang tapi asalnya dari KeY EL. Hari nie pun beliau ada di sana melawat kakak kepada kakak iparnya yang meninggal dunia semalam.
Lepas breakfast tadi, Yasmin dan Amani keluar dengan abah. En suami bawa depa ke pasar beli barang-barang basah untuk masak tengahari nanti. Bila tinggal Aleesya sorang, dia pun boring takde orang dia nak gaduh dan kacau. Mulala dia ber’bunyi’. Nak tidurla tue sebab tangan dah tenyeh-tenyeh mata.
Bila letak dalam buaian, ini pulak jadinya. Dia pusingkan badan 360 darjah. Saya terpaksa la pegang kain buaian tue takut-takut nanti dia jatuh. Kan bahaya tue! |
Nampak kepala saja. Dia ingat nak main TU CHAK !!! (main sembunyi-sembunyi). “Tidurla Aleesya...bolehlah ibu bersenang lenang dengan laptop jap. Dah berapa hari ibu tak update blog”. |
Tengok tue, boleh plak bangun main. Susu dah habis sebotol, tidur tak lagi...Sukahati Aleesya lah..
|
Tak sampai 10 minit main, dah 'bunyi' lagik...mata dah ngantuk sangatla tue, tapi ada hati nak main lagi. |
Sekali lagi masukkan cik booooolaaat nie dalam buaian. Pusing 180 darjah. Punggung tue untuk di tepuk. Lastly, lena juga. Masuk ja umur 8 bulan nie, Aleesya suka tidur macam nie = tidur meniarap. |
Bila dah nyenyak tidur, saya kalihkan badan Aleesya supaya dia lebih selesa. Kadang-kadang takut juga dia tak boleh bernafas kalau tidur meniarap. Sebab tue saya guna kain buaian jenis berlubang nie. |
Ingatkan bila Aleesya dah zzzz dengan nyenyaknya bolehla saya mengadap laptop rupanya tak. Yasmin, Amani dan abah dah balik dari pasar. Mmm...masa untuk saya ber’silat’ di dapur.
Menu hari nie
ialah BIHUN SUP AYAM. Boring dah makan nasi hari-hari. Semalam tok, wan &
njang datang rumah pun masak nasi. Hari nie ubah selera.
Tengok tue! abah makan tak nampak orang. Mak mertua lalu pun belum tentu nampak @ buat-buat tak nampak. Lebih baik menikmati bihun sup ibu yang sodap nie. |
Min & Amani pun pulun! Tak sia-sia la ibu ber’silat’ sesorang kat dapur tadi. |
Eh!
Mana Aleesya ?
|
Alhamdulillah! kenyang..Lepas makan nanti, bolehla
ibu update blog...yeay!
Jap!
jap! IBU jangan suka dulu...
|
PEMBETULAN !!!!
Lepas makan, kemas meja, cuci pinggan dan
baru YEAHaaaaaa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan