Jumaat, 31 Mei 2013

Happy Birthday Pn Noor Zaita :)

Assalamualaikum

Hari nie 30 Mei 2013 - Ulangtahun kelahiran rakan opis iaitu Pn Noor Zaita atau nama glamernya Kak Ita yang ke-33. Macam biasa saya dan rakan-rakan yang lain adakan suprise untuknya. Bukan makan-makan tapi berposing sakan. Muahaha....

Jom layan jer lah...


Hadiah untuk kak Ita kali nie khas dari kami semua. Set seasoning terbaru dari ROMANTIKA! 
33?
Muda pun tak tua pun tak. Sedang-sedang sajakan sebab nombor tue dah tak boleh kalih-kalih belakang ke depan. Sama jer. Huhu

Dekat tangga bangunan opis pun jadikan? Hahaha...Sini jer port menarik dan privacy. Mungkin tahun depan kena cari port lain yang lebih menarik dan happening. Konsep pun akan ditukarkan dari berposing kaku macam patung kepada kandid gambar aktiviti sambutan birthday @ mmmm....apa-apalah. No idea lagik....Tunggu jer lah tahun depan. Huhu

Apapun kepada Kak Ita semoga ceria dan berbahagia selalu di samping keluarga tersayang dan sahabat-sahabat mu ini...Semoga persahabatan kita akan berkekalan. Amin...

p/s : Hadiah tue comfirmlah letak atas meja makan kan. Lepas nie kalau Kak Ita makan pasti teringatkan kami. :) Bila ingat tue jangan lupa tapaukan kat kami sekali. Bawak p opis tau! :b

Selasa, 28 Mei 2013

Photoshoot di Queensbay, Penang

Assalamualaikum

Entri nie banyak gambar je. Gambar nie dah lama. 4-5 bulan yang lepas rasanya (pun ingat-ingat lupa). Masa nie saja bawak anak-anak jalan-jalan dekat Queensbay. Tengok-tengok ada background cantik-cantik dekat tingkat atas shopping complex. Jadi tak buang masa terus berdiri macam patung dan ambik gambar. Lagipun nak try kamera baru. Kiranya nak rasmi kamera baru belilah nie. Huhu

Layan jer lah gambar-gambar nie. :)










Yasmin dan Amani tak sporting nak bergambar. Masing-masing lebih suka berlari-lari ke sana sini. Akhirnya ibu dan abah jer lebih-lebih jadi model untuk kamera sendiri. :b

Ayam Goreng Berempah Rangup

Assalamualaikum

Petang tadi terasa nak makan nasi dan ayam goreng berempah yang rangup. Bila makan terasa krup krup  tergigit rempah ratus yang rangup dari ayam tuh. Mmmmm sedapnya.....Lepas google-google dapatlah resepi yang best nie.

Lagipun saya cadang nak sambung puasa esok. Harus mengejar hari sebabnya puasa yang perlu diganti masih berbaki 8 hari. tup tap tup tap kejap ja dah nak ke bulan Ramadhan. Takut jugak tak dapat habiskan puasa ganti tue tahun nie. Alhamdulillah bendera merah dah berhenti. Kalau tak, terpaksala jumpa Dr Gangga (pakar puan) untuk dapatkan ubat berhentikan bendera merah tue. Sejak saya pakai Implan, period saya tak menentu dan sebulan dua kali datang period. Setiap kali datang plak, 2 minggu baru berhenti. Berhenti 2-3 hari kemudian datang balik. Huh! penat bila period datang banyak hari dan tak menentu. Tak selesa dan badan mudah letih. Eh! melalut ke laut pulak. Asal nak cerita tentang ayam goreng dan bertukar ke kisah puasa...implan....bla..bla... Okeh! Nak tahu kisah implan? Nantilah saya cerita di entri lain ek...

Resepi ayam goreng nie saya dapat daripada facebook Buku Resepi.  Hasilnya memang sedap dan menepati apa yang sedang saya cari-cari. :)

 Menu sampingan : Sayur campur goreng
Supaya ada kuah sikit makan dengan nasi, saya masak sayur yang simple-simple. Campak-campak jer sayur apa yang ada dan masukkan sedikit ayam untuk Amani dan Aleesya. 

Ayam goreng berempah rangup.
Daun kari pun dah krup krap krup krap. Mmmmm bestnya!

Ayam goreng berempah rangup

Bahan-bahan A:
5 batang serai
3 inci halia
1 biji bawang besar
2 sb kari daging
1 sk jintan manis
1 sk ketumbar (tak letak sebab tak ada)
1 sk serbuk cili
garam 
** Semuanya di blend

Bahan-bahan B:
1/2 ekor ayam
1 sb serbuk pati ayam
2 sb tepung jagung
1 sb tepung beras
1 sk kunyit
daun kari

Cara-cara:
i) Masukkan bahan A dan B ke dalam bekas. Kacau dan sebatikan
ii) Perap selama 1 jam (lebih lama lebih sedap)
iii) Goreng hingga ayam masak dalam minyak yang banyak dan api yang perlahan.

Mudahkan?...Hasilnya pon sodap... :)

Isnin, 27 Mei 2013

Masker buatan sendiri

Assalamualaikum

Watpa tue korang? Jam dah pukul 10.30 malam. Anak-anak dah tidur. Habis tengok MasterCHEF Selebriti sambung tengok cerita Misiku Kuza. Sambil tengok-tengok tv, lappy pun bukak jugak depan mata. Dah lama tak belek-belek cerita di FB. Tengok cerita kawan-kawan lama. Waktu sekolah dan belajar di U. Walaupun berjauhan tapi kenangan dengan kawan-kawan masa belajar dulu tetap dihati. Banyak kenangan suka duka bersama kawan-kawan. Sejak tingkatan satu saya dah hidup berdikari di asrama selama 5 tahun dan sehinggalah masuk U selama 5 tahun setengah. Maknanya 10 tahun setengah saya banyak habiskan masa bersama kawan-kawan. Yang paling best dan selalu saya ingat adalah masak nasi  goreng, tom yam ayam dan ikan bilis goreng + telur + bawang merah dalam rice cooker. Tiap-tiap malam gilir-gilir masak untuk jimatkan budget. Bukan senang nak dapat kawan-kawan yang sekepala dan sanggup bersusah payah bersama macam nie. Miss U kak Ja dan kak Ifa.....:)

Ok, cerita tentang save budget nie saya teringat masker buatan sendiri. Ha! nak save kan budget bolehlah buat masker sendiri. Lagipun masker buatan sendiri nie dah comfirm selamat dari campuran bahan kimia. Hasilnya pun macam pakai masker yang kita beli di kedai. Bahan-bahannya pun mudah jer. Cuma perlu godek-godek barang-barang yang ada dekat dapur. Cara nak sediakan pun cepat, tak sampai 2 minit pun boleh siap. 

Bahan-bahan masker :
1/2 biji telur
1 sudu kecil madu - melembabkan kulit dan membersihkan kulit mati
1 sudu kecil beras yang ditumbuk halus - membersihkan kulit mati dan melicinkan kulit
1/2 sudu kecil gula - mencerahkan kulit
Tisu (tebukkan lubang untuk mata, hidung dan mulut)

Cara-cara :
i) Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
ii) Sapukan campuran masker di atas sikit demi sedikit di atas muka.
iii) Letakkan tisu perlahan-lahan di atas masker dan pedap-pedapkan sehingga ia melekat elok di muka
iv) Biarkan selama 30 minit @ sehingga kering
v) Tarik masker yang sudah keras perlahan-lahan dan cuci muka anda.

Taraaaa!!!! ok jer kan pakai masker nie. Tak boleh bercakap dan kerut-kerutkan dahi. 

TARA!!!! hasilnya muka kita akan lebih licin, glowing dan cerah. :) 
Bila la boleh jadi muka gebu gebas macam nih....huhu
Ini pakai mode e-potrait.
 Jadi tak nampak langsung saki baki jerawat yang ada. Terus muka jadi licin dan lembut gitue!

Kalau rajin pakai masker nie, tentu hasilnya boleh jadi macam mode e-potrait di atas. Cumanya kena rajin dan tiga princess tue tidur lebih awal dari saya. Kalau saya tertidur dulu @ sama-sama tidur, tak dapatlah nak dapat kulit cantik camnie kan...:)

Sekian.

Pantai Chenang, Pulau Langkawi

Assalamualaikum

Dah lama rasanya meninggalkan diari blogging nie. Rindu sangat nak menaip dan publish. Semuanya akibat kesibukkan dari minggu lepas. Rabu lepas, saya kena hadir mesyuarat di Aseana Resort and Spa, Pulau Langkawi. Jadi saya ambil keputusan nak bawa satu keluarga ke sana termasuklah en husband yang terpaksa mengambil cuti untuk mengikut isteri tercentanya nie. :b

Lagipun dah lama kami sekeluarga tak bercuti dan bersantai bersama. Selalunya kalau ada ke mana-mana, anak-anak kena tinggal dengan tok dan wan di kampung @ Min dan Amani jer dibawa bersama dan Aleesya kena tinggal dengan pengasuh. Huhu...

Memandangkan Aleesya dah boleh berjalan dan tak banyak karenah. Tak perlu usung buaian dan sebagainya, jadi kali nie saya bawa semuanya bercuti (saya jer terpaksa bekerja sambil bercotiiiii...haha). Yasmin dan Amani pun tak pernah naik feri kecuali feri ke Pulau Pinang jer. Jadi perjalanan kali ini membawa seribu kenangan dan pengalaman buat mereka tiga beradik. 
Di jeti Kuala Kedah.  Aleesya dah mula mengantuk kena angin laut yang masin-masin dan mampu membuatkan mata berat untuk dibuka. Yasmin dan Amani macam biasa nampak laut, suka kemain...:)
Bila feri dah bergerak, Yasmin dah mula berbunyi..sakit kepala. Saya bawak jugak asam limau kering untuk dikunyah dan beberapa keping plastik takut-takut princess tiga orang nie muntah. Tengah picit-picit kepala Yasmin, alih-alih dia dah terlelap...
Habis mesyuarat petang tue, saya ambil kesempatan bawa anak-anak bersantai di Pantai Chenang. Petang-petang macam nie sedap jer melepak tepi pantai sambil tengok orang main jet ski + naik payung terbang tue (tak tahu napa apa, parasailing kot!)
ala-ala model selendang gitu. Tudung melayang-layang ditiup angin. Haha...
Leka melihat orang naik payung 'payung terbang'...hahaha....Orang yang jadi guide tue pun dah macam orang minyak dah. Tak tahu rupa asalnya macammana. Agaknya kalau hari-hari tak kena panas laut nie dan kulit cerah kembali pasti lebih hensem dari Aaron Aziz. muahaha...
Aleesya ...suka sangat dapat pegang dan main pasir 
Happy family - Pantai Chenang, Langkawi : )
Sunset. cantikkan?
Dah nak check out dari hotel. Nasib baik la ada budak rajin nak tarik beg nie. Free plak tue. Mana nak dapat...hehe
Bersungguh benorla Amani nak tarik beg besar pada dia tuh. tak bagi menjerit-jerit marah. So, bagi jerlah...bukan BULi yek! :b
Ok. Saya dah nak balik..... Suka sangat datang Langkawi. :b
Yeahhhhhhhhhh!
Sebelum balik, kami sempatlah shopping untuk tiga princess nie t. shirt putih ada tulis 'Langkawi', kasut dan macam biasa cokelaaaatt! nyum nyam nyum nyum...Untuk kawan-kawan yang pesan cokelat tue, SORRY sebab tersilap kira set cokelat yang dipesan. Jadi masing-masing tak dapat set lengkap seperti yang dipesan. Biasala bawak princess-princess nie tak menang tangan dibuatnya. Fikir ke lain, ambiknya yang lain. Huhu!

Apa-apapun percutian kali nie khas untuk sambut birthday Amani pada 20 mei 2013 yang lepas. Ingat nak buatkan Amani sebijik kek birthday pasir di Pantai Chenang tapi tak sempat. Jadi, kita sambut lain kali ek.

Pssssttt : Aleesya dah disunatkan pada Sabtu lepas. Menjeritla la sekejap sebab doktor pegang kaki dia. Bukan sebab sakit kena sunaaatttt. Huhu

Rabu, 22 Mei 2013

Aleesya 11 bulan tapi belum ber.....!

Assalamualaikum 

Cepat benar rasanya si Aleesya membesar. Pejam celim pejam celik, si booolaaat nie dah 11 bulan. Menghitung hari jer ke tarikh 1 Jun 2013, genap umur Aleesya setahun. Aleesya...seorang yang pandai membawa diri dalam semua situasi. Tak banyak meragam dan mudah tersenyum....:)

Mudah dibawa berjalan-jalan sebab kalau dia mengantuk, dia akan lentok dibahu saya @ en husband. Belum cukup umur setahun, dia dah 'dibenarkan' makan macam-macam. Alhamdulillah semuanya ok walaupun dia makan macam-macam. Perut tak meragam, membuang pun mudah (cuma kadang-kadang ada jugala sembelit tapi saya berikan dia minum banyak air masak dan semuanya kembali menjadi ok :p). Giginya dah ada 6 batang. Empat batang di bahagian atas dan 2 batang di bahagian bawah.

Tapi yang terlewat untuk Aleesya nie adalah Aleesya belooooommmmmmmmmmm disunatkan. Huhu...Terlupa dengan kesibukan harian hingga terlupa tentang perkara yang satu ini. Kakak-kakaknya dulu boleh jer duduk, wajibla pergi klinik jumpa doktor untuk disunatkan. Kecik-kecik nie mudah sikit sebab mereka tak banyak karenah dan meragam. Takut benoooorla kalau si Aleesya nie menjerit-jerit dan menendang-nendang doktor yang akan menyunatkannya nanti. :b

Gaya duduk mengalahkan YB hokey...
Saya tak ajar nih duduk macam nie. Sporting plak dia hari nie nak bergambar. Cayalah Cha...
Nak lari dah la tu. Jemu lama-lama atas buaian tue. Kejap jer dia boleh 'bersopan-santun' atas buaian nie. Yang lain dia asyik berdiri, duduk, nak panjat tempat letak tangan dekat buaian tu, nak turun dan macam-macam. Layan jer la...petang nie cuaca tak panas sangat macam biasa. Pukul 6.30pm matahari dah tak silau membahang. Redup-redup jer cuacanya. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa...Mmmmmhhh best jer bersiar-siar dekat laman nie. Kalau hari-hari cuaca macam nie kan best. :)
Comel tak Aleesya? (baca dengan nada KAK TON...hahaha)

Aleesya pun bukan main suka lagi. Ha nampak tak giginya yang 6 batang eituhhh?...
Aleesya...jangan suka sangat tau! Hujung minggu nie ibu dan abah nak bawak Aleesya jumpa doktorrrrrr....:b

Isnin, 20 Mei 2013

Taman Kecil

Assalamualaikum




Rumput-rumput di laman teratak kecil saya dah mula bercantum dan menghijau dengan sekata. Selepas mesin rumput bulan lepas, rumput-rumput karpet tue macam kekuningan sikit akibat orang yang memesin tue mesin terlalu rapat ke tanah. Sepatutnya rumput karpet hanya boleh dimesin 1/3 daripada ketinggian rumput iaitu di hujung-hujung pucuk rumput yang tumbuh. Barulah ketinggian dan kehijauannya nampak sekata dan cantik. 

Rumput liar juga dah banyak bercambah di antara rumput-rumput karpet dan pokok-pokok bunga. Tak sempat nak mencabut dan merumpai lagi. Petang-petang balik kerja pun tak sempat nak layan karenah pokok-pokok dekat luar rumah. Dengan cuaca yang sangat panas terik dan matahari yang memancarkan cahaya sehingga jam 7.00pm membuatkan saya sekeluarga tak dapat bersantai di luar rumah. 

Anak-anak pun tak dibenarkan keluar bermain di taman permainan sebelah rumah tue. Takut demam...Anak-anak sayakan mudah demam jadi saya perlu hadkan aktiviti mereka diluar rumah buat sementara waktu. Balik dari rumah pengasuh terus masuk ke dalam rumah dan tutup pintu. Terus pasang air-cond. Cuaca panas membahang macam ie sangat terasa di bandar-bandar terutamanya di kawasan perumahan saya yang masih kekurangan pokok-pokok besar dan tumbuhan teduhan lain. Harap-harap cuaca begini akan berlalu dengan cepat supaya saya sekeluarga dapat beriadah di luar dengan pelbagai aktiviti menarik yang masih di dalam perancangan (aktiviti berkebun ler tuh! hehe)
Pokok bunga kertas ini berbunga sepanjang masa
Laman mini di hadapan rumah - rumput karpet hampir bercantum dengan baik setelah setahun ditanam

Rumput karpet dibahagian ini juga hampir bercantum sepenuhnya. Rumput dibahagian ini ditanam lewat sebulan daripada rumput di laman mini di atas. Tetapi pertumbuhan dan percambahan rumputdi kawasan ini agak cepat dan menyamai pertumbuhan di laman mini. :)
Laman tepi rumah yang ditanam dengan pelbagai variasi bunga berwarna warni bagi menonjolkan suasana yang cantik dan menawan hati sesiapa yang memandangnya. :b
Pandangan dari dalam rumah melalui tingkap. Kawasan ini akan dilengkapkan dengan satu set meja batu. Bolehlah kami sekeluarga bersantai pada waktu petang @ malam. Kalau pokok kemboja dah besar, tentu lagi best sebab kawasan ini akan redup diteduhi oleh pokok kemboja yang rendang dan cantik bunganya. Bunganya pun berbau harum. Tapi kalau waktu  malam berbau harum lagi, maknanya memang tak keluar rumah la...hahaha (ada juga sifat penakut tuh walaupun dah tahu bau itu datangnya dari mana...hehe)
Sekian saja perkongsian saya hari ini. Sebenarnya hari nie 20 Mei 2013 adalah hari lahir Amani yang ketiga. Hanya ucapan dan lagu birthday untuk Amani pada hari nie. Sambutan birthday Amani dan Aleesya akan dibuat serentak iaitu pada 1 Jun 2013 (Sabtu). Kebetulan hari lahir masing-masing hampir dekat tarikhnya, jadi elok juga buat sambutan bersama-sama. Lagipun sambutan yang dirancang tu hanyalah sambutan kecil-kecilan kami sekeluarga. Nak tahu tema sambutan mini itu, nantikan entri 1 Jun ini. Insya Allah saya akan update nanti. Sekian. :)

Benih sayur dah bercambah

Assalamualaikum

Plot tanaman benih sayur dan ulam-ulaman
15/5/2013 - Semai biji benih (sayur-sayuran) di dalam plot tanaman
17/5/2013 - Biji benih mula bercambah menjadi anak pokok
19/5/2013 - 4 jenis pokok yang mulai tumbuh dengan banyaknya iaitu :
                    i) Sawi putih kecil
                    ii) Sawi hijau batang hijau
                    iii) Terong merah panjang
                    iv) Kacang bendi 


Sawi putih kecil
Usia : 2 hari
Sawi hijau batang hijau
Usia : 4 hari
Kacang bendi
Usia : 4 hari
Ada biji benih yang seawal dua hari sudah mengeluarkan anak pokok manakala ada biji benih yang masih belum bercambah. Mungkin masa saya mengemburkan tanah di atas benih, tanah tersebut terlalu banyak berada di atas benih. Maka percambahannya agak lambat berbanding beberapa biji benih yang telah bercambah dengan jayanya. :)

Cara menanam bijih benih (yang saya amalkan) :
i) Gunakan medium tanah kompos berwarna hitam (tanah ini khas untuk percambahan biji benih yang saya dapatkan di nursery)
ii) Letakkan biji benih di atas tanah dan gemburkan sedikit tanah tersebut supaya ia menutupi benih.
(dikhuatiri kalau biji benih tersebut nampak di atas tanah, ianya akan mengundang binatang seperti burung  untuk memakannya)
iv) Siram dengan sedikit air supaya medium (tanah) tersebut lembab dan dapat membantu tumbesaran bijih benih
v) Letak di tempat yang agak teduh dan mendapat cahaya matahari secukupnya. Boleh juga letakkan jala/jaring berwarna hitam bagi mengelakkan benih terkena pancaran matahari secara terus.

Ini cara saya menyemai biji benih sayur-sayuran di rumah. Saya bukanla pro dalam bab-bab bercucuk tanam nie. Jika saya silap, minta nasihat dan pandangan daripada sesiapa yang tahu untuk membantu saya. Saya bercita-cita (uihhh! cita-cita tue...huhu), nak wujudkan satu edible garden/vegetable garden @ bahasa melayunya taman sayur-sayuran di tepi teratak kecil saya tue. Cukupla untuk supply sayur dan ulam-ulaman untuk kami sekeluarga. Kalau ada hasil tuaian yang lebih bolehlah disedekahkan kepada jiran-jiran dan rakan -rakan pejabat nanti. :)

Ahad, 19 Mei 2013

Qamraa Boutique menawarkan pilihan warna pastel

 Assalamualaikum

Warna pastel menawan kalbu : Design terkini baju raya tahun 2013 oleh Qamraa Boutique
Pilihan warna pastel yang membuatkan mata terpesona memandang. Nak berkedip pun sayang selagi tak abis usha setiap satu design baju dan tak jemu lihat warna pastel yang lembut nie.
Korang dah tempah baju raya ker? @ nak beli jer secara online @ tunggu gerai pakaian di bazar pada bulan Ramadhan nanti?. Apapun pilihannya sebelum menempah dan membeli pakaian raya, kita perlu membuat survey @ google-google dahulu design-design terkini dan berkenan di hati untuk digayakan pada hari raya nanti. Untuk mengelakkan supaya terbeli baju raya melebihi daripada keperluan akibat tidak berpuas hati dengan baju raya yang telah ditempah @ dibeli. Walhal bulan Ramadhan belum berkunjung tiba, mood nak sambut raya dah makin memuncak. Huhu..(Terpaksalah kan...sebabnya tahun nie ada tailor dah tutup tempahan seawal bulan Mei 2013. Kedai-kedai kain pun dah launching kain-kain terbaru dan terkini untuk stok hari raya. :b)

Tema baju raya pada tahun 2013 nie saya jangkakan ramai yang akan memilih warna-warna lembut iaitu warna pastel. Selain nampak mewah dan elegan, ianya mampu menaikkan seri kepada pemakainya. Keayuan dan keanggunannya akan terserlah gitu ha!..Jadi tak nak panjang-panjang cerita jom kita tengok facebook Qamraa Boutique. Masa saya tengah google-google tue saya terjumpalah FB nie dan saya rasa design baju yang dijual pun sangat cantik dan elegan. Warna pilihan bagi setiap baju rekaan pemilik Fb ini juga lebih kepada warna pastel. I LIKE! :)

Sabtu, 18 Mei 2013

Kerana tailor

Assalamualaikum

Dalam kereta pun jadi kerja. Tak sempat nak sampai rumah...

Semuanya tak sabar-sabar. Kalau nak benda, la la tu jugak nak ada depan mata....Yasmin oh Yasmin!
Petang semalam saya sekeluarga pergi hantar baju kepada tukang jahit. Nak tempah untuk baju raya tahun nie. Walaupun belum sampai bulan puasa, tetapi ramai tailor dah tak nak ambil tempahan. Nasib baiklah tailor nie saya dah booking awal-awal. Sebelum beli kain, saya dah booked untuk tempahan jahitan baju saya sekeluarga. Terutamanya baju anak-anak. Susah betul nak cari tailor yang nak jahit baju kanak-kanak sekarang nie. "Baju kanak-kanak nie saiznya kecik dan malas nak kelebek-kelebek (belek) sebab mengambil masa. Lagipun tempahan baju dewasa pun sangat banyak." Itulah alasan yang selalu tailor bagi.

Masa di rumah tailor tue, Yasmin dan Amani ternampaklah satu benda nie. Siap pergi main padam-padam dekat benda tuh. Dahla orang punya, suka-suka hati depa ja nak main. Dalam perjalanan balik tue pulak, Yasmin tak putus-putus mintak belikan benda tuh...Mmmm apalagi kalau bukan PAPAN PUTIH nie. Nak tulis macam cikgu katanya. Jadi dari petang semalam, semalam dan pagi tadi mengungkit 24 jam nak papan putih nie sampai sakit telinga mendengarnya. Petang tadi saya dan en husband pergi belilah jugak untuk dia. Dapat-dapat jer dalam kereta pun jadi kerja. Siap lukis air kotak la, bunga la macam-macam. Tapi bila kereta bergegar akibat jalan yang tak rata, dia marah en husband pulak sebab kereta bergegar dia tak dapat lukis. Huhu.....

Bila dekat rumah, sampai orang nak tidur, Yasmin asyik menulis dan melukis dekat papan putih baru tue. Kita sibuk tengok primadona, dia  sibuk dengan papan putihnya. Aleesya macam biasa suka main sesorang. Amani kejap kacau Aleesya kejap tengok tv macam nak masuk jer dalam tv tuh!.


Tajuk Primadona malam nie : IBU BAPA OBSES.
Artis undangan Didie Alias, adik Puteri Balqis dan Lisa Surihani

Che Ta malam nie pun kurang menyerlah. Kenapa ek? Gelabah ker atau Che Ta memang jenis tak cakap banyak. Che Ta banyak 'topup' jer ayat Kak Engku dan Erra Fazira. Mmmmm camana tue Che Ta? Apa-apapun bukan mudah nak jadi pengacara nie. Jadi Che Ta tingkatkan usaha anda. Semoga terus berjaya. :)

Jumaat, 17 Mei 2013

Kad Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

Kad ucapan (muka depan)
 Kad ucapan (muka belakang)
Kad di atas adalah kad yang disediakan oleh Yasmin untuk guru kelasnnya Cikgu Milah. Malam sebelum 16 Mei, saya sediakan satu kad yang telah saya tulis "Selamat hari guru" dan "terima kasih cikgu". Kemudian Yasmin mewarnakan kad ini, depan dan belakang supaya ianya kelihatan lebih cantik dan menarik. Saya biarkan Yasmin mewarna mengikut warna kegemarannya. Dah habis mewarna tulisan tu, dia minta saya lukiskan beberapa corak bunga dan bentuk hati. Saya pun turutkan jer kehendak hatinya tue. Beria-ia mewarna dan nak lukis itu ini. 

Pagi kelmarin, semua pelajar dibenarkan pakai baju biasa (Min cakap cikgu suruh pakai baju raya), jadi pagi-pagi lagi Yasmin dah bersiap pakai baju kurung moden ke sekolah. Kad pun dah siap dimasukkan ke dalam beg dan Min bersemangat jer bawak kad ucapan yang dibuat semalam. Tup!tup! balik sekolah petang kelmarin, kad ucapan tu elok jer ada dalam beg sekolah dia. Tapi dah berkeronyoooook dan terkoyak sikit. Saya pun jadi peliks tapi dalam hati fikir, Yasmin nie semangat jer lebih dekat rumah tapi bila dekat sekolah maluuuuuu terammmaaaaattt. Maknanya dia malu nak bagi kad tu pada cikgu. Tak puas hati saya pun tanyalah dia.
Me : "Kenapa Min tak bagi kad tue dekat cikgu?"
Min : "Min tak bagi pun"
Me : "Ye la....napa tak bagi?"
Min : "Semua kawan Min bagi hadiah dekat cikgu"
Me : "Alia (kawan baik Min di sekolah) bagi apa?"
Min : "Alia...tak buat pun kad macam Min"
Me : "Pastu dia bagi apa?"
Min : "Bagi hadiah"
Me (dalam hati) : Ooooo...patutlah tak bagi, ramai kawan-kawan bagi hadiah rupanya. 

Tapi bagi saya, kad lebih bermakna daripada hadiah. Sebab biasanya budak-budak sebesar Yasmin yang menyediakan sendiri kad, hasil daripada kekreatifan mereka akan lebih menyentuh hati. Setiap hasil yang tertera di atas sekeping kertas walaupun hanya bebentuk lukisan 'ntah apa-apa' atau sekadar 'contengan' adalah sangat bernilai dan bermakna dalam hidup kita. Kebolehan mereka menulis dan melukis pada peringkat kanak-kanak ini tidak boleh 'dikembalikan' bila mereka dewasa. 'Kreatif' nya mereka pada masa ini hanya dilalui sekali dalam seumur hidup. Apa yang mereka zahirkan di atas kad itu akan menjadi sangat berharga kepada warga pendidik apabila bersara mahupun apabila pelajar itu sudah dewasa nanti. Ia akan menjadi satu lakaran yang sangat bermakna dan menyentuh hati kecil kita. :) (tiba-tiba beremosi..huhu)

16 Mei setiap tahun semua sekolah sama ada tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah akan menyambut Hari Guru. Hari guru diadakan bagi memperingati jasa guru-guru yang telah banyak berjasa membimbing dan mengajar anak-anak murid dari tidak tahu apa-apa sehinggalah berjaya ke menara gading. Usaha payah jerih mereka tidak terbayar dengan duit mahupun harta setinggi gunung. 

Demi mengingati dan menghargai jasa pengorbanan guru ini, maka setiap tahun pasti diadakan sambutan hari guru. Bukan hadiah yang dipinta tetapi cukuplah hanya secebis peringatan terhadap semangat yang tidak pernah luntur dari hati mereka dalam mengajar anak-anak bangsa menjadi orang yang berguna suatu masa kelak.

Selamat hari GURU diucapkan kepada semua warga pendidik seluruh Malaysia. Semoga perjuangan kalian akan berterusan dan hanya Allah yang akan dapat membalas jasamu. 

TERIMA KASIH CIKGU!

Rabu, 15 Mei 2013

Kuku jariku dah tak cantik!

Assalamualaikum


18SX...sesiapa yang geli tak payah tengok. 

Kesian ibu jari kaki saya. Dah tak cantik..Dua bulan jugak saya menunggu kuku jari baru ni tumbuh semula. Yang boleh jadi macam nie sebabnya kuku jari nie mati dan terkeluar. Asalnya memang cantik macam kuku 'jiran sebelah' tue. Tapi disebabkan kuku jari kiri tue terkena tin susu semasa saya sekeluarga shopping di Maidin, akar kuku tue seakan-akan dah mati. 

Nak jadikan cerita masa tue saya tolak troli barang dan anak-anak saya duduk dalam troli. Banyak jugakla kami membeli barang dapur masa tue tapi tak adalah sampai penuh satu troli. Ada 6 tin susu pekat manis dalam troli dan saya takut susu tin tu terkena kaki anak-anak yang ada dalam troli. Anak-anak saya bukannya duduk diam dalam troli tue, ada jer benda nak buat main. Jadi saya angkat semua tin susu dan susunkan dekat tempat duduk budak yang ada dalam troli tue. Saya terlupa pulak tempat duduk tue ada lubang letak kaki. 

Masa asyik tengok barang-barang, tiba-tiba anak saya tertolak besi tempat duduk tue. ADUHHHHH!!! menjerit saya bila terasa kaki kebas dan mencucuk-cucuk terkena tin susu yang jatuh. Kuku terus jadi hitam dan kepala berpinau macam nak pitam. Memang rasa tak boleh nak berjalan dah, saya ajak en husband duduk di kerusi. Terhencot-hencot jalan dari kaunter bayaran. Saya mintak en husband belikan air batu untuk letak di atas kuku supaya rasa sakit mencucuk-cucuk tue dapat dikurangkan. Air mata dah keluar dah, memang tak dapat nak ditahan-tahan. 

Dalam perjalanan balik ke rumah, sakit tue menjadi-jadi. nyutttt...nyuttttt.........Rasa macam nak buang jer kaki sebelah biar sakit tue hilang. Saya ajak en husband pergi ke klinik. Di klinik, doktor yang merawat saya tue cakap baguslah saya pergi cepat-cepat kalau tak darah beku dalam kuku tue tak boleh keluar dari celahan kuku dan akan menyebabkan sakit yang teramat. Sakit yang akan membuatkan malam pun tak boleh nak tidur. Doktor tue korek-korekkan kuku saya dengan jarum untuk keluarkan darah. Bila darah dapat keluar barulah rasa sakit tue berkurangan. 

Sebelum balik doktor ada tanya saya nak ubat tahan sakit ke tak. Saya jawab tak sebab saya ingat dah buang darah dalam kuku tue sakit akan berkurangan. Rupanya saya silap, sepanjang malam saya tak boleh lelap sebab nyutttt...nyuttttt........masih kuat. Sedih sesorang dalam gelap sebab semua orang dah tidur dibuai mimpi. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya dah mintakkan en husband pergi jumpa doktor yang mearwat saya tue untuk dapatkan ubat tahan sakit yang disyorkan semalam. (Itulah semalam berlagak heroes tak sakit. Huhu)

Seminggu juga saya sakit kaki. Yang kena tue kuku jari tapi yang sakit satu kaki. Huhu...Pergi kerja pun pakai selipar jepun. Memang kasut lain dah tak 'muat' sebab kaki saya dah bengkak. Jalan pun terhencot-hencot jer...malu jugak pergi pejabat dengan selipar jepun dan terhencot-hencot tue tapi nak buat macammana kan! Kerana anak, ibu sanggup hadapi semua tue. Lepas kejadian tu, saya dan en husband memang nekad tak nak bawak anak-anak pergi shopping barang-barang dapur lagi. Tapi marah tue sekejap jer, sekarang kalau keluar shopping pun masih bawak tiga-tiga orang princess tue. Mmmmmm nak buat macammana kalau tinggal anak-anak dekat pengasuh rasa macam kesian, kalau bawak mmmmm paham-paham jerla tahap kebuasan budak-budak nie. 

Jadi haruskah kesian pada diri sendiri! :(

Sekian.

Selasa, 14 Mei 2013

Kek Coklat Moist plus topping cair

Assalamualaikum

Hujung minggu lepas,  saya dan en husband teringin nak makan kek coklat dengan topping coklat yang meleleh-leleh tue. Selalunya saya beli jer di Petronas Jalan Tanjung Bendahara. Kek yang dijual di Petronas nie memang sangat menepati citarasa saya sekeluarga. 

Tapi bila selalu sangat beli dah jadi jemu dan rasa nak makan kek dari air tangan sendiri plak. Bila dah dapat resepi macammana nak buat topping yang meleleh-leleh tue saya pun cubalah buat. Eeemmm nyum nyum! sangat mabeles. Kalau simpan dalam peti ais bagi sejuk sikit baru makan lagi sodapppp! Lagi satu petua untuk mendapatkan topping yang sedap ialah menggunakan coklat masakan jenama KC. Petua nie yang saya dapat dari kakak saya (Safura Shamer), salah seorang baker yang glamour di Pulau Pinang dan Sungai Petani. 


Coklat masakan Jenama KC
Kek Coklat Kukus

Bahan A
3/4 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
** Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api yang perlahan

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bokarbonat
1 sudu kecil baking powder
** Semua bahan di atas diayak

Bahan C
3 biji telur
* Di Blend

Cara-caranya :
1) Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A.
2) Kacau sehingga sebati.
3) Kukus selama 45 minit @ sehingga masak.

PETUA
** Panaskan air sehingga mendidih dahulu sebelum masukkan adunan kek untuk dikukus.
** Tudung pengukus perlulah di balut dengan kain supaya airnya tidak menitik di atas adunan kek.


Topping Coklat @ Ganache

Bahan-bahannya :
200gm coklat masakan (saya guna 2 ketul coklat masakan jenama KC)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
3/4 cawan air panas

Cara-caranya :
1) Panaskan susu cair dan susu pekat (menggunakan kaedah double boiler)
2) Masukkan coklat masakan yang telah diracik dan kacau sehingga cair.
3) Padamkan api dan masukkan butter. Kacau sehingga butter cair. Curahkan 1/2 coklat masakan ke atas
     kek.
4) Biar 15-20 minit supaya coklat meresap ke dalam kek.
5) Panaskan balik 1/2 coklat masakan tadi dan masukkan air panas (menggunakan kaedah double boiler)
6) kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek.

Entri Popular