Selasa, 28 Mei 2013

Ayam Goreng Berempah Rangup

Assalamualaikum

Petang tadi terasa nak makan nasi dan ayam goreng berempah yang rangup. Bila makan terasa krup krup  tergigit rempah ratus yang rangup dari ayam tuh. Mmmmm sedapnya.....Lepas google-google dapatlah resepi yang best nie.

Lagipun saya cadang nak sambung puasa esok. Harus mengejar hari sebabnya puasa yang perlu diganti masih berbaki 8 hari. tup tap tup tap kejap ja dah nak ke bulan Ramadhan. Takut jugak tak dapat habiskan puasa ganti tue tahun nie. Alhamdulillah bendera merah dah berhenti. Kalau tak, terpaksala jumpa Dr Gangga (pakar puan) untuk dapatkan ubat berhentikan bendera merah tue. Sejak saya pakai Implan, period saya tak menentu dan sebulan dua kali datang period. Setiap kali datang plak, 2 minggu baru berhenti. Berhenti 2-3 hari kemudian datang balik. Huh! penat bila period datang banyak hari dan tak menentu. Tak selesa dan badan mudah letih. Eh! melalut ke laut pulak. Asal nak cerita tentang ayam goreng dan bertukar ke kisah puasa...implan....bla..bla... Okeh! Nak tahu kisah implan? Nantilah saya cerita di entri lain ek...

Resepi ayam goreng nie saya dapat daripada facebook Buku Resepi.  Hasilnya memang sedap dan menepati apa yang sedang saya cari-cari. :)

 Menu sampingan : Sayur campur goreng
Supaya ada kuah sikit makan dengan nasi, saya masak sayur yang simple-simple. Campak-campak jer sayur apa yang ada dan masukkan sedikit ayam untuk Amani dan Aleesya. 

Ayam goreng berempah rangup.
Daun kari pun dah krup krap krup krap. Mmmmm bestnya!

Ayam goreng berempah rangup

Bahan-bahan A:
5 batang serai
3 inci halia
1 biji bawang besar
2 sb kari daging
1 sk jintan manis
1 sk ketumbar (tak letak sebab tak ada)
1 sk serbuk cili
garam 
** Semuanya di blend

Bahan-bahan B:
1/2 ekor ayam
1 sb serbuk pati ayam
2 sb tepung jagung
1 sb tepung beras
1 sk kunyit
daun kari

Cara-cara:
i) Masukkan bahan A dan B ke dalam bekas. Kacau dan sebatikan
ii) Perap selama 1 jam (lebih lama lebih sedap)
iii) Goreng hingga ayam masak dalam minyak yang banyak dan api yang perlahan.

Mudahkan?...Hasilnya pon sodap... :)

3 ulasan:

kakyon berkata...

salam aidilfitri..
nak share resepi ni..nmpk sedap..

Mimi Yus berkata...

salam aidilfitri
hihi..boleh ja kak yon...silakan ;)

Mie za berkata...

Dah try sedap. ..tq 4 the recipe

Entri Popular